Pinjaman Peribadi Evo Credit

Pinjaman Peribadi Evo Credit
share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Bercagar, Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM5000 - RM400000
Kadar Faedah
12% p.a - 18% p.a
Tempoh Pinjaman
2 - 60 bulan
Kelayakan Gaji
RM3500
Tempoh Lulus
Segera

Pinjaman peribadi Evo Credit adalah antara pelan pinjaman kredit komuniti yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Pelan ini ditawarkan oleh syarikat Evo Capital Solutions Sdn Bhd, syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan juga diberi kelulusan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menawarkan produk pinjaman berlesen.

Syarikat ini mempunyai pejabat di Mont Kiara, tetapi membuka permohonan kepada satu Malaysia. Jangan keliru pula dengan syarikat Evo Borneo Sdn Bhd yang beribu pejabat di Sabah.

Syarikat ini Evo Capital Solutions bukan sahaja menawarkan produk pinjaman peribadi, tetapi juga mempunyai pelan pembiayaan untuk perniagaan dan memberi khidmat nasihat percuma berkaitan pengurusan kewangan.

Antara kelebihan utama yang ditawarkan oleh pinjaman Evo Credit adalah jumlah pembiayaan yang sangat fleksibel, dari pinjaman minimum RM5,000 hingga jumlah pinjaman maksimum RM400,000.

Tempoh pembiayaan juga tidak mengecewakan, di mana anda boleh pilih untuk membiayai pinjaman antara 2 bulan hingga 5 tahun bersesuaian dengan situasi kewangan anda.

Tidak lupa juga, ini adalah pinjaman tidak bercagar. Jadi, anda tidak perlu risau tentang cagaran aset atau runsing perlu mencari penjamin untuk menjamin pinjaman Evo Credit anda. Tetapi, anda juga boleh memohon pinjaman bercagar untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah.

Sekali pandang, kadar faedah yang dikenakan mungkin agak tinggi berbanding pinjaman bank atau pinjaman koperasi – bermula dari 12% setahun untuk pinjaman bercagar, dan sehingga 18% setahun untuk pinjaman tidak bercagar, bergantung kepada jumlah, tempoh, dan sejarah kredit anda.

Jika jumlah kadar faedah tidak menjadi masalah buat anda, baca lebih lanjut maklumat lengkap di bawah tentang kelebihan dan kekurangan pinjaman peribadi Evo Credit, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, dan bagaimana cara untuk mohon dengan kelulusan pantas.

Kelebihan Pinjaman Peribadi Evo Credit

Sebagai pinjaman peribadi berlesen, pelan ini menawarkan pelbagai kelebihan untuk pemohon.

Syarikat sah dan dipercayai

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pinjaman Evo Credit oleh syarikat Evo Capital Solutions Sdn Bhd boleh dipercayai dan anda boleh mohon tanpa ragu. Tidak ada kes scam atau penipuan dengan syarikat ini.

Proses permohonan dalam talian dan tempoh lulus pantas

Seiring dengan kemajuan digital, permohonan pinjaman peribadi Evo Credit dilakukan sepenuhnya dalam talian, dan anda tidak perlu tunggu lama untuk tahu keputusan permohonan anda – dengan syarat anda layak dan dokumen lengkap.

Jumlah pinjaman yang terlebih fleksibel

Ya, anda boleh mohon sehingga RM400,000 melalui pelan ini – satu jumlah yang sangat besar. Tetapi, untuk mohon jumlah pinjaman yang tinggi memerlukan kelayakan yang setaraf, termasuk rekod kredit dan pendapatan yang boleh diterima oleh Evo Capital Solutions.

Pelan pinjaman juga fleksibel

Tidak seperti kebanyakan pinjaman peribadi bank atau koperasi kredit, pinjaman Evo Credit memberi anda kebebasan untuk memilih pinjaman habis bulan (pay day loan) atau pinjaman jangka masa panjang. Pinjaman ini juga boleh dimohon oleh individu yang mencari modal awal untuk memulakan perniagaan.

Blacklist CTOS CCRIS boleh mohon

Sekiranya anda telah disenaraihitamkan di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di laporan CCRIS, anda boleh cuba mohon pelan pinjaman untuk membersihkan nama dan menyelesaikan tunggakan. Pihak Evo Capital Solutions menyediakan pinjaman jangka pendek khusus untuk membantu anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mohon. Pastikan anda betul-betul layak sebelum mohon kerana walaupun permohonan anda ditolak, maklumat tetap akan dimasukkan ke dalam rekod CCRIS.

  • Warganegara Malaysia.
  • Bekerja makan gaji.
  • Berumur 21 hingga 55 tahun ketika memohon.
  • Berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM3,500 atau pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM42,000.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pinjaman Peribadi Evo Credit, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut pula adalah dokumen yang diperlukan untuk mohon Pinjaman Evo Credit.

  1. Dokumen pengenalan diri seperti MyKad.
  2. Dokumen bukti pendapatan seperti slip gaji, penyata akaun bank, penyata komisen, penyata KWSP, atau resit bayaran cukai terkini.

Dokumen-dokumen ini mungkin tidak diperlukan sekiranya anda layak selepas pihak Evo Capital Solutions melakukan semakan terhadap rekod kredit anda.

Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman Peribadi Evo Credit

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pinjaman Peribadi Evo Credit. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pinjaman Peribadi Evo Credit
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi Evo Credit

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Cara mohon pinjaman Evo Credit sangat ringkas, dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman sesawang rasmi Evo Capital Solutions di alamat (https://evocredit.my/).
  2. Klik butang “Apply Now” dan anda di bawa ke laman pendaftaran.
  3. Masukkan butiran yang diperlukan untuk meneruskan pendaftaran.
  4. Ikuti arahan seterusnya untuk teruskan permohonan pinjaman Evo Credit.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Proses permohonan mudah dan tempoh lulus pantas.
  • Menawarkan pelbagai jenis pinjaman.
  • Jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan yang fleksibel.
  • Khidmat nasihat dan bantuan konsultasi percuma.
Kekurangan
  • Kadar faedah tinggi.
  • Syarat kelayakan gaji tinggi.

Pinjaman peribadi Evo Credit adalah antara alternatif menarik kepada pinjaman bank dan koperasi. Sebagai sebuah pinjaman berlesen, produk ini menawarkan kelebihan seperti proses permohonan ringkas dan mudah, jenis pinjaman sangat fleksibel, dan tempoh lulus pantas. Walau bagaimanapun, kadar faedah pinjaman ini boleh dikatakan agak tinggi berbanding pelan pinjaman lain yang ditawarkan di Malaysia. Tetapi, anda juga boleh pilih pinjaman bercagar Evo Credit dengan kadar faedah yang lebih rendah. Sekiranya anda ingin pinjaman dengan kelulusan pantas dan langkah permohonan ringkas, pinjaman ini sesuai buat anda.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pinjaman Peribadi Evo Credit

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Evo Capital Solutions (Evo Credit) untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit.

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Evo Capital Solutions (Evo Credit) atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Evo Capital Solutions (Evo Credit). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Evo Capital Solutions (Evo Credit).

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pinjaman Peribadi Evo Credit?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

11 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right