Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.
Pinjaman Peribadi Bercagar - Panduan Komprehensif
Memahami Pinjaman Peribadi Bercagar, Kelebihan dan Kekurangan, Aset Cagaran, dan Perbandingan Produk Pinjaman

Bagi rakyat Malaysia yang sedang mencari penyelesaian kewangan, pinjaman peribadi bercagar menawarkan pilihan yang baik untuk mendapatkan jumlah wang besar dengan kadar faedah yang mungkin lebih rendah. Panduan ini akan membincangkan tentang pinjaman peribadi bercagar secara komprehensif untuk membantu anda buat keputusan sama ada jenis pembiayaan ini sesuai atau tidak dengan keperluan kewangan anda.
Apakah Pinjaman Peribadi Bercagar?
Pinjaman bercagar adalah jenis pembiayaan di mana peminjam mencagarkan aset, seperti kenderaan atau hartanah sebagai cagaran.
Cagaran ini bertindak sebagai jaminan kepada pemberi pinjaman, sekali gus mengurangkan risiko kepada pemberi pinjaman dan dalam masa yang sama boleh membawa kepada kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman bercagar.
Bagaimana Pinjaman Peribadi Tidak Bercagar Berfungsi
- Anda mohon pinjaman: Anda memilih pemberi pinjaman dan menghantar permohonan, termasuk maklumat aset yang ingin digunakan sebagai cagaran.
- Pemberi Pinjaman Menilai Permohonan: Pemberi pinjaman akan menilai kelayakan anda, seperti sejarah kredit, pendapatan, dan nilai cagaran yang ingin dicagarkan.
- Keputusan Permohonan: Jika permohonan diluluskan, wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank pilihan anda.
- Bayaran Balik: Anda buat bayaran bulanan seperti yang telah dipersetujui.
Jika anda gagal untuk buat bayaran balik, pemberi pinjaman mempunyai hak untuk merampas aset yang dicagarkan untuk menampung kos kerugian.
Kelebihan Pinjaman Peribadi Bercagar
- Kadar Faedah Lebih Rendah: Berbanding pinjaman peribadi tidak bercagar, pemberi pinjaman sering menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berikutan risiko yang kurang untuk pinjaman peribadi bercagar. Ini membolehkan anda mengurangkan kos keseluruhan pinjaman.
- Jumlah Pembiayaan yang Tinggi: Pinjaman peribadi bercagar juga membolehkan peminjam meminjam dengan jumlah yang lebih tinggi kerana terdapat aset yang dicagarkan.
- Tempoh Pembiayaan yang Lebih Panjang: Seperti juga jumlah pembiayaan, tempoh pembiayaan yang ditawarkan untuk pinjaman tidak bercagar juga lebih panjang berikutan risiko yang rendah kepada pemberi pinjaman.
Kekurangan Pinjaman Peribadi Bercagar
- Risiko Cagaran Dirampas: Jika berlaku kegagalan untuk anda buat bayaran balik, pemberi pinjaman boleh merampas aset yang dicagarkan. Ini boleh menjadi beban tambahan kepada peminjam.
- Tidak Fleksibel: Kebanyakan institusi kewangan atau pemberi pinjaman mengenakan syarat dan terma yang lebih ketat. Seperti contoh, mengenakan penyelesaian awal atau tidak membenarkan penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman.
| Kelebihan | Kekurangan |
|---|---|
| Kadar faedah lebih rendah | Risiko hilang aset cagaran |
| Jumlah pinjaman lebih tinggi | Proses lulus lebih lama |
| Tempoh bayaran balik mungkin lebih panjang | Kriteria kelayakan lebih ketat |
| Peluang membina skor kredit | Potensi hutang melebihi nilai aset cagaran (negative equity) |
Bila Anda Perlu Pilih Pinjaman Peribadi Bercagar
Pinjaman peribadi bercagar boleh menjadi pilihan yang sesuai apabila faktor-faktor berikut memainkan peranan.
- Pembelian Besar: Jika anda sedang mempertimbangkan untuk buat pembelian besar, pinjaman bercagar boleh membantu untuk mendapatkan dana dalam jumlah yang besar untuk merealisasikan matlamat anda.
- Menyatukan Hutang: Pinjaman peribadi bercagar juga sesuai sekiranya anda mempunyai hutang pinjaman atau kad kredit dengan kadar faedah yang tinggi. Oleh kerana pinjaman jenis ini sering mengenakan kadar faedah yang rendah, ia sesuai digunakan untuk penyatuan hutang (debt consolidation).
- Membaiki Skor Kredit: Pinjaman bercagar juga boleh digunakan sebagai salah satu jalan untuk meningkatkan skor kredit sekiranya anda mempunyai skor kredit yang rendah.
Memahami Jenis Cagaran
Jenis cagaran yang boleh digunakan adalah bergantung kepada institusi kewangan atau pemberi pinjaman, jumlah pinjaman, dan produk pinjaman bercagar. Berikut adalah antara beberapa cagaran yang sering digunakan untuk pinjaman peribadi bercagar di Malaysia.
Hartanah
Ini adalah jenis cagaran yang sering digunakan. Cagaran hartanah, sama ada hartanah kediaman seperti rumah, apartmen, dan kondominium atau komersial seperti bangunan perniagaan boleh digunakan sebagai cagaran.
Kenderaan
Kenderaan seperti kereta dan motosikal juga boleh menjadi cagaran ketika mohon pinjaman. Nilai semasa kenderaan akan mempengaruhi jumlah pinjaman yang boleh dimohon atau diluluskan oleh pemberi pinjaman.
Aset Lain
Terdapat juga aset-aset lain yang boleh digunakan sebagai cagaran, antaranya:
- Deposit Tetap: Term Deposit atau deposit tetap juga boleh digunakan sebagai cagaran seperti produk pembiayaan bercagar daripada Bank Simpanan Nasional dan CIMB.
- Unit Amanah Saham: Sesetengah produk pinjaman bercagar membenarkan anda mencagar unit amanah saham seperti Unit Amanah Saham Bumiputera daripada Amanah Saham Nasional Berhad.
Pertimbangan Penting
Apabila anda mencagarkan aset, terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu pertimbangkan.
- Penilaian: Pemberi pinjaman akan menilai nilai cagaran dan menentukan jumlah pinjaman yang layak.
- Loan to Value (LTV) Ratio: Nisbah LTV mewakili peratusan nilai aset yang akan dipinjamkan. Sebagai contoh, nisbah LTV 80% bermaksud anda layak untuk meminjam sehingga 80% daripada nilai semasa aset.
- Insurans: Anda mungkin perlu untuk menginsuranskan aset yang dicagarkan terhadap kerosakan atau kehilangan.
- Faktor Ekonomi: Pertimbangkan juga keadaan ekonomi semasa, seperti nilai hartanah yang sering naik turun dan pasaran saham yang boleh mempengaruhi nilai aset yang dicagarkan.
Faktor-faktor ini penting kerana dengan memahami perkara-perkara ini, anda boleh membandingkan pilihan tawaran pinjaman peribadi bercagar, dan boleh buat anggaran terhadap jumlah pinjaman yang layak dimohon.
Mencari Pinjaman Peribadi Bercagar yang Sesuai
Memilih produk pinjaman bercagar yang sesuai memerlukan pertimbangan yang teliti. Berikut adalah antara beberapa faktor yang perlu anda beri perhatian ketika buat pilihan.
- Kadar Faedah: Bandingkan kadar faedah yang dikenakan antara produk yang ditawarkan daripada beberapa institusi kewangan dan pemberi pinjaman.
- Terma Pinjaman: Pertimbangkan terma pinjaman, jadual bayaran bulanan, dan caj atau yuran yang dikenakan.
- Kelayakan Cagaran: Pastikan anda memahami apa yang diperlukan oleh pemberi pinjaman berkaitan cagaran dan risiko yang terlibat.
- Reputasi Pemberi Pinjaman: Pinjaman bercagar datang dengan risiko, jadi pilih pemberi pinjaman dengan reputasi yang baik untuk memastikan anda mendapat perkhidmatan yang telus.
Kesimpulan
Pinjaman peribadi bercagar boleh menjadi penyelesaian kewangan yang baik jika anda ingin mendapatkan jumlah wang yang tinggi dengan kadar yang kompetitif. Walau bagaimanapun, jenis pinjaman ini datang dengan risiko dan tanggungjawab yang besar.
Dengan memahami selok-belok pinjaman ini dan mempertimbangkan situasi kewangan anda dengan teliti, anda boleh buat keputusan yang bijak, selaras dengan keperluan dan matlamat kewangan anda.
Bersedia untuk meneroka pilihan pinjaman peribadi bercagar yang ditawarkan di Malaysia? Lihat senarai di bawah untuk mencari produk yang sesuai dengan keperluan anda.
Senarai Produk Pinjaman Peribadi Bercagar yang Ditawarkan
Saringan
Pinjaman Peribadi instaDuit

