CIMB Xpress Cash Financing-i

CIMB Xpress Cash Financing-i
CIMB Bank logo
Pinjaman daripada CIMB Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM3000 hingga RM50000
Tempoh Pembiayaan 12 hingga 60 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 18% p.a hingga 24% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM800 sebulan atau RM9600 setahun
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Keputusan Pantas (Fast Approval), Pendapatan Rendah
Tempoh Keputusan Lulus 24 hingga 48 jam

CIMB Xpress Cash Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik patuh Syariah yang ditawarkan oleh CIMB Islamic. CIMB Islamic adalah anak syarikat CIMB yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

Pelan ini menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan dari sesingkat 1 tahun sehingga 5 tahun. Oleh kerana pinjaman ini adalah pinjaman patuh Syariah, anda tidak akan dikenakan sebarang caj kadar faedah. Cuma anda perlu membayar caj keuntungan seperti kebanyakan pinjaman Islamik yang lain.

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah kadar tetap bermula dari 18% p.a. Kadar keuntungan berubah mengikut jumlah dan tempoh pembiayaan. Anda boleh rujuk jadual bayaran ansuran yang telah disediakan di bawah.

Pembiayaan peribadi CIMB Xpress Cash adalah antara pelan pinjaman yang popular di Malaysia. Antara faktor utama yang buat pembiayaan peribadi ini sangat diminati adalah kerana syarat kelayakan gaji minimum yang dikenakan oleh CIMB.

Anda hanya perlu berpendapatan tahunan RM9600, atau gaji kasar RM800 sebulan untuk layak mohon CIMB Xpress Cash Financing-i. Had umur pula ditetapkan antara 21 hingga 60 tahun. Ciri kelayakan minimum ini menjadikan CIMB Xpress Cash antara skim pinjaman peribadi yang sering dimohon bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Skim pembiayaan peribadi daripada CIMB Islamic ini juga menawarkan tempoh keputusan yang pantas berbanding pinjaman peribadi Islamik lain.

Walau bagaimanapun, pinjaman Xpress Cash hanya ditawarkan kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Sekiranya anda berkhidmat di sektor awam, anda boleh lihat senarai pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan atau pinjaman peribadi untuk kakitangan GLC.

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman ini, baca lebih lanjut tentang ciri-ciri lengkap pinjaman peribadi ini, syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan CIMB atau CIMB Islamic.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightSemak Status Permohonan
  8. square-arrow-down-rightReview
  9. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  10. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan CIMB Xpress Cash Financing-i

Selain kelayakan gaji yang rendah untuk memohon, CIMB Xpress Cash Financing-i menawarkan beberapa ciri-ciri menarik. Antara kelebihan-kelebihan pinjaman peribadi daripada CIMB Islamic ini ialah:

  • Kelayakan gaji minimum yang rendah
    Anda hanya perlu berpendapatan gaji kasar (gross pay) RM800 sebulan, atau RM9,600 setahun untuk layak memohon pinjaman CIMB Xpress Cash. Ini adalah antara kelayakan gaji minimum terendah untuk pembiayaan peribadi bank.
  • Keputusan permohonan pantas
    Seperti juga CIMB Cash Plus, anda cuma perlu menunggu 24 jam dari tarikh permohonan untuk mengetahui keputusan permohonan CIMB Xpress Cash Financing-i anda.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Jumlah pinjaman bermula serendah RM3,000 sehingga RM50,000. Jumlah lulus pula boleh menjangkau sehingga 8 kali ganda gaji bersih anda.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Tempoh pembayaran balik pinjaman CIMB Xpress Cash bermula dari 12 bulan (1 tahun) sehingga 60 bulan (5 tahun).
  • Kelayakan had umur yang fleksibel
    CIMB menawarkan pinjaman ini untuk mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun. Umur maksimum 60 tahun ialah umur pada tarikh penamat pinjaman anda.
  • Tiada komitmen boleh mohon
    Jangan risau sekiranya anda tiada sejarah komitmen atau tiada skor kredit. Anda boleh mohon pinjaman ini walaupun anda belum ada komitmen bulanan. Walau bagaimanapun, jumlah pinjaman yang diluluskan oleh CIMB mungkin lebih rendah daripada jumlah permohonan anda. Ini adalah bergantung kepada budi bicara pihak CIMB Islamic.
  • Tiada caj proses
    CIMB Islamic tidak mengenakan sebarang caj proses seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik lain di Malaysia.
  • Tiada caj penamatan awal (early termination fee)
    CIMB Islamic juga tidak mengenakan sebarang caj sekiranya anda hendak melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh perjanjian.
  • Kadar keuntungan tetap
    Seperti pinjaman peribadi Islamik yang menggunakan konsep Bai Al-Inah, CIMB Islamic menawarkan kadar keuntungan tetap untuk pinjaman ini.
  • Tidak memerlukan pengesahan majikan
    Anda tidak perlu mendapatkan pengesahan majikan untuk memohon CIMB Xpress Cash.
  • Tidak memerlukan penjamin
    Pemohon tidak perlu mendapatkan penjamin untuk memohon pinjaman peribadi ini.

Kelebihan-kelebihan inilah yang buat CIMB Xpress Cash Financing-i antara pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang popular.

