Akan dibuka dalam tab baharu

AEON iCash Personal Financing

aeon icash personal financing
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM1000 - RM100000
Kadar Keuntungan
7.92% p.a - 18% p.a
Tempoh Pembiayaan
6 - 84 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
1 hingga 7 hari bekerja

AEON iCash Personal Financing adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad. Pinjaman AEON iCash adalah antara pinjaman peribadi tak bercagar yang paling popular di Malaysia.

Ramai yang tidak tahu bahawa AEON iCash adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya. Pinjaman AEON ini adalah berlandaskan konsep Bai Al-Inah yang juga digunakan oleh kebanyakan skim pembiayaan peribadi di dunia.

Pinjaman ini juga adalah pinjaman tidak bercagar (unsecured loan). Oleh itu pemohon tidak perlu mengemukakan cagaran atau menyediakan penjamin untuk mohon pinjaman peribadi AEON iCash.

Antara ciri menarik yang buat pinjaman peribadi AEON ini sangat diminati adalah kerana syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak AEON tidak terlalu ketat. Anda hanya perlu mempunyai gaji minimum tahunan sekurang-kurangnya RM18,000, iaitu RM1,500 sebulan.

AEON Credit juga menawarkan skim pembiayaan peribadi ini kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengambil kira jenis pekerjaan. Tak kira anda bekerja di sektor awam, swasta, atau bekerja sendiri – anda boleh mohon AEON iCash. Pesara dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga tidak diketepikan dan boleh mohon pinjaman ini.

Pembiayaan peribadi AEON ini juga membenarkan anda buat pinjaman minimum sebanyak RM1,000. Sangat sesuai bagi mereka yang inginkan tunai segera dengan jumlah minimum. Jumlah pinjaman maksimum yang dibenarkan pula ialah sehingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan dari 6 bulan hingga 7 tahun.

Faktor-faktor ini membuatkan pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing adalah antara pinjaman peribadi bank yang sering dimohon di Malaysia.

Baca lebih lanjut untuk maklumat lengkap tentang pinjaman ini, iaitu syarat kelayakan, dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon, jadual bayaran semula yang lengkap, caj yang dikenakan dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan AEON Credit.

Kelebihan AEON iCash Personal Financing

AEON Credit menawarkan banyak kelebihan untuk pinjaman AEON iCash. Berikut ialah ciri-ciri menarik pinjaman peribadi ini berbanding pinjaman peribadi bank lain di Malaysia.

  • 100% patuh Syariah
    Pinjaman peribadi ini adalah pinjaman Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya. AEON mengamalkan konsep Bai Al-Inah untuk pinjaman ini. Oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu untuk mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh mohon dari serendah RM1,000 hingga RM100,000. Jumlah pinjaman minimum ini sangat membantu mereka yang ingin meminjam jumlah yang kecil dengan segera.
  • Tempoh bayaran semula yang fleksibel
    Pihak AEON menawarkan tempoh pembiayaan dari 6 bulan hingga 84 bulan (7 tahun). Walau bagaimanapun tempoh pinjaman maksimum hanya akan dibenarkan untuk jumlah pembiayaan RM30,000 ke atas. Tetapi, ini masih bergantung kepada budi bicara pihak AEON yang akan menetapkan tempoh pembiayaan maksimum sekiranya pinjaman anda lulus.
  • Kelayakan had umur yang fleksibel
    Selain jumlah pembiayaan dan tempoh pembiayaan yang fleksibel, kelayakan had umur yang dibenarkan untuk mohon juga tidak membebankan. Mereka yang berumur semuda 18 tahun boleh mohon pinjaman ini. Ini memudahkan bagi mereka yang baru menjawat jawatan dan ini memohon pelan pembiayaan peribadi. Had umur maksimum pula ditetapkan pada 65 tahun pada tempoh matang pinjaman.
  • Kadar keuntungan yang berpatutan
    Oleh kerana AEON iCash adalah pinjaman peribadi Islamik – caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah berpatutan. AEON hanya mengenakan kadar keuntungan tahunan tetap antara 7.92% p.a hingga 18% p.a.
  • Syarat kelayakan gaji yang rendah
    Dengan syarat kelayakan gaji minimum hanya gaji kasar RM1,500 sebulan, pinjaman ini mampu dimohon oleh kebanyakan individu. Walaupun sebelum ini AEON meletakkan syarat kelayakan gaji bersih RM800, tetapi dengan kelayakan gaji kasar lebih memudahkan lebih ramai mohon berbanding kelayakan gaji bersih.
  • Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan
    Sesiapa sahaja boleh mohon pinjaman peribadi AEON iCash, asalkan anda adalah warganegara Malaysia dan mempunyai pekerjaan tetap.
  • Keputusan permohonan dalam masa 7 hari
    Anda hanya perlu menunggu maksimum 7 hari (termasuk hari Sabtu) untuk mengetahui keputusan permohonan anda. Walaupun ini bukan keputusan segera seperti sesetengah pinjaman peribadi lain, tempoh antara 1 hingga 7 hari bekerja boleh dikatakan jangka masa yang pantas untuk keputusan permohonan pinjaman peribadi.
  • Saluran bayaran semula yang fleksibel
    AEON membenarkan anda buat bayaran ansuran dengan pelbagai saluran, iaitu arahan tetap (standing instruction), auto-debit, transaksi atas talian (online) menerusi perbankan internet, pindahan mesin ATM/CDM atau bayaran melalui kaunter AEON.

Syarat kelayakan untuk mohon

Sekiranya anda berminat dan ingin mohon pinjaman ini, berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing.

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat untuk kakitangan awam

  • Status pekerjaan ialah tetap.

