Akan dibuka dalam tab baharu

BSN MyRinggit-i PRIMA

BSN MyRinggit-i PRIMA
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM10000 - RM400000
Kadar Keuntungan
6.5% p.a - 6.5% p.a
Tempoh Pembiayaan
24 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM3000
Tempoh Lulus
2 hari bekerja

BSN MyRinggit-i PRIMA adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional. Pembiayaan peribadi ini adalah pelan khusus yang ditawarkan kepada pengamal perubatan, iaitu doktor perubatan, pegawai perubatan, jururawat, dan ahli farmasi di Malaysia yang ingin menjalankan perniagaan perubatan mereka sendiri.

Ingin buka klinik, farmasi atau pusat perubatan? Ini adalah pelan pembiayaan peribadi untuk anda.

Pinjaman ini adalah berkonsepkan pinjaman Islamik tidak bercagar. Oleh itu pemohon tidak perlu memperkenalkan penjamin atau menyediakan cagaran untuk mohon pinjaman ini. Pelan pembiayaan ini juga adalah pinjaman Islamik 100% patuh Syariah – jadi anda boleh mohon tanpa ragu.

Pihak BSN menawarkan BSN MyRinggit-i PRIMA kepada individu yang menjawat jawatan sebagai doktor perubatan atau pegawai perubatan dengan jawatan tetap, sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta. Anda perlu berumur 21 tahun hingga 65 tahun dengan pendapatan bulanan gaji kasar tidak kurang daripada RM3,000 atau tahunan RM36,000.

Jika anda layak, pihak BSN membenarkan pembiayaan dari serendah RM10,000 hingga jumlah maksimum RM400,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Perkongsian caj kadar keuntungan yang dikenakan pula ialah berpatutan dan tidak membebankan, iaitu kadar tetap serendah 6.50% p.a. Caj perkongsian adar keuntungan adalah bergantung kepada jumlah pembiayaan dan tempoh bayaran semula yang dipersetujui.

Sekiranya anda adalah pengamal perubatan, dan inginkan pinjaman yang dicipta khas untuk anda – baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik pinjaman ini, syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu anda sediakan, caj yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara mudah melalui kaedah atas talian (online).

Kelebihan BSN MyRinggit-i PRIMA

Pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i PRIMA menawarkan beberapa ciri-ciri menarik khususnya kepada pengamal perubatan. Berikut ialah kelebihan yang ditawarkan oleh pinjaman ini berbanding pinjaman lain di negara kita.

  • Pinjaman Islamik patuh Syariah
    Pelan pembiayaan peribadi ini adalah 100% patuh Syariah dengan menggunakan konsep Tawarruq yang berlandaskan kontrak Ba’i Murabahah dan Wakalah.
  • Tidak bercagar
    Ini adalah pinjaman peribadi tidak bercagar (unsecured personal loan), di mana anda tidak perlu mengemukakan aset sebagai cagaran, atau memperkenalkan penjamin sebagai jaminan anda.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh mohon dari serendah RM10,000 hingga jumlah maksimum sebanyak RM400,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    BSN membenarkan anda membuat bayaran semula dari sesingkat 24 bulan sehingga menjangkau tempoh 120 bulan untuk pinjaman ini.
  • Had umur yang fleksibel
    Pinjaman ini ditawarkan kepada mereka yang berumur 21 tahun hingga 65 tahun (pada tarikh bayaran akhir pinjaman). Jadi para pengamal perubatan baru berkhidmat juga boleh mohon pinjaman ini.
  • Jumlah lulus yang tinggi
    Pinjaman ini menawarkan jumlah lulus sehingga 5 kali ganda gaji kasar tetap bulanan anda. Jadi jumlah lulus adalah lebih tinggi berbanding pinjaman lain yang menawarkan gandaan terhadap gaji bersih bulanan pemohon. Walau bagaimanapun, ini tidak tetap dan pihak BSN boleh meluluskan lebih daripada gandaan ini – bergantung kepada kelayakan dan skor pemarkahan anda.
  • Kadar keuntungan yang berpatutan
    Kadar keuntungan tahunan bermula dari 6.5% p.a adalah antara kadar terendah untuk pelan pembiayaan peribadi Islamik yang ditawarkan di Malaysia.
  • Keputusan permohonan yang pantas
    Pihak BSN hanya memerlukan 2 hari bekerja selepas anda menyediakan dan menghantar dokumen berkaitan untuk memberi keputusan terhadap permohonan anda.
  • Kelayakan gaji yang tidak membebankan
    Anda hanya perlu berpendapatan gaji kasar bulanan RM3,000 ke atas untuk mohon pinjaman ini. Ini bukanlah jumlah gaji yang tinggi untuk doktor perubatan atau pegawai perubatan kerana rata-rata pengamal perubatan mempunyai pendapatan lebih daripada had gaji yang diperlukan.
  • Pilihan saluran bayaran ansuran yang pelbagai
    Anda boleh memilih untuk melakukan bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman ini melalui kaedah potongan gaji bulanan dengan arahan tetap (standing instruction), auto debit, pemindahan transaksi atas-talian (online), pemindahan transaksi mesin ATM/CDM atau transaksi Interbank GIRO.

