BSN MyRinggit-i Eksekutif-1 adalah pelan pembiayaan peribadi daripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Pelan pinjaman peribadi ini adalah pembiayaan Islamik 100% patuh Syariah dengan konsep Tawarruq yang menggabungkan Bai Murabahah dan kontrak Wakalah. Pinjaman BSN MyRinggit-i juga adalah pinjaman peribadi tak bercagar. Ini bermaksud pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon.
Pelan pembiayaan ini ditawarkan khusus kepada golongan profesional di Malaysia, iaitu mereka yang bekerja di sektor swasta dan juga kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terpilih. Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dan telah bekerja lebih dari 3 tahun dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM3,000.
Sekiranya anda layak untuk mohon pelan pembiayaan BSN MyRinggit-i Eksekutif-1, anda boleh mohon jumlah pinjaman yang tinggi iaitu sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum selama 10 tahun. Kadar keuntungan tahunan yang dikenakan juga adalah antara yang terendah di antara pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia, iaitu serendah 6.0% p.a.
Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk mengetahui apakah ciri-ciri menarik pelan pembiayaan ini, syarat kelayakan lengkap yang diperlukan untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, jadual bayaran bulanan, caj dan fi yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon pembiayaan BSN ini secara atas talian (online).