Akan dibuka dalam tab baharu

Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera

Pinjaman Koperasi Tentera - Pembiayaan Peribadi Berpenjamin/Tidak Berpenjamin
Pinjaman daripada Koperasi Tentera
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Bercagar, Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM1000 - RM200000
Kadar Keuntungan
3.56% p.a - 5.56% p.a
Tempoh Pembiayaan
6 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
5 hari bekerja

Pinjaman Koperasi Tentera adalah pelan pembiayaan Islamik yang ditawarkan oleh Koperasi Angkatan Tentera Malaysia, juga dikenali sebagai KT. Pelan ini adalah pelan pembiayaan Islamik sepenuhnya dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pembiayaan peribadi tanpa penjamin dan pembiayaan peribadi berpenjamin.

Pembiayaan peribadi tanpa penjamin (Personal financing without guarantor) menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh antara 6 bulan hingga 10 tahun. Caj perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan ialah 3.65% setahun (p.a). Pelan ini ditawarkan kepada anggota tentera dan juga kakitangan kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) yang memegang jawatan tetap dan telah disahkan perkhidmatan.

Pembiayaan peribadi berpenjamin (Personal financing with guarantors) pula menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM200,000 juga dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan sedikit tinggi iaitu bermula dari 5.65% setahun (p.a). Syarat kelayakan yang dikenakan untuk pelan berpenjamin ialah jumlah pinjaman yang dimohon tidak lebih daripada 20 kali gaji kasar, atau tidak melebihi 60% potongan – yang lebih rendah.

Pinjaman tanpa penjamin adalah pinjaman tidak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu sediakan cagaran atau penjamin untuk mohon. Pinjaman berpenjamin pula memerlukan anda memperkenal penjamin sebagai salah satu syarat kelayakan permohonan.

Kedua-dua pinjaman koperasi tentera ini mengenakan caj yuran bulanan bergantung kepada jumlah pinjaman yang dimohon. Yuran sebanyak RM30 dikenakan untuk pinjaman RM15,000 ke bawah, dan yuran sebanyak RM40 dikenakan untuk jumlah RM15,000 ke atas. Anda juga perlu membayar beberapa caj perkhidmatan sekiranya permohonan anda lulus.

Baca lebih lanjut tentang pelan pinjaman ini pada maklumat di bawah seperti syarat kelayakan lengkap, dokumen diperlukan, jadual pinjaman, caj dikenakan dan bagaimana untuk mohon pinjaman koperasi tentera online.

Kelebihan Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera

  • Kategori pinjaman yang fleksibel.
    Anda boleh pilih untuk mohon pembiayaan tanpa penjamin atau pembiayaan berpenjamin jika ingin mohon jumlah pinjaman yang lebih tinggi.
  • 100% patuh Syariah.
    Kedua-dua pembiayaan ini adalah pembiayaan Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya. Jadi, mohon tanpa ragu-ragu.
  • Jumlah pembiayaan yang sangat fleksibel.
    Dengan jumlah pembiayaan minimum bermula dari RM1,000 hingga jumlah maksimum RM200,000 – ini adalah antara pelan yang sangat fleksibel antara pinjaman koperasi di Malaysia.
  • Syarat kelayakan yang tidak membebankan.
    Syarat permohonan yang dikenakan adalah longgar dan tidak membebankan anda sebagai pemohon.
  • Caj perkongsian kadar keuntungan yang berpatutan.
    Anda hanya akan dikenakan caj kadar keuntungan antara 3.65% setahun hingga 5.65% setahun (bergantung kepada jenis pembiayaan).
  • Tidak hanya ditawarkan kepada anggota Tentera.
    Pihak Koperasi Tentera membuka permohonan pembiayaan peribadi ini kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan.
  • CTOS/CCRIS boleh mohon.
    Pelan pembiayaan ini juga ditawarkan kepada pemohon yang mempunyai masalah senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS atau mempunyai tunggakan di laporan CCRIS.
  • Membenarkan penyatuan hutang.
    Kedua-dua pelan pinjaman koperasi tentera ini membenarkan anda buat penyatuan hutang atau debt consolidation/settlement. Ciri ini membolehkan anda menyatukan hutang yang sedia ada untuk diselesaikan dengan pelan pembiayaan ini.
  • Tempoh lulus yang pantas.
    Anda hanya perlu tunggu tidak lebih daripada 5 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Pembiayaan Peribadi Tanpa Penjamin

