AmBank AmMoneyLine adalah sebuah pelan pinjaman peribadi daripada AmBank. Pelan ini adalah pinjaman peribadi konvensional yang tidak bercagar (unsecured personal loan). Oleh itu anda tidak perlu memperkenalkan penjamin atau menyediakan cagaran untuk mohon pinjaman ini.
AmBank menawarkan permohonan pinjaman ini kepada semua warganegara Malaysia, dan kepada semua sektor pekerjaan. Dalam erti kata lain, tidak kisah anda berkhidmat di sektor awam, sektor swasta, mahupun bekerja sendiri – anda layak untuk mohon pinjaman ini.
Tidak seperti kebanyakan pelan pinjaman peribadi, pihak AmBank juga menawarkan pinjaman ini kepada mereka yang berpendapatan tidak tetap. Ini termasuk individu yang menerima komisen bulanan sebagai pendapatan utama.
Anda boleh mohon dari serendah RM2,000 sehingga jumlah maksimum RM100,000 dengan pinjaman peribadi AmBank AmMoneyLine. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula adalah sehingga 5 tahun dengan caj kadar faedah terapung bermula dari serendah 8.0% p.a.
Syarat kelayakan yang dikenakan oleh pihak AmBank untuk mohon pinjaman ini ialah pemohon perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000. Bagi individu yang mohon atas tiket bekerja sendiri pula perlu mempunyai perniagaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Sekiranya anda layak untuk mohon, anda hanya perlu tunggu tempoh 48 jam hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan anda, sama ada permohonan anda lulus atau tidak.
Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri tambahan AmBank AmMoneyLine Personal Loan, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj dan fi yang dikenakan sekiranya lulus, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).