Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.
Pinjaman Peribadi Konvensional
Panduan Komprehensif untuk Pinjaman Peribadi Konvensional di Malaysia

Pinjaman peribadi konvensional adalah pilihan pembiayaan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Sama ada anda perlu menampung perbelanjaan yang tidak dijangka, menyatukan hutang, atau membiayai pembelian besar, memahami bagaimana pinjaman peribadi konvensional berfungsi adalah sangat penting. Panduan ini akan mengupas secara mendalam tentang pinjaman peribadi konvensional, menambah ilmu untuk membantu anda keputusan kewangan yang bijak.
Apa itu Pinjaman Peribadi Konvensional?
Pinjaman peribadi konvensional adalah pinjaman tidak bercagar yang ditawarkan oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia. Tidak seperti pembiayaan peribadi Islamik, pinjaman konvensional adalah berasaskan faedah, yang ditetapkan oleh Bank Negara melalui Kadar Asas Standard (SBR). Bank akan menambah spread kepada SBR untuk menetapkan kadar faedah yang akan dikenakan. Caj ini kemudiannya ditambah kepada jumlah prinsipal yang dipinjam.
Kenapa Memilih Pinjaman Peribadi Konvensional?
Terdapat beberapa sebab mengapa pinjaman peribadi konvensional mungkin adalah pilihan yang tepat untuk situasi kewangan anda.
- Fleksibiliti: Pinjaman konvensional menawarkan fleksibiliti dalam aspek jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan, memudahkan anda untuk menyesuaikan kriteria yang diperlukan berdasarkan situasi kewangan anda.
- Tidak Bercagar: Sebagai pinjaman tanpa cagaran, anda tidak perlu menyediakan aset sebagai jaminan, sekali gus mengurangkan risiko aset yang dicagarkan dirampas jika anda gagal buat bayaran balik.
- Banyak Pilihan: Boleh dikatakan semua institusi perbankan dan syarikat kredit komuniti (pinjaman berlesen) menawarkan produk pinjaman peribadi konvensional kepada pelanggan mereka.
- Kelulusan Pantas: Pelan pinjaman peribadi konvensional kebiasaannya mempunyai tempoh lulus yang lebih pantas berbanding pembiayaan peribadi Islamik. Malah, ada institusi kewangan yang boleh meluluskan permohonan anda serta-merta (on the spot) seperti RHB Bank Berhad melalui produk Pinjaman Peribadi mereka.
Kekurangan Pinjaman Peribadi Konvensional
Walau bagaimanapun, pinjaman konvensional juga datang dengan beberapa kelemahan. Antaranya:
- Kadar Faedah Lebih Tinggi Berbanding Pinjaman Bercagar: Pinjaman tidak bercagar akan mengenakan caj kadar faedah yang lebih tinggi, sesuai dengan risiko yang perlu ditanggung oleh pemberi pinjaman.
- Syarat Kelayakan Yang Ketat: Oleh kerana pihak bank dan institusi kewangan perlu menanggung risiko yang lebih tinggi, syarat dan kriteria kelayakan selalunya lebih ketat, terutama jika melibatkan sejarah kredit pemohon.
Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Mohon
Sebelum anda mohon pinjaman peribadi konvensional, terdapat beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan.
- Jenis Kadar Faedah: Kenal pasti sama ada caj kadar faedah yang dikenakan adalah kadar tetap (fixed rate) atau kadar berubah (variable rate). Jika anda selesa untuk buat bayaran bulanan tetap setiap bulan, pilih kadar tetap. Tetapi, jika anda gemar untuk buat bayaran bulanan lebih, pilih kadar faedah berubah atau terapung.