  • Kakitangan Angkatan Tentera Malaysia atau kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH).
  • Tempoh perkhidmatan melebihi tempoh pembiayaan.
  • Menyandang jawatan Lans Koperal ke atas atau telah mengekalkan keanggotaan selama 5 tahun atau lebih.
  • Jumlah pembiayaan tidak melebihi 20 kali jumlah pendapatan (gaji dan elaun tetap) atau 60% jumlah potongan – yang mana yang lebih rendah.
  • Pemohon telah bayar yuran bulanan minimum 6 bulan (anggota baru) atau 12 bulan (kemasukan semula).

Pembiayaan Peribadi Berpenjamin

  • Jumlah pembiayaan tidak melebihi 20 kali jumlah pendapatan (gaji dan elaun tetap) atau 60% jumlah potongan – yang mana yang lebih rendah.
  • Telah bayar yuran kemasukan RM10/RM20, modal saham minimum berjumlah RM100, dan yuran 6 bulan berjumlah RM180.
  • Seorang penjamin diperlukan untuk pembiayaan bawah RM15,000.
  • Dua orang penjamin diperlukan untuk pembiayaan RM15,000 ke atas.
  • Dua orang penjamin diperlukan untuk pesara tentera.
  • Penjamin adalah anggota koperasi dan kakitangan Angkatan Tentera Malaysia yang aktif.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan MyTentera / Kad Pengenalan Diri (MyKad) pemohon.
  2. Salinan penyata gaji terkini pemohon.
  3. Salinan penyata gaji 3 bulan terkini (kakitangan awam).

Dokumen yang sama diperlukan bagi penjamin untuk pembiayaan peribadi berpenjamin. Dokumen yang lain mungkin akan diminta bergantung kepada kelayakan.

Jadual Bayaran Bulanan Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Yuran Bulanan

  • Pembiayaan RM15,000 dan ke bawah – yuran RM30 sebulan
  • Pembiayaan RM15,000 ke atas – yuran RM40 sebulan.

Caj Perkhidmatan

  • Caj duti setem RM5 setiap RM1,000, atau sebahagian daripadanya.
  • Caj untuk pembiayaan baru, RM10 dikenakan.
  • Caj untuk pembiayaan bertindih (overlap), RM50 dikenakan.
  • Caj untuk semakan CTOS/CRIS – RM5/RM7.

Cara Mohon Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman koperasi tentera dengan mengunjungi mana-mana cawangan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) berdekatan anda. Rujuk senarai cawangan Koperasi Tentera.

Anda juga boleh muat turun borang permohonan melalui laman web rasmi KT.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan fleksibel.
  • Tempoh pembiayaan panjang.
  • Caj perkongsian kadar keuntungan rendah.
  • Tempoh lulus pantas.
  • Ciri penyatuan hutang.
Kekurangan
  • Mengenakan caj tambahan.

Pelan pembiayaan peribadi tanpa penjamin dan berpenjamin yang ditawarkan oleh koperasi tentera sangat sesuai untuk kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ingin mohon pinjaman dengan jumlah dan tempoh pembiayaan fleksibel. Dengan jumlah pembiayaan dari serendah RM1,000 hingga mencapai RM200,000 – pinjaman ini sangat fleksibel. Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun juga memudahkan peminjam mengurus kewangan dengan lebih berhemah. Tidak ketinggalan juga ciri seperti pinjaman bertindih dan penyatuan hutang yang dibenarkan.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Koperasi Tentera untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Auto Debit/Direct Debit, Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Koperasi Tentera atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Koperasi Tentera. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Koperasi Tentera.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pembiayaan Peribadi Koperasi Tentera?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

114 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right