Syarat  untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon AEON iCash Personal Financing, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Cukup syarat kelayakan? Sediakan dokumen-dokumen ini untuk teruskan permohonan anda. Pastikan dokumen adalah lengkap dan seperti yang diminta untuk melancarkan urusan permohonan AEON iCash anda.

Kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank):

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Penyata bank 3 bulan terkini.
  4. Penyata KWSP (EPF) terkini.

Kerja makan gaji (gaji dibayar tunai):

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Penyata KWSP (EPF) terkini.

Kerja makan gaji (tiada potongan EPF):

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Penyata bank 6 bulan terkini.

Pendapatan tidak tetap / Penerima komisen

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata komisen 6 bulan terkini atau Penyata KWSP (EPF) terkini.

Bekerja sendiri:

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  3. Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  4. Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.

Jadual Bayaran Bulanan AEON iCash Personal Financing

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment AEON iCash Personal Financing. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran AEON iCash Personal Financing
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Bank di Malaysia, AEON Credit Service (M) Berhad mengenakan beberapa caj jika permohonan pinjaman anda lulus. Berikut ialah caj-caj yang dikenakan terhadap AEON iCash.

  1. Untuk pinjaman berjumlah RM1,000 hingga RM10,000 – caj pemprosesan sebanyak 4% dari jumlah pinjaman.
  2. Untuk pinjaman berjumlah RM10,100 hingga RM100,000 – caj pemprosesan sebanyak 2% dari jumlah pinjaman. Caj maksimum dihadkan kepada RM400.

AEON Credit tidak mengenakan sebarang caj jika anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh kontrak (early termination fee). Walau bagaimanapun caj lewat bayar dikenakan antara RM18 hingga RM40, bergantung kepada syarat dan terma. Caj-caj ini mungkin berubah tertakluk kepada terma & syarat oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

Cara Mohon AEON iCash Personal Financing

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

AEON Credit Service menyediakan kaedah yang mudah dan fleksibel untuk anda mohon pembiayaan peribadi AEON iCash.

1. Mohon AEON iCash melalui cawangan.

  • Kunjungi cawangan AEON Credit terdekat. Lihat senarai cawangan AEON Credit.
  • Anda perlu bawah dokumen berkaitan seperti yang telah disenaraikan pada bahagian “Dokumen yang diperlukan” di atas.
  • Pegawai khidmat pelanggan AEON Credit akan memberi maklumat berkaitan AEON iCash dan akan membimbing anda untuk melengkapkan proses permohonan, seperti menyemak kelayakan, meneliti dokumen, dan mengisi borang permohonan.

2. Mohon secara dalam talian

Anda juga boleh mohon AEON iCash secara online melalui laman sesawang AEON Credit Service.

  • Layari laman AEON Credit Service dan pilih “Apply for AEON i-Cash Personal Financing”.
  • Pilih “Let’s Begin” dan pilih jumlah tempoh pinjaman.
  • Lengkapkan maklumat peribadi anda untuk meneruskan permohonan

Sekiranya proses permohonan berjaya, anda akan menerima makluman SMS berhubung status permohonan anda.

3. Mohon melalui telefon

Pihak AEON Credit Malaysia juga menyediakan kemudahan untuk mohon dan produk dan perkhidmatan mereka melalui telefon, termasuk pinjaman AEON iCash.

  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan AEON di talian +603-2719-9999.
  • Maklumkan kepada pegawai khidmat pelanggan yang anda ingin mohon AEON iCash Personal Financing.
  • Pegawai khidmat pelanggan akan membimbing anda untuk melengkapkan proses permohonan.

Cara Semak Status Permohonan AEON iCash Personal Financing

Nak tahu status permohonan AEON iCash anda? Semak status AEON loan application melalui kaedah berikut:

1. Secara online melalui laman Application Status Check

Anda boleh semak status permohonan pinjaman peribadi AEON iCash melalui laman “Application Status Check” yang disediakan oleh AEON Credit.

Anda juga boleh semak status permohonan kad kredit AEON dan pembiayaan lain yang disediakan oleh AEON Credit Service.

2. Semak status permohonan AEON iCash melalui SMS

Hantar SMS “AEON CCSTS <empat nombor terakhir kad pengenalan anda> ke nombor 63663. Contoh: AEON CCSTS 1234.

Harap maklum yang anda akan dicaj kadar normal SMS yang dikenakan Telco untuk setiap SMS yang dihantar.

3. Hubungi bahagian khidmat pelanggan AEON

Anda juga boleh semak status permohonan AEON iCash dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan AEON di talian +603-2719-9999.

4. Kunjungi cawangan AEON Credit Service

Sekiranya anda buat permohonan melalui cawangan AEON Credit, anda boleh kunjungi cawangan tersebut untuk semak status permohonan pinjaman AEON anda.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Kelayakan gaji yang rendah.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel.
  • Tempoh pinjaman sehingga 7 tahun.
  • Pinjaman Islamik patuh Syariah.
  • Terbuka kepada semua jenis pekerjaan.
Kekurangan
  • Caj pemprosesan untuk jumlah lulus bawah RM10,000 agak tinggi.

Pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing adalah pinjaman yang sangat fleksibel berbanding pinjaman-pinjaman peribadi lain di Malaysia. Jumlah pinjaman yang fleksibel bermula dari serendah RM1,000 hingga RM100,00 adalah sangat menarik. Syarat yang dikenakan juga tidak membebankan dengan gaji minimum serendah RM18,000 setahun atau RM1500 sebulan. Boleh dikatakan ciri-ciri ini menjadikan pinjaman peribadi AEON iCash sebagai antara skim pinjaman peribadi bank terbaik di Malaysia.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan AEON iCash Personal Financing

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak AEON Credit Service (M) Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak AEON Credit Service (M) Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak AEON Credit Service (M) Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang AEON iCash Personal Financing?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

893 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right