- Jumlah dan Tempoh Pembiayaan: Pertimbangkan jumlah pinjaman yang sesuai dengan keperluan anda. Jangan mohon lebih daripada kemampuan untuk buat bayaran balik. Begitu juga dengan tempoh pinjaman. Walaupun dengan memilih tempoh yang lebih panjang bayaran bulanan akan berkurangan, jumlah keseluruhan pinjaman akan meningkat apabila mengambil kira caj faedah.
- Caj, Yuran, dan Penalti: Kenal pasti yuran, caj, dan penalti yang dikenakan. Secara umum untuk pinjaman peribadi konvensional, caj yang akan dikenakan adalah caj pemprosesan, penalti lewat bayar, dan caj penyelesaian awal. Walau bagaimanapun, terdapat institusi kewangan yang mengecualikan caj pemprosesan dan caj penyelesaian awal.
- Syarat Kelayakan: Syarat kelayakan seperti umur dan kelayakan gaji mungkin berubah bergantung kepada produk pinjaman yang ditawarkan. Apa yang penting ialah anda beri perhatian kepada syarat kelayakan pinjaman dan mematuhi kriteria yang diperlukan untuk meningkatkan peluang lulus.
- Pinjaman Khusus: Sesetengah institusi kewangan menawarkan produk pinjaman peribadi konvensional yang khusus untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh untuk penyatuan hutang, atau untuk sektor pekerjaan tertentu. Pinjaman khusus ini mungkin lebih sesuai sekiranya ia menepati tujuan dan keperluan anda.
Petua Untuk Memilih Pinjaman Peribadi Konvensional Terbaik
Pertimbangkan juga perkara berikut untuk membantu anda buat pilihan yang tepat.
- Tujuan Meminjam: Kenal pasti tujuan sebenar anda ingin buat pinjaman dan jumlah tepat yang diperlukan.
- Bandingkan Tawaran: Selidik dan bandingkan produk pinjaman peribadi konvensional yang ditawarkan. Anda boleh guna sistem saringan yang kami sediakan di bawah.
- Baca Syarat dan Terma: Baca syarat dan terma dengan teliti. Kenal pasti sekiranya terdapat caj tersembunyi yang tidak dinyatakan dengan jelas.
- Nilai Situasi Kewangan Anda: Lihat semula pendapatan, perbelanjaan, dan hutang yang sedia ada untuk memastikan anda mampu untuk membayar semula pinjaman.
- Pertimbangkan Alternatif: Adakah terdapat sebarang alternatif selain pinjaman? Sebagai contoh, jika anda ingin meminjam dalam jumlah yang kecil, mungkin saudara mara atau rakan lebih sesuai.
Kesimpulan
Pinjaman peribadi konvensional boleh menjadi alat kewangan yang berguna untuk apabila digunakan secara bertanggungjawab. Dengan memahami ciri-ciri, kriteria kelayakan, dan proses permohonan, anda boleh membuat keputusan sama ada jenis pembiayaan ini sesuai dengan keperluan anda. Ingat, sentiasa pinjam mengikut kemampuan dan bandingkan tawaran dari pelbagai pemberi pinjaman untuk mendapatkan terma terbaik.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mohon pinjaman peribadi konvensional, lihat senarai komprehensif produk pinjaman peribadi dari institusi kewangan terpilih di bawah. Guna sistem saringan yang kami sediakan untuk mencari pilihan terbaik berdasarkan keperluan dan keutamaan anda.
Bandingkan Produk Pinjaman Peribadi Konvensional
Saringan
Pinjaman Peribadi instaDuit

