Akan dibuka dalam tab baharu

Soalan Lazim (FAQ) Pinjaman Peribadi

Keliru tentang pinjaman peribadi di Malaysia? Jangan risau. Bahagian soalan lazim yang komprehensif ini akan memberi jawapan yang jelas kepada soalan-soalan yang selalu ditanyakan berkaitan pinjaman peribadi, seterusnya membantu anda buat keputusan yang lebih berinformasi ketika memohon pinjaman. 

Pinjaman peribadi adalah wang yang diberikan oleh institusi kewangan kepada individu untuk tujuan peribadi. Pinjaman peribadi kebiasaannya tidak memerlukan cagaran aset seperti rumah, tanah, atau kereta. Jumlah, tempoh, dan kadar faedah pembiayaan ditentukan oleh pemberi pinjaman berdasarkan kelayakan kredit pemohon.

Pinjaman peribadi terbaik adalah pinjaman yang sesuai dengan kelayakan, keperluan, dan kemampuan kewangan anda. Dalam erti kata lain, sukar untuk menentukan apakah pinjaman peribadi terbaik di Malaysia kerana pemberi pinjaman sentiasa bersaing antara satu sama lain untuk menawarkan produk terbaik.

Pinjaman peribadi di Malaysia kebiasaannya ditawarkan kepada warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tetap dan sejarah kredit yang baik.

Anda boleh mohon pinjaman peribadi di Malaysia secara dalam talian (online) melalui laman perbankan internet, aplikasi telefon pintar, melalui talian telefon, atau walk-in ke cawangan institusi kewangan.

Anda boleh berhubung dengan institusi kewangan terlibat atau guna Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan di laman ini.

Jumlah pembiayaan peribadi yang boleh dimohon adalah bergantung sepenuhnya kepada faktor kelayakan seperti pendapatan, rekod kredit, risiko pekerjaan, dan sebagainya. Pihak institusi kewangan selalunya akan menawarkan jumlah pinjaman yang dirasakan sesuai dengan kelayakan anda.

Tempoh pembiayaan pinjaman peribadi adalah bergantung kepada pelan atau produk pinjaman yang ditawarkan. Kebanyakan pelan pembiayaan peribadi di Malaysia menawarkan tempoh pembiayaan antara 1 hingga 10 tahun.

Anda perlu sediakan dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan bukti pendapatan seperti slip gaji, baucar gaji, penyata akaun bank, penyata KWSP,  atau resit bayaran cukai LHDN untuk mohon. Individu yang bekerja sendiri pula perlu menyediakan dokumen berkaitan syarikat.

Kadar faedah atau kadar keuntungan juga adalah bergantung kepada pelan pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman. Kebiasaannya kadar faedah adalah antara 3% hingga 18% setahun (p.a). Kadar faedah boleh berubah bergantung kepada kelayakan anda, dan kadar semasa.

Ya. Semua pinjaman dan pembiayaan peribadi akan mengenakan caj duti setem sebanyak 0.5% yang diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia. Caj-caj lain seperti caj proses, caj pengendalian, caj insurans dan sebagainya adalah bergantung kepada institusi. Semua caj terlibat akan ditolak terus daripada jumlah pinjaman yang lulus dan anda tidak perlu bayar deposit atau wang pendahuluan.

Jika anda gagal buat bayaran ansuran bulanan pinjaman, anda akan dikenakan penalti lewat bayar (late payment penalty). Jumlah denda lewat bayar adalah bergantung kepada pihak pemberi pinjaman.

Boleh. Boleh dikatakan semua institusi kewangan membenarkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh pembiayaan. Walau bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan mungkin mengenakan yuran penyelesaian awal, atau memberi rebat tunai sebagai ganjaran.

Ini adalah bergantung kepada pelan pinjaman. Ada pelan yang mewajibkan dan mengenakan caj perlindungan Insurans/Takaful, dan ada yang menawarkan sebagai pilihan.

Boleh, tetapi tidak digalakkan kerana situasi ini mungkin memberi kesan buruk terhadap skor kredit anda.

Pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk mohon, dan dokumen anda lengkap. Selain itu, pastikan juga rekod dan sejarah kredit anda berada dalam keadaan yang baik.

Ya. Laporan CTOS dan CCRIS menyenaraikan sejarah kredit anda dan akan dinilai oleh pihak pemberi pinjaman sebelum membuat keputusan.

