Akan dibuka dalam tab baharu

KOBETA Speed-i

Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM2000 - RM250000
Kadar Keuntungan
6.90% p.a - 6.90% p.a
Tempoh Pembiayaan
24 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
3 hingga 7 hari bekerja

KOBETA Speed-i adalah pelan pembiayaan peribadi daripada Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA). KOBETA bukanlah nama baru di Malaysia. Koperasi ini adalah koperasi yang sah dan berdaftar di Malaysia, dan telah ditubuhkan sejak tahun 1993.

Pelan pinjaman KOBETA Speed-i adalah sebuah pinjaman peribadi Islamik yang tidak bercagar (unsecured personal financing). Sebagai pinjaman tak bercagar, anda tidak perlu meyediakan cagaran atau mengemukakan penjamin untuk mohon pelan pembiayaan ini. Seperti juga pinjaman peribadi KOBETA Cash-i, pinjaman Speed-i ini hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies – GLC) dan kakitangan badan berkanun.

Anda perlu berumur antara 21 hingga 59 tahun pada tarikh akhir bayaran untuk layak mohon pelan pembiayaan KOBETA ini. Kelayakan gaji yang diperlukan pula agak rendah, iaitu anda hanya perlu berpendapatan bulanan dalam bentuk gaji kasar tidak kurang daripada RM1,500, atau tahunan tidak kurang daripada RM250,000 – dengan potongan gaji tidak lebih daripada 50% hingga 60%. Anda juga perlu berjawatan tetap dan telah berkhidmat lebih daripada 6 bulan.

Sekiranya anda layak, anda, pelan KOBETA Speed-i menawarkan jumlah pembiayaan serendah RM2,000 hingga pembiayaan maksimum RM250,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Satu jumlah pembiayaan yang tinggi dan tempoh bayaran semula yang sangat tinggi dan panjang. Caj perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan juga tidak membebankan iaitu bermula dari serendah 6.50% p.a.

Antara ciri menarik yang ditawarkan dengan pelan pembiayaan ini ialah tempoh keputusan permohonan yang pantas. Anda cuma perlu tunggu antara 3 hingga 7 hari bekerja untuk tahu sama ada permohonan anda lulus atau ditolak.

Berminat untuk mohon pembiayaan KOBETA Speed-i? Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri pinjaman peribadi KOBETA Speed-i, syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu anda sediakan, caj yang dikenakan, jadual bayaran bulanan dan bagaimana anda boleh mohon pelan pinjaman ini secara atas-talian (online).

Kelebihan KOBETA Speed-i

Sebagai pinjaman peribadi koperasi Islamik tak bercagar, KOBETA Speed-i mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi Bank. Berikut ialah ciri-ciri pinjaman ini dan kelebihan yang ditawarkan.

  • Jumlah pinjaman yang sangat fleksibel
    KOBETA menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM2,000 sehingga RM250,000. Ini adalah antara amaun tertinggi untuk pinjaman peribadi tak bercagar di Malaysia.
  • Tempoh pembiayaan yang sangat fleksibel
    Anda boleh membayar semula pinjaman anda dari 2 tahun hingga mencecah 10 tahun.
  • Kadar keuntungan rata yang rendah
    Pembiayaan peribadi KOBETA Speed-i menawarkan kadar keuntungan rata serendah 6.90% setahun. Ini bermakna kadar keuntungan ini tidak akan berubah sepanjang tempoh pembiayaan anda.
  • Kelayakan gaji minimum yang rendah
    Pinjaman peribadi ini dibuka kepada kakitangan sektor awam atau badan berkanun dengan pendapatan minimum hanya RM1,500 sebulan.
  • Pembayaran melalui potongan gaji
    KOBETA menggunakan khidmat BIRO Perkhidmatan Angkasa melalui Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA) sebagai kaedah bayaran semula. Jadi anda tak perlu risau terlepas pandang untuk bayaran balik.
  • Keputusan permohonan yang pantas
    Sesuai dengan namanya, pinjaman ini menawarkan tempoh lulus yang pantas. Anda cuma perlu tunggu antara 3 hingga 7 hari bekerja untuk mengetahui keputusan permohonan KOBETA Speed-i anda.
  • Rebat untuk pembayaran awal
    Sebagai sebuah pinjaman Islamik yang patuh Syarak, anda akan mendapat rebat (Ibra’) sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan semua baki pinjaman anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

Syarat kelayakan untuk mohon

Jika anda ingin memohon KOBETA Speed-i, berikut ialah syarat-syarat kelayakan memohon yang perlu anda patuhi.

  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan, GLC atau Badan Berkanun.
  • Bekerja lebih dari 6 bulan.
  • Berjawatan tetap.
  • Berpendapatan bulanan berserta Elaun RM1,500 ke atas atau pendapatan tahunan berserta elaun RM18,000 ke atas.
  • Potongan di slip gaji tidak melebihi 50% atau 60%.
  • Tidak disenaraihitamkan (Blacklist) di rekod CTOS oleh mana-mana Institusi Kewangan (Bank/Koperasi/Pemberi Pinjaman Wang Berlesen) di Malaysia.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon KOBETA Speed-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda layak untuk memohon berdasarkan syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk memohon KOBETA Speed-i.

  1. 3 salinan MyKad yang disahkan.
  2. 3 salinan slip gaji 3 bulan terkini yang disahkan.
  3. Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
  4. Bil utiliti yang disahkan.
  5. Penyata penyelesaian (overlap mana-mana Bank/Koperasi) jika ada.

Kakitangan GLC dan Badan Berkanun perlu menyediakan salinan asal Slip gaji. Kakitangan DBKL pula perlu menyediakan Surat Emolumen daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jadual Bayaran Bulanan KOBETA Speed-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment KOBETA Speed-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran KOBETA Speed-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan oleh KOBETA sekiranya permohonan KOBETA Speed-i anda lulus.

  1. Caj setem duti 0.5%.
  2. Tiada caj proses.
  3. Tiada caj penamatan awal.

Tiada caj lewat bayar kerana pembayaran dilakukan secara potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

Cara Mohon KOBETA Speed-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon KOBETA Speed-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan KOBETA terdekat untuk mendapatkan borang permohonan.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Syarat kelayakan gaji yang rendah.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi.
  • Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (SPGA).
  • Tiada caj proses.
Kekurangan
  • Hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan, GLC, dan badan berkanun terpilih.
  • Salinan dokumen perlu disahkan majikan.

KOBETA Speed-i yang ditawarkan oleh Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang menawarkan ciri-ciri yang cukup menarik. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan cukup tinggi sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan yang panjang. Dengan kadar keuntungan rata serendah 6.90% p.a, pinjaman ini sangat sesuai dimohon oleh mereka yang ingin meminjam dengan jumlah yang tinggi dan inginkan keputusan permohonan dengan tempoh yang segera. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan pinjaman peribadi Koperasi, skim pembiayaan ini hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, GLC, dan badan berkanun. Jadi mereka yang berkhidmat di sektor swasta atau yang bekerja sendiri terpaksa mencari pelan pinjaman peribadi yang lain.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan KOBETA Speed-i

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd. untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd..

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang KOBETA Speed-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

8 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right