RM1000 - RM10000
6 - 48 bulan
12% p.a
RM1500
Pinjaman Peribadi instaDuit menawarkan proses permohonan yang ringkas, sepenuhnya dalam talian dengan pilihan kadar faedah yang lebih rendah dengan cagaran. Sesuai jika anda sedang mencari pinjaman jangka masa pendek yang tidak membebankan.
Baca Lebih LanjutPinjaman Peribadi Evo Credit

RM5000 - RM400000
2 - 60 bulan
12% p.a
RM3500
Pinjaman peribadi Evo Credit menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM400,000 dengan proses permohonan ringkas dan tempoh lulus segera.
Baca Lebih LanjutPembiayaan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

RM1000 - RM150000
12 - 120 bulan
3.99% p.a
RM1000
Pinjaman peribadi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad menawarkan beberapa pelan pembiayaan Islamik dengan jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh pembiayaan yang panjang. Mohon sehingga RM150,000 dalam tempoh 10 tahun.
Baca Lebih LanjutPembiayaan Peribadi Koperasi Tentera

RM1000 - RM200000
6 - 120 bulan
3.56% p.a
RM2000
Pinjaman koperasi tentera menawarkan pembiayaan peribadi tanpa penjamin dan juga berpenjamin. Anda boleh mohon sehingga RM200,000 dalam tempoh 10 tahun dengan caj kadar keuntungan yang berpatutan. Kedua-dua pelan pembiayaan ini juga membenarkan anda buat pinjaman bertindih dan penyatuan hutang. Pemohon yang mempunyai masalah di laporan CTOS dan tunggakan di CCRIS juga boleh mohon pelan pembiayaan…
Baca Lebih LanjutJCL Pinjaman Peribadi

RM500 - RM50000
12 - 60 bulan
12% p.a
RM1000
JCL Pembiayaan Peribadi adalah pelan pinjaman peribadi kredit komuniti (pemberi pinjaman wang berlesen) yang disasarkan khusus kepada mereka yang mempunyai masalah di laporan CTOS atau rekod CCRIS. Proses permohonan adalah ringkas dan caj kadar faedah tahunan juga adalah berpatutan untuk memudahkan pemohon.
Baca Lebih Lanjut