Anda boleh guna pinjaman penyatuan hutang untuk menyatukan hutang-hutang anda kepada satu pinjaman baru, selalunya dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Sukar untuk mohon pinjaman peribadi tanpa slip gaji. Namun begitu, sesetengah institusi kewangan mungkin membenarkan permohonan sekiranya anda dapat mengemukakan bukti pendapatan yang stabil.

Ya. Anda boleh guna pinjaman dan pembiayaan peribadi untuk sebarang tujuan yang diingini.

Boleh jika anda rekod kredit anda cantik dan skor kredit tinggi. Dalam erti kata lain, anda dapat membuktikan kepada pihak pemberi pinjaman yang anda tidak ada masalah untuk buat bayaran ansuran bulanan.

Ya. Terdapat pelan pinjaman yang ditawarkan kepada mereka yang blacklist di CTOS atau mempunyai SAA (Special Attention Account) di CCRIS dengan bersyarat.

Ya. Seperti juga blacklist CTOS dan SAA CCRIS, masih ada institusi kewangan yang menawarkan pinjaman peribadi kepada individu yang sedang mengikuti program PPK AKPK, dengan bersyarat.

Setakat ini tidak ada pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada pelajar yang tidak bekerja. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih belajar tetapi dapat membuktikan anda bekerja dan mempunyai pendapatan tetap, permohonan anda boleh dipertimbangkan.

Boleh sekiranya anda dapat membuktikan anda mempunyai pendapatan tetap seperti bayaran cukai pendapatan atau caruman sendiri KWSP. Namun begitu, pelan tersebut mungkin didatangkan dengan syarat kelayakan yang lebih ketat dan kadar faedah yang lebih tinggi.

Tidak seperti kad kredit yang ditawarkan kepada sesiapa sahaja, pinjaman peribadi hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap. Walau bagaimanapun, anda boleh berhubung terus dengan pihak bank untuk berbincang berhubung perkara ini.

Jika anda menghadapi masalah dengan pemberi pinjaman, anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan mereka atau, jika perlu, mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa.

Ada soalan tambahan? Guna Borang Hubungi untuk menghubungi pihak kami berhubung pertanyaan anda.

Sumber Tambahan

Jangan lupa untuk menambah ilmu berkaitan pinjaman peribadi melalui sumber tambahan yang kami sediakan.

Panduan Lengkap Pinjaman Peribadi

Segalanya yang anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi di Malaysia pada tahun 2026, termasuk jenis dan kategori pinjaman, kelayakan memohon, kadar faedah, bayaran balik, dan proses permohonan.
Baca sekarang

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi

Cari dan bandingkan pilihan pinjaman peribadi di Malaysia daripada institusi kewangan terpilih. Guna Sistem Semak Kelayakan yang kami sediakan untuk cari pinjaman peribadi terbaik berdasarkan kelayakan anda.
Semak Sekarang

Glosari Pinjaman Peribadi

Keliru dengan terminologi pinjaman? Layari laman glosari untuk mengetahui apakah maksud sebenar istilah-istilah tersebut. Hapuskan kekeliruan anda dan kekal berinformasi dengan terminologi terkini.
Lihat Glosari

Institusi Kewangan

Kenal pasti institusi-institusi kewangan terpilih yang menawarkan produk pinjaman peribadi di Malaysia, seperti bank, koperasi kredit, and syarikat kredit komuniti. Dapatkan maklumat lanjut tentang pinjaman yang ditawarkan oleh institusi tersebut.
Lihat Institusi

Artikel & Berita Pinjaman Peribadi

Kekal berinformasi dengan artikel dan berita terkini berhubung pinjaman peribadi.
Cara memilih pinjaman peribadi jangka masa panjang
Januari 8, 2025
Mencari pinjaman peribadi jangka panjang? Panduan ini membimbing anda melalui proses memilih pinjaman yang sesuai....
Skor kredit CTOS
Oktober 3, 2024
Kajian CTOS mendedahkan pengguna dengan skor kredit cemerlang mempunyai peluang lima kali ganda lebih tinggi...
Menipu ketika Mohon Pinjaman - Rakyat Malaysia Paling Ramai
September 30, 2024
Ramai rakyat Malaysia menipu dalam permohonan pinjaman, didorong oleh kos sara hidup yang tinggi dan...
Panduan Lengkap - Cara Memohon Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat Melalui Platform BRICK
September 25, 2024
Mudahkan urusan anda dengan platform BRICK Bank Rakyat. Panduan lengkap ini menerangkan cara untuk memohon...
Lihat semua artikel