Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i
Alliance bank malaysia berhad
Pinjaman daripada Alliance Bank Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 12 hingga 84 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 4.99% p.a hingga 15.28% p.a
Sektor Pekerjaan Pesara / Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi
Tempoh Keputusan Lulus 48 jam hari bekerja

Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Alliance Islamic Bank Berhad. Alliance Islamic Bank Berhad adalah anak syarikat Alliance Bank Malaysia dan menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islamik sepenuhnya.

Pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi patuh Syariah yang menawarkan kadar keuntungan terendah di Malaysia. Caj kadar keuntungan tahunan (profit rate) yang dikenakan bermula daripada 4.99% setahun (p.a). Caj ini boleh dikatakan antara caj yang terendah berbanding pinjaman peribadi Islamik tidak bercagar yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang lain.

Alliance Bank CashVantage Pembiayaan Peribadi-i ini dibuka permohonan kepada semua sektor pekerjaan, asalkan anda Warganegara Malaysia. Dalam erti kata lain tidak kisah anda berkhidmat di sektor awam, swasta, bekerja sendiri, ataupun pesara awam dan swasta – anda boleh mohon pinjaman peribadi ini.

Alliance Bank menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun untuk pinjaman ini. Syarat kelayakan yang diperlukan pula ialah anda perlu berumur 21 tahun ke atas dan bergaji kasar RM3,000 sebulan.

Sekiranya anda ingin menamatkan tempoh pembiayaan anda lebih awal daripada kontrak, anda tidak perlu risau kerana pihak Alliance Bank tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal.

Baca lebih lanjut tentang pinjaman Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i seperti syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu anda sediakan, caj yang dikenakan dan bagaimana untuk mohon pinjaman ini secara online.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi Islamik yang lain. Berikut ialah antara ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh pinjaman ini.

Ditawarkan kepada semua pekerjaan

Tidak kira sama ada anda berkhidmat di sektor awam, sektor swasta, bekerja sendiri, atau pesara, anda layak untuk mohon Pembiayaan Peribadi-i Alliance Bank CashVantage.

Tidak perlu cagaran, penjamin, atau pengesahan majikan

Sebagai pinjaman tanpa cagaran, anda tidak perlu mencagarkan aset atau memperkenalkan penjamin untuk layak mohon. Malah, anda juga tidak perlu pengesahan majikan seperti yang diperlukan oleh sesetengah pinjaman yang lain.

Jumlah dan tempoh pembiayaan fleksibel

Alliance Bank menawarkan jumlah dan tempoh pembiayaan yang sangat fleksibel. Anda boleh pilih untuk mohon dari serendah RM5,000 hingga RM200,000 dalam tempoh 12 bulan hingga 84 bulan. Walau bagaimanapun, jumlah dan tempoh lulus akan ditentukan oleh Alliance Bank berdasarkan kelayakan anda.

Kadar faedah terendah

Dengan kadar faedah bermula serendah 4.99% setahun (p.a), Alliance Bank CashVantage adalah antara pinjaman konvensional dengan kadar faedah terendah. Walau bagaimanapun, kadar faedah berubah mengikut jumlah dan tempoh pinjaman. Rujuk jadual di bawah.

Tempoh Pembiayaan Kadar Faedah
12 bulan 4.99% p.a
24 bulan 5.99% p.a
36 – 48 bulan 8.70% p.a
60 – 84 bulan 9.78% – 15.28% p.a

Tiada caj proses dan caj penamatan awal

Tidak seperti kebanyakan pinjaman peribadi konvensional yang mengenakan caj proses dan caj penamatan awal (settlement fee), Alliance Bank CashVantage tidak mengenakan sebarang caj sekiranya pinjaman anda lulus, atau anda berhasrat untuk membayar semua baki pinjaman lebih awal.

Lulus serta merta dalam tempoh 24 jam

Sekiranya anda layak, iaitu dokumen lengkap dengan rekod kredit cemerlang, permohonan anda boleh diluluskan serta merta atau dalam tempoh tidak kurang daripada 24 jam termasuk disbursement. Walau bagaimanapun, ciri ini hanya tersedia sekiranya anda mohon pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage di cawangan berikut:

  • MidValley
  • Bandar Puteri Puchong
  • Subang Jaya SS15
  • Jalan Ipoh
  • Taman Connaught
  • Permas Jaya
  • Batu Pahat
  • Holiday Plaza
  • Air Itam
  • Butterworth
  • Sinsuran
  • Jalan Gaya
  • Laksamana
  • Taman Eng Ann
  • Puchong Jaya

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat-syarat yang dikenakan untuk memohon pinjaman peribadi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i.

