Akan dibuka dalam tab baharu

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM3000 - RM200000
Kadar Keuntungan
4.99% p.a - 4.99% p.a
Tempoh Pembiayaan
36 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
3 hari bekerja

Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA adalah sebuah pelan pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan oleh Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad. Pelan ini adalah 100% patuh Syariah berdasarkan konsep Tawarruq dan ditawarkan kepada warganegara Malaysia, bukan hanya kepada pihak anggota koperasi.

Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA) telah menawarkan banyak pelan pinjaman dan pembiayaan sejak ditubuhkan pada tahun 2003 bersama khidmat nasihat serta sokongan yang berterusan kepada ahli.

Pelan pinjaman peribadi koperasi ini adalah untuk kakitangan sektor awam sama ada kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan kakitangan badan berkanun, dan kakitangan sektor swasta. Kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak juga layak mohon sekiranya menepati syarat kelayakan. Walau bagaimanapun, pelan ini hanya dibuka permohonan untuk pekerja swasta dengan jawatan tetap.

Pelan Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi, iaitu sehingga RM200,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan (annual profit rate – apr) yang dikenakan adalah sangat berpatutan, iaitu bermula dari 4.99% setahun (p.a). Kadar keuntungan adalah kadar tetap (fixed rate).

Untuk mohon anda perlu berumur antara 19 tahun hingga 55 tahun (pada tarikh akhir pinjaman). Kelayakan gaji yang diminta pula ialah gaji kadar bulanan tidak kurang daripada RM1,500 untuk kakitangan awam, dan tidak kurang daripada RM3,000 untuk kakitangan swasta.

Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Koperasi, pihak KOWAJA akan mempertimbangkan permohonan walaupun anda mempunyai senarai hitam di laporan CTOS, atau tunggakan di rekod CCRIS. Walau bagaimanapun, anda tidak layak mohon sekiranya anda sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK.

Berminat untuk mohon pinjaman KOWAJA? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap pinjaman, syarat kelayakan mohon, dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon, jadual bayaran bulanan, caj yang dikenakan dan bagaimana untuk mohon secara dalam talian (online).

Kelebihan Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA

  • Jumlah pembiayaan fleksibel dan tinggi
    Jumlah pembiayaan minimum yang dibenarkan ialah RM3,000. Manakala, jumlah maksimum untuk kakitangan sektor awam ialah RM200,000, dan kakitangan sektor swasta ialah RM100,000 atau 10 kali ganda gaji.
  • Tempoh pinjaman yang panjang
    Pelan pembiayaan ini menawarkan tempoh bayaran balik dari 3 hingga 10 tahun supaya anda boleh mengurus kewangan dengan lebih berhemah.
  • Caj kadar keuntungan rendah dan berpatutan
    Pihak KOWAJA mengenakan caj kadar keuntungan tahunan tetap yang rendah dan tidak membebankan.
  • Kakitangan kontrak boleh mohon
    Tidak seperti kebanyakan pinjaman yang hanya ditawarkan kepada pekerja sektor awam berjawatan tetap, pelan ini juga ditawarkan kepada kakitangan kerajaan berstatus kontrak.
  • Ditawarkan kepada kakitangan swasta
    Boleh dikatakan hampir semua pinjaman dan pembiayaan koperasi hanya dibuka permohonan kepada kakitangan sektor awam. Tetapi pinjaman KOWAJA ini membenarkan permohonan daripada kakitangan sektor swasta.
  • Membenarkan pinjaman bertindih
    Anda boleh buat pinjaman bertindih (overlap) dengan pelan ini sekiranya anda ingin menambah jumlah pembiayaan.
  • Potongan gaji mudah
    Untuk kakitangan sektor awam, potongan gaji akan dilakukan melalui Skim Potongan Biro Angkasa (SPGA). Kakitangan swasta pula boleh memilih untuk buat bayaran bulanan melalui Arahan Tetap Bank (Standing Instruction).
  • CTOS CCRIS boleh mohon
    Individu yang mempunyai masalah blacklist di rekod CTOS atau tunggakan di CCRIS boleh mohon jika layak.
  • Perlindungan Takaful
    Anda boleh memilih untuk mengambil perlindungan Takaful bersama pinjaman anda.
  • Tempoh lulus pantas
    Anda hanya perlu menunggu tidak lebih daripada 3 hari bekerja untuk mendapatkan keputusan permohonan anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

  • Warganegara Malaysia (Malaysian).
  • Berumur antara 19 hingga 55 tahun (pada tarikh akhir pinjaman).

Kakitangan Awam

  • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat tidak kurang dari 1 tahun atau berjawatan kontrak dan telah berkhidmat tidak kurang dari 2 tahun.
  • Gaji kasar bulanan bersama elaun tetap tidak kurang dari RM1,500.
  • Potongan gaji tidak lebih dari 60%.

Kakitangan Swasta

  • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat lebih dari 2 tahun.
  • Gaji kasar bulanan tidak kurang dari RM3,000.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan (MyKad) (3 salinan).
  2. Salinan slip gaji/e-payslip 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan penyata KWSP terkini.
  5. Surat pengesahan jawatan.
  6. Salinan bil utiliti terkini.

Setiap dokumen perlu disahkan oleh majikan.

Jadual Bayaran Bulanan Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Tiada caj penamatan awal. Pihak bank akan memberikan rebat (ibra’) berdasarkan jumlah baki keuntungan. Penamatan awal hanya boleh dilakukan 6 bulan dari tarikh pembiayaan.
  4. Caj lewat bayar (Ta’widh) sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan (outstanding balance).

Cara Mohon Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA melalui agen koperasi yang dilantik atau kunjungi terus HQ Koperasi Wawasan Pekerja Pekerja Berhad. Lihat alamat terkini.

Anda juga boleh secara dalam talian (online) melalui laman sesawang (web) rasmi KOWAJA.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan tinggi.
  • Tempoh pinjaman panjang.
  • Kadar keuntungan tetap dan tidak membebankan.
  • Ditawarkan kepada kakitangan kontrak dan kakitangan swasta.
  • Blacklist CTOS dan CCRIS boleh mohon.
  • Overlap dibenarkan.
Kekurangan
  • Dokumen perlu pengesahan majikan.
  • Jumlah maksimum untuk kakitangan swasta cuma RM100,000.

Pelan pembiayaan peribadi-i KOWAJA adalah antara pelan pinjaman yang popular bukan sahaja di kalangan kakitangan kerajaan, tetapi juga kakitangan sektor swasta. Antara kelebihan utama yang ditawarkan oleh pelan pinjaman peribadi koperasi ini ialah caj kadar keuntungan yang tidak membebankan dengan jumlah pembiayaan yang tinggi dan tempoh pinjaman yang panjang. Faktor lain seperti permohonan yang dibuka kepada kakitangan kontrak juga sering buat pelan ini dimohon oleh individu yang baru bertugas dan ingin buat pembiayaan dengan segera. Syarat kelayakan yang tidak ketat seperti permohonan dibuka kepada blacklist CTOS dan CCRIS juga memudahkan mereka yang mempunyai masalah pengurusan kewangan menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun, setiap dokumen perlu disahkan oleh majikan. Faktor ini mungkin buat sesetengah pemohon yang tidak ingin pinjaman mereka diketahui oleh majikan mencari alternatif lain.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak KOWAJA – Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pembiayaan Peribadi-i KOWAJA?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

53 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right