Syarat kelayakan untuk mohon

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman BSN MyRinggit-i PRIMA, berikut ialah syarat kelayakan lengkap yang perlu anda patuhi. Pastikan anda mencukupi syarat-syarat yang dinyatakan ini untuk meningkatkan peluang lulus anda.

  • Berumur antara 21 hingga 65 tahun (untuk doktor perubatan).
  • Berumur antara 21 hingga 50 tahun (untuk pegawai perubatan).
  • Bekerja sepenuh masa.
  • Berjawatan tetap.
  • Berkhidmat di sektor awam atau swasta.
  • Berpendapatan gaji kasar bulanan RM3,000 ke atas atau tahunan RM36,000 ke atas.
  • Pemegang akaun bank BSN GIRO/i – Jika tiada akaun BSN perlu buka akaun BSN GIRO/i sekiranya pinjaman lulus.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon BSN MyRinggit-i PRIMA, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Jika anda mencukupi syarat-syarat yang dinyatakan di atas, berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon BSN MyRinggit-i PRIMA.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan penyata bank 3 bulan terkini yang berkaitan dengan amalan perubatan pemohon.
  3. Salinan sijil perakuan daripada Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council):
    – Perakuan Pendaftaran Sementara (Borang 5-Peraturan 20, Akta Perubatan 1974)
    atau
    – Perakuan Amalan Tahunan (Borang 12-Seksyen 20, Akta Perubatan 1974).
  4. Salinan Pendaftaran Perniagaan yang dibenarkan.
  5. Dokumen sokongan yang dibenarkan sebagai doktor pakar (Specialist Doctor) atau pengesahan daripada majikan/doktor penyelia (Supervising Doctor).

Jadual Bayaran Bulanan BSN MyRinggit-i PRIMA

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment BSN MyRinggit-i PRIMA. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran BSN MyRinggit-i PRIMA
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah senarai caj atau fi yang dikenakan untuk skim pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i PRIMA sekiranya permohonan pinjaman anda diluluskan.

  1. Caj pemprosesan RM30 (Caj Wakalah).
  2. Caj setem duti sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman lulus. Caj ini akan ditolak terus daripada pinjaman.
  3. Tiada caj penamatan awal (early settlement fee).
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan.
  5. Pilihan untuk mengambil perlindungan Insurans Takaful melalui pelan Cash Protection-i Scheme dengan caj satu kali sebanyak RM318. Ini adalah pilihan dan tidak wajib.

Cara Mohon BSN MyRinggit-i PRIMA

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh pinjaman peribadi BSN MyRinggit-i PRIMA dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN terdekat.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Khusus untuk pengamal perubatan.
  • Jumlah pembiayaan sehingga RM200,000.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • Kadar keuntungan tahunan yang rendah dan berpatutan.
  • Kelayakan gaji yang mampu mohon oleh pengamal perubatan.
Kekurangan
  • Jumlah lulus mungkin hanya 5 kali ganda gaji kasar.

Pinjaman peribadi BSN MyRinggit-i PRIMA adalah skim pembiayaan khas yang dicipta khusus oleh Bank Simpanan Nasional untuk pengamal perubatan. Pinjaman ini ditawarkan kepada para pengamal perubatan yang ingin menjalankan perniagaan dalam bidang perubatan, dan ini adalah sangat unik kerana tidak banyak pinjaman peribadi tak bercagar seperti pinjaman ini di negara kita. Jumlah pembiayaan yang dibenarkan juga sangat membantu kerana jumlah sehingga RM200,000 adalah tinggi dan mencukupi sebagai modal permulaan perniagaan. Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun juga tidak membebankan peminjam untuk membayar semula pinjaman mereka. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, BSN akan menghadkan jumlah lulus hanya sehingga 5 kali ganda gaji kasar pemohon. Oleh itu jumlah lulus mungkin tidak mencukupi bagi mereka dengan pendapatan gaji kasar yang rendah.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan BSN MyRinggit-i PRIMA

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang BSN MyRinggit-i PRIMA?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

15 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right