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan RM3,000 sebulan (atau lebih) atau RM36,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).

Syarat untuk kakitangan awam dan kakitangan GLC

  • Status pekerjaan ialah tetap.

Syarat  untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai akaun bank syarikat.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen yang perlu disediakan untuk memohon Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i adalah berbeza mengikut jenis pekerjaan anda. Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan.

Untuk kakitangan swasta

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan caruman KWSP sekurang-kurangnya 6 bulan terkini; atau salinan borang BE terkini dengan resit pembayaran cukai.
  5. Salinan penyata komisen 6 bulan terkini (bagi yang menerima komisen).

Untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.

Untuk bekerja sendiri

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  3. Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  4. Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.

Jadual Bayaran Bulanan Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj yang akan dikenakan oleh Alliance Bank jika pinjaman Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i yang anda mohon diluluskan.

  1. Caj setem duti 0.5% daripada jumlah yang lulus.
  2. Caj lewat bayar 1% dari baki pinjaman (dikenakan jika anda lewat membayar pinjaman anda).

Tiada sebarang caj proses atau caj penamatan awal yang dikenakan.

Cara Mohon Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Alliance Bank menyediakan beberapa kaedah permohonan untuk memudahkan anda mohon Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i.

Mohon melalui laman sesawang

  1. Kunjungi laman permohonan Alliance Bank Personal Loan/Financing di laman rasmi Alliance Bank.
  2. Masukkan jumlah dan tempoh pinjaman, dan maklumat peribadi. Sekiranya anda tidak menepati syarat kelayakan anda tidak dapat meneruskan permohonan. Sekiranya layak, tekan butang “NEXT STEP”.
  3. Lengkapkan maklumat peribadi untuk semak seterusnya.
  4. Muat naik dokumen dan lengkapkan permohonan.
  5. Alliance Bank akan memproses permohonan anda dalam tempoh 1 hingga 2 hari bekerja.

Mohon melalui aplikasi Allianceonline mobile

Sekiranya anda adalah pelanggan Alliance Bank, anda boleh mohon melalui aplikasi Allianceonline.

  1. Daftar masuk ke aplikasi Allianceonline mobile anda.
  2. Pilih menu “Pinjaman” dan pilih “CashVantage Personal Financing-i”.
  3. Lengkapkan butiran yang diperlukan dan muat naik dokumen.
  4. Hantar permohonan dan permohonan anda akan diproses.

Mohon melalui telefon (callback)

  1. Kunjungi laman permohonan Alliance Bank Personal Loan/Financing di laman rasmi Alliance Bank.
  2. Scroll ke bahagian “How To Apply” dan pilih “Request for a Callback”.
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik “Submit”.
  4. Pegawai khidmat pelanggan Alliance Bank akan menghubungi anda dalam masa terdekat untuk proses permohonan.

Mohon melalui cawangan (walk-in)

Kunjungi cawangan Alliance Bank terdekat dan maklumkan yang anda ingin mohon Pembiayaan Peribadi-i Alliance Bank CashVantage. Lihat senarai cawangan Alliance Bank berdekatan anda.

Review Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i adalah pinjaman peribadi Islamik patuh Syariah yang menawarkan kadar keuntungan terendah di antara pinjaman-pinjaman peribadi Islamik, dan juga konvensional. Pinjaman ini juga terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira apa jenis pekerjaan anda. Dengan jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan yang begitu fleksibel, pinjaman Alliance CashVantage adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang popular di Malaysia. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan gaji minima yang agak tinggi mungkin kurang sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah.

thumbs-up
Kelebihan
  • Kadar keuntungan terendah – 4.99% p.a.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun.
  • Dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia tidak kira jenis pekerjaan.
  • Tak perlu pengesahan majikan.
  • Keputusan pantas.
thumbs-down
Kekurangan
  • Syarat kelayakan gaji minimum yang agak tinggi – RM3,000 ke atas.
Rating
3.9/5

Soalan Lazim Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i
Apakah Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM5000 hingga RM200000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Alliance Bank Malaysia Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 84 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Alliance Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down
Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 48 jam hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Alliance Bank Malaysia Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Alliance Bank Malaysia Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Alliance Bank Malaysia Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Alliance Bank Malaysia Berhad. Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Alliance Bank Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Alliance Bank Malaysia Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Alliance Bank Malaysia Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i.

Ada soalan tentang Alliance Bank CashVantage Personal Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right