RM1000 - RM10000
6 - 48 bulan
12% p.a
RM1500
Pinjaman Peribadi instaDuit menawarkan proses permohonan yang ringkas, sepenuhnya dalam talian dengan pilihan kadar faedah yang lebih rendah dengan cagaran. Sesuai jika anda sedang mencari pinjaman jangka masa pendek yang tidak membebankan.
Baca Lebih LanjutPinjaman Peribadi Evo Credit

RM5000 - RM400000
2 - 60 bulan
12% p.a
RM3500
Pinjaman peribadi Evo Credit menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM400,000 dengan proses permohonan ringkas dan tempoh lulus segera.
Baca Lebih LanjutPinjaman Wang Berlesen Direct Lending

RM1000 - RM20000
12 - 48 bulan
18% p.a
RM1500
Syarikat Direct Lending Sdn. Bhd. menawarkan kemudahan untuk anda mohon pinjaman wang berlesen daripada pelbagai syarikat kredit komuniti/pinjaman berlesen terpilih 100% atas-talian (online) . Mohon sehingga RM20,000 dengan tempoh 4 tahun.
Baca Lebih LanjutBSN MyRinggit

RM5000 - RM200000
12 - 120 bulan
4.60% p.a
RM1500
Pinjaman peribadi BSN MyRinggit menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM400,000 dengan tempoh pembiayaan 10 tahun tanpa cagaran dan penjamin. Pilih antara kadar faedah tetap atau kadar faedah terapung. Anda juga boleh menyatukan pinjaman dan pembiayaan sedia ada ke dalam pinjaman ini dengan ciri penyatuan hutang (Debt consolidation/settlement).
Baca Lebih LanjutStandard Chartered CashOne

RM1000 - RM250000
12 - 84 bulan
5.50% p.a
RM3000
Standard Chartered CashOne ditawarkan kepada pemilik kad kredit Standard Chartered Platinum (VISA atau MasterCard) dengan jumlah pinjaman sehingga RM250,000 dan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun. Ciri utama pinjaman ini ialah setiap bayaran bulanan anda akan ditukar kepada had limit (credit limit) kad anda. Dengan caj kadar faedah yang berpatutan, pinjaman ini sesuai dimohon oleh pemilik…
Baca Lebih LanjutStandard Chartered CashOne Debt Consolidation

RM3000 - RM250000
12 - 84 bulan
5.50% p.a
RM3000
Standard Chartered CashOne Debt Consolidation adalah pelan pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar khusus untuk mereka yang ingin buat penyatuan hutang, atau debt consolidation. Satukan semua hutang anda kepada pinjaman peribadi Standard Chartered ini dengan caj kadar faedah yang rendah untuk meringankan komitmen bulanan anda.
Baca Lebih LanjutIVC Personal Loan

RM5000 - RM100000
12 - 60 bulan
13% p.a
RM2000
IVC Personal Loan atau pinjaman peribadi IVC menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM100,000 dengan kadar faedah yang berpatutan. Pinjaman konvensional tidak bercagar ini juga membenarkan anda mohon walaupun anda ada blacklist di CTOS atau tunggakan di CCRIS. Anda juga cuma perlu tunggu tidak lebih dari 2 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda.
Baca Lebih LanjutEmicro Personal Loan

RM500 - RM10000
1 - 24 bulan
18% p.a
RM1500
Emicro Personal Loan adalah antara pelan pinjaman habis bulan yang popular. Pinjaman habis bulan atau payday loan ini sesuai dimohon untuk mereka yang ingin tunai segera di saat kecemasan. Anda tidak perlu Mohon serendah RM500 sehingga RM3,000 dengan caj kadar faedah tetap yang berpatutan untuk payday loan.
Baca Lebih LanjutJCL Pinjaman Peribadi

RM500 - RM50000
12 - 60 bulan
12% p.a
RM1000
JCL Pembiayaan Peribadi adalah pelan pinjaman peribadi kredit komuniti (pemberi pinjaman wang berlesen) yang disasarkan khusus kepada mereka yang mempunyai masalah di laporan CTOS atau rekod CCRIS. Proses permohonan adalah ringkas dan caj kadar faedah tahunan juga adalah berpatutan untuk memudahkan pemohon.
Baca Lebih LanjutStandard Chartered Quick Cash EDGE

RM3000 - RM250000
12 - 84 bulan
6.99% p.a
RM2000
Standard Chartered Quick Cash EDGE adalah pelan pinjaman peribadi tidak bercagar yang menawarkan jumlah pinjaman yang sangat tinggi dengan caj kadar faedah yang berpatutan. Pinjaman ini adalah pinjaman dengan keperluan syarat kelayakan dan penyediaan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan. Pelan pinjaman ini juga ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan termasuk para pesara.
Baca Lebih Lanjut