Syarat kelayakan untuk mohon

CIMB Islamic tidak mengenakan syarat yang ketat untuk CIMB Xpress Cash. Syarat kelayakan yang dikenakan adalah sama dengan kebanyakan pinjaman peribadi Islamik di Malaysia.

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan minimum RM800 (Gaji Kasar) sebulan ke atas atau RM9,600 (Gaji Kasar) setahun ke atas.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).

Syarat  untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai akaun bank syarikat.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon CIMB Xpress Cash Financing-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon CIMB Xpress Cash Financing-i.

Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank):

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Penyata bank 3 bulan terkini.
  4. Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar tunai):

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji (tiada potongan EPF):

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Penyata bank 6 bulan terkini.

Untuk kerja sendiri:

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  3. Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  4. Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.

Jadual Bayaran Bulanan CIMB Xpress Cash Financing-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment CIMB Xpress Cash Financing-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran CIMB Xpress Cash Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

CIMB Islamic tidak mengenakan sebarang caj proses untuk permohonan CIMB Xpress Cash. Caj yang dikenakan cuma caj duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus. Caj duti setem adalah sama seperti pinjaman peribadi dari bank lain.

Pihak CIMB juga tidak mengenakan caj penamatan awal (early termination fee) jika anda berhasrat untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman lebih awal dari kontrak. Walau bagaimanapun, caj lewat bayar sebanyak 1% dari baki pinjaman akan dikenakan.

Seperti pinjaman peribadi Islamik yang lain, CIMB Islamic menawarkan perlindungan insurans Takaful sebagai pilihan jika pinjaman diluluskan.

Cara Mohon CIMB Xpress Cash Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

CIMB tidak menyediakan kemudahan untuk buat permohonan dalam talian (online) untuk pembiayaan-i CIMB Xpress Cash. Walau bagaimanapun, anda boleh mohon CIMB Xpress Cash Financing-i melalui kaedah berikut:

  • Mohon secara walk-in di cawangan CIMB Bank Berhad atau kiosk CIMB di pasaraya seperti Lotus. Maklumkan kepada pegawai CIMB yang anda ingin mohon pinjaman Xpress Cash dan pegawai tersebut akan membimbing anda.
  • Mohon melalui telefon dengan menghubungi pihak CIMB Islamic di talian 1300 885 300 sekiranya anda berada di dalam negara, atau +603-22956888 sekiranya anda berada di luar negara.

Cara Semak Status Permohonan CIMB Xpress Cash Financing-i

Anda boleh semak status permohonan CIMB Xpress Cash Financing-i melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Laman CIMB Status Checker

  • Layari laman CIMB Status Checker.
  • Masukkan nombor pengenalan diri (MyKad) dan nombor permohonan yang diberikan semasa anda mohon.
  • Klik butang “next” untuk teruskan semakan status.

2. Aplikasi CIMB Clicks

Sekiranya anda pelanggan CIMB Bank Berhad, anda boleh menyemak sebarang status permohonan produk CIMB melalui aplikasi CIMB Clicks anda.

3. Hubungi khidmat pelanggan CIMB

Anda juga boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan CIMB di talian 1300 885 300 (Malaysia) atau +603-22956888 (Luar Negara) dan berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan untuk menyemak status permohonan pinjaman CIMB Xpress Cash anda.

Review CIMB Xpress Cash Financing-i

Pinjaman peribadi CIMB Xpress Cash Financing-i adalah skim pembiayaan peribadi Islamik yang menarik daripada CIMB Islamic – salah satu subsidiari CIMB yang mengamalkan perbankan Islam. Pinjaman patuh Syariah ini menggunakan konsep Bai Al-Inah dengan kadar keuntungan tetap. Kelebihan utama CIMB Xpress Cash adalah kelayakan gaji yang sangat rendah – hanya RM800 sebulan, atau RM9,600 setahun. Kadar lulus juga sangat tinggi untuk CIMB Xpress Cash berbanding pinjaman peribadi Islamik lain di Malaysia. Walau bagaimanapun, jumlah pinjaman maksimum hanya RM50,000. Ini menjadikan pinjaman ini kurang sesuai bagi mereka yang ingin membuat pinjaman dengan jumlah yang tinggi.

thumbs-up
Kelebihan
  • Syarat kelayakan gaji minima yang rendah.
  • Keputusan lulus dalam tempoh 24 jam dari tarikh permohonan.
  • Kadar lulus tinggi berbanding pinjaman peribadi lain.
  • Tiada caj penamatan awal (early termination fee).
  • Pilihan insurans Takaful.
thumbs-down
Kekurangan
  • Kadar keuntungan (p.a) yang sedikit tinggi.
  • Jumlah pinjaman maksimum hanya RM50,000.
Rating
3.5/5

Soalan Lazim CIMB Xpress Cash Financing-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan CIMB Xpress Cash Financing-i
Apakah CIMB Xpress Cash Financing-i?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh CIMB Bank Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon CIMB Xpress Cash Financing-i?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM3000 hingga RM50000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak CIMB Bank Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 60 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak CIMB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon CIMB Xpress Cash Financing-i di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 24 hingga 48 jam selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak CIMB Bank Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak CIMB Bank Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak CIMB Bank Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik CIMB Xpress Cash Financing-i.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada CIMB Xpress Cash Financing-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak CIMB Bank Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak CIMB Bank Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak CIMB Bank Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang CIMB Xpress Cash Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

975 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right