Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM50000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 12 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 2.38% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Had Umur 18 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Pendapatan Rendah, Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 1 hingga 7 hari bekerja

Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang Bank Rakyat (Bank Rakyat Personal Financing-i for Debt Consolidation) adalah sebuah pelan pinjaman yang diperkenalkan oleh pihak Bank Rakyat lewat tahun 2020 lalu untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik apabila tempoh moratorium (penangguhan) pertama yang mula berkuatkuasa pada April 2020 berakhir.

Pelan pinjaman ini ditawarkan khusus kepada individu yang ingin menyatukan hutang pinjaman yang sedia ada ke dalam satu pinjaman baru dengan caj kadar keuntungan rendah. Bagi yang kurang jelas apa itu penyatuan hutang, ini adalah ciri yang membenarkan anda menghimpunkan pinjaman dan pembiayaan yang sedia ada ke dalam satu pinjaman baru. Pinjaman baru ini akan menyelesaikan semua baki pinjaman (financing balances) tersebut.

Debt consolidation personal loan adalah berbeza dengan pembiayaan semula (refinance). Ciri ini memudahkan anda buat bayaran ansuran di mana anda hanya perlu bayar satu pinjaman sahaja berbanding banyak pinjaman dengan bayaran yang berbeza.

Pelan pembiayaan ini membenarkan anda buat penyatuan hutang daripada pinjaman dan pembiayaan peribadi, kenderaan, perumahan, dan hutang kad kredit daripada bank, koperasi, dan syarikat kredit komuniti (pinjaman berlesen).

Bank Rakyat menawarkan jumlah pembiayaan dari RM50,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan (annual profit rate) adalah dalam bentuk kadar terapung (floating rate) dan berpatutan iaitu bermula dari 2.38% p.a. Pelan pembiayaan ini juga adalah pinjaman Islamik 100% patuh Syariah.

Syarat kelayakan untuk mohon Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang Bank Rakyat ialah anda perlu berstatus warganegara Malaysia dan berumur antara 18 hingga 60 tahun pada tarikh akhir bayaran pinjaman.  Pelan ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun, dan kakitangan sektor swasta dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000.

Nak mohon Bank Rakyat Personal Financing-i for Debt Consolidation? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap, syarat kelayakan, dokumen perlu disediakan, dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

  • Pembiayaan Islamik patuh Syariah
    Sebagai sebuah produk perbankan Islam, pelan pembiayaan ini adalah berasaskan konsep Tawarruq yang 100% patuh Syariah dan tidak melanggar hukum Syarak.
  • Jumlah pembiayaan fleksibel
    Pelan ini menawarkan jumlah pinjaman yang sangat fleksibel. Anda boleh mohon dari serendah RM50,000 hingga jumlah maksimum RM200,000.
  • Tempoh pembiayaan panjang
    Dengan tempoh pinjaman dari 1 tahun sehingga 10 tahun, ini adalah pelan dengan tempoh bayaran ansuran yang panjang dan fleksibel.
  • Caj kadar keuntungan rendah
    Pelan Bank Rakyat personal financing-i for debt consolidation adalah antara pelan pinjaman dengan caj kadar keuntungan terendah untuk pinjaman penyatuan hutang. Kadar yang dikenakan juga adalah kadar terapung (floating rate) yang lebih menguntungkan daripada kadar tetap (fixed rate).
  • Bonus untuk tempoh 10 tahun
    Anda akan menerima diskaun kadar keuntungan dari 0.10% hingga 1.20% sekiranya anda memilih tempoh pinjaman sehingga 10 tahun.
  • Ditawarkan kepada kakitangan swasta
    Kebanyakan pinjaman penyatuan hutang hanya ditawarkan kepada kakitangan sektor awam. Tetapi, pelan pinjaman Bank Rakyat ini dibuka permohonan kepada sektor awam dan juga kakitangan sektor swasta.
  • Penyelesaian hutang untuk setiap pinjaman
    Pelan ini membenarkan anda buat debt consolidation bukan sahaja untuk pinjaman peribadi, tetapi untuk setiap pinjaman termasuk hutang kad kredit (credit card).

Syarat kelayakan untuk mohon

  • Warganegara Malaysia (Malaysian Citizen).
  • Berumur antara 18 hingga 60 tahun pada tarikh akhir pinjaman.
  • Berkhidmat dengan jawatan tetap (permanent staff) di sektor awam atau sektor swasta (salaried employee).
  • Pendapatan bulanan gaji kasar (gross pay) tidak kurang dari RM2,000.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan (bank/koperasi/kredit komuniti (pinjaman berlesen).
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA) di laporan CCRIS.
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Untuk pemohon baru:

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata akaun bank (bank statements) kemasukan gaji (salary crediting account) 3 bulan terkini.
  4. Penyata KWSP (EPF statement) terkini.
  5. Salah satu daripada dokumen berikut:
    – Surat pengesahan majikan.
    – Borang EA.
    – Slip e-B LHDN.

Untuk pelanggan Bank Rakyat:

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Penyata KWSP (EPF statement) terkini.

Jadual Bayaran Bulanan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Caj agensi atau fi Wakalah dan Yuran Broker sebanyak RM28.30
  4. Tiada caj penamatan awal. Pihak bank akan memberikan rebat (ibra’) berdasarkan jumlah baki keuntungan.
  5. Caj lewat bayar (Ta’widh) sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan (outstanding balance).

Cara Mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pelan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan anda.

Review Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Pelan Bank Rakyat Personal Financing-i for Debt Consolidation menawarkan penyelesaian menarik kepada individu yang terbeban dengan hutang bulanan dari banyak pinjaman. Tidak seperti kebanyakan pelan debt consolidation loan yang hanya membenarkan penyelesaian hutang daripada pinjaman peribadi, pinjaman bank rakyat ini membenarkan anda menyatukan hutang daripada sebarang pinjaman. Dengan caj kadar keuntungan berpatutan, jumlah pembiayaan tinggi, dan tempoh pembiayaan panjang – pelan pinjaman ini sangat sesuai dimohon oleh individu yang sedang mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.

thumbs-up
Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan tinggi dan tempoh panjang.
  • Caj kadar keuntungan terapung berpatutan.
  • Bonus pengurangan kadar keuntungan.
  • Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan.
thumbs-down
Kekurangan
  • Perlu surat pengesahan majikan.
Rating
4.5/5

Soalan Lazim Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
Apakah Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 18 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM50000 hingga RM200000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down
Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad). Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad). Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad), sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang.

Ada soalan tentang Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

84 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right