Akan dibuka dalam tab baharu

Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM5000 - RM150000
Kadar Keuntungan
5.99% p.a - 5.99% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
4 hari bekerja

Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) adalah sebuah pelan pinjaman peribadi Islamik yang berlandaskan konsep Tawarruq. Pelan ini ditawarkan oleh pihak KKMB dengan kerjasama daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) khusus untuk kakitangan sektor awam.

Skim pembiayaan KKMB ini menawarkan jumlah pembiayaan yang fleksibel dengan kadar keuntungan tahunan yang rendah untuk membantu anggota koperasi mengurus kewangan dengan lebih berkesan.

Pelan ini ditawarkan kepada anggota atau ahli koperasi yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan dan kakitangan badan berkanun. Syarat kelayakan utama ialah anda perlu berumur antara 18 hingga 58 tahun dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM1,500. Syarat pendapatan bulanan yang tidak membebankan ini memberi lebih peluang kepada ahli untuk mohon.

Anggota koperasi yang layak boleh memohon dari pembiayaan minimum serendah RM5,000 hingga jumlah maksimum RM150,000. Sebagai sebuah produk pembiayaan yang patuh Syariah, caj kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah serendah 5.99% setahun (p.a). Anda tidak perlu risau caj ini akan naik kerana kadar keuntungan tersebut adalah kadar tetap sepanjang tempoh pembiayaan.

Pelan pinjaman KKMB ini juga menawarkan pilihan tempoh bayaran balik yang fleksibel. Pemohon boleh memilih tempoh bayaran semula antara satu hingga sepuluh tahun bergantung kepada situasi kewangan. Walaubagaimanapun, anda perlu faham bahawa lebih panjang tempoh pembiayaan, lebih tinggi jumlah kadar keuntungan anda perlu bayar.

Anda tidak perlu risau berlaku kelewatan bayaran bulanan kerana bayaran balik dilakukan melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA). Tetapi, terdapat kelonggaran untuk anda pilih kaedah bayaran balik selain ANGKASA sekiranya dipersetujui oleh Lembaga Koperasi.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri lengkap Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad pada maklumat di bawah.

Kelebihan Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

  • 100% patuh Syariah. Sebagai pembiayaan Islamik, skim pinjaman ini bebas daripada unsur riba, gharar dan unsur-unsur yang ditegah dalam Islam. Anda boleh tanpa ragu-ragu.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi dan fleksibel. Dengan jumlah minimum serendah RM5,000 dan maksimum sehingga RM150,000, pembiayaan KKMB ini menawarkan jumlah pinjaman yang fleksibel berbanding pelan pinjaman yang lain. Ini memudahkan pemohon memilih jumlah yang diingini.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang. Anda boleh pilih untuk buat bayaran balik sehingga 10 tahun. Tempoh bayaran balik yang fleksibel memudahkan anda memilih tempoh yang sesuai dengan kemampuan.
  • Kadar keuntungan yang berpatutan. Pelan pembiayaan KKMB ini menawarkan kadar keuntungan sangat kompetitif, serendah 5.99% p.a. Kadar tetap yang dikenakan memastikan anda tidak perlu risau kadar keuntungan akan naik.
  • Kaedah bayaran yang fleksibel. Oleh kerana bayaran balik dilakukan melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA), anda tidak perlu risau berlaku kelewatan bayaran atau dikenakan caj lewat bayar. Kaedah bayaran selain SPGA juga dibenarkan atas budi bicara pihak Koperasi.
  • Perlindungan insurans Takaful. Setiap permohonan pembiayaan yang lulus dikehendaki mengambil perlindungan Insurans Takaful yang ditetapkan oleh pihak KKMB.
  • Pinjaman bertindih dibenarkan. Pinjaman peribadi KKMB ini membenarkan pemohon buat pembiayaan bertindih untuk meringankan beban pemohon.
  • CTOS/CCRIS/AKPK/Blacklist boleh cuba mohon. Walaupun individu yang di senarai hitamkan, mempunyai rekod buruk di CTOS atau tunggakan di CCRIS, dan yang sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit AKPK boleh, kelulusan masih bergantung kepada syarat dan terma pihak koperasi.
  • Tempoh proses yang pantas. Pihak koperasi akan memproses permohonan pembiayaan Islamik Koperasi Konsumer Malaysia Berhad hanya dalam tempoh 4 hari bekerja.
  • Rebat penyelesaian awal. Anda akan menerima rebat sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pembiayaan KKMB lebih awal daripada tempoh yang telah dipersetujui.

Syarat kelayakan untuk mohon

  • Ahli Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB).
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 21 hingga 58 pada tarikh akhir bayaran pembiayaan.
  • Berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan atau kakitangan badan berkanun.
  • Berjawatan tetap dengan tempoh perkhidmatan lebih 6 bulan.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB), cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan penyata gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan buku akaun Bank Rakyat yang dikemaskini atau penyata akaun bank terkini.
  4. Salinan bil utiliti terkini.

Pihak koperasi mungkin akan meminta dokumen yang disertakan dengan pengesahan majikan jika dirasakan perlu.

Jadual Bayaran Bulanan Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB). Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

  1. Caj duti setem 0.5% akan ditolak daripada pembiayaan yang lulus.
  2. Bayaran perlindungan Takaful yang akan ditetapkan oleh pihak koperasi.
  3. Caj lewat bayar tidak melebihi 1.5% daripada ansuran tertunggak.
  4. Tiada caj penamatan awal. Pelanggan akan diberikan rebat tunai sekiranya pelanggan menjelaskan baki pinjaman lebih awal. Walau bagaimanapun, ini adalah bergantung kepada pihak koperasi.

Cara Mohon Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Pembiayaan Islamik Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) dengan mengunjungi ibu pejabat KKMB. Lihat alamat terkini.

Anda juga boleh menghubungi terus bahagian pembiayaan di talian 03-22604 834.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah pinjaman yang tinggi.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel.
  • Caj kadar keuntungan yang kompetitif.
Kekurangan
  • Hanya ditawarkan kepada ahli koperasi.

Pelan pembiayaan Islamik daripada Koperasi Konsumer Malaysia Berhad adalah sebuah produk yang memberi alternatif kepada ahli koperasi yang sukar untuk memohon pinjaman bank. Dengan kerjasama dan dana daripada pihak Bank Rakyat, boleh dikatakan pelan pinjaman ini adalah alternatif kepada pinjaman bank atau kredit komuniti. Jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh pembiayaan yang fleksibel memudahkan pemohon mengatur pengurusan kewangan dengan lebih efisien. Syarat kelayakan mohon yang longgar juga membuka peluang kepada individu dengan pendapatan yang rendah untuk mendapatkan pinjaman. Selain itu, caj kadar keuntungan yang dikenakan juga sangat berpatutan sekali gus dapat mengurangkan beban pemohon untuk buat bayaran balik.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB) untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Ya, pelan ini ditawarkan kepada mereka yang dibawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Walau bagaimanapun keputusan permohonan masih bergantung kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB).

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pembiayaan Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

6 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right