Akan dibuka dalam tab baharu

KFH Murabahah Personal Financing-i

KFH Murabahah Personal Financing-i
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM5000 - RM150000
Kadar Keuntungan
6.88% p.a - 6.88% p.a
Tempoh Pembiayaan
24 - 96 bulan
Kelayakan Gaji
RM3000
Tempoh Lulus
3 hari bekerja

KFH Murabahah Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFH Malaysia). Pinjaman ini adalah pembiayaan peribadi tak bercagar – ini bermaksud pemohon tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Pelan pembiayaan ini adalah pinjaman Islamik 100% patuh Syariah dengan menggunakan konsep Komoditi Murabahah atau Tawarruq. Jadi anda tidak ragu-ragu untuk mohon pinjaman ini sekiranya anda sedang mencari pelan pembiayaan Islamik untuk dimohon.

KFH Malaysia menawarkan pinjaman ini kepada penjawat Sektor Swasta, Sektor Awam (GLC), Kakitangan Multinational Corporation (MNC), Public LImited Company (PLC), dan pemilik perniagaan dengan jawatan dan pendapatan tetap.

Anda boleh mohon jumlah pembiayaan sehingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 8 tahun. Jumlah keuntungan yang ditawarkan juga sangat berpatutan untuk KFH Murabahah Pembiayaan Peribadi-i, iaitu kadar tetap 6.88% p.a.

Untuk mohon, anda perlu berumur tidak kurang daripada 21 tahun, dan umur maksimum 60 tahun pada tarikh bayaran akhir pembiayaan. Anda juga perlu mempunyai pendapatan dengan gaji kasar lebih dari RM36,000 setahun, atau RM3,000 sebulan.

Salah satu ciri menarik pelan pembiayaan KFH Murabahah Personal Financing-i ini ialah jumlah lulus yang agak tinggi. Anda boleh mohon sehingga 10 kali ganda gaji kasar anda. Tempoh untuk tahu keputusan permohonan anda juga sangat pantas, iaitu hanya 3 hari bekerja.

Berminat untuk mohno? Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri pinjaman ini, syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran ansuran dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas-talian (online).

Kelebihan KFH Murabahah Personal Financing-i

Sebagai antara perintis Perbankan Islam di dunia, Kuwait Finance House menawarkan beberapa ciri-ciri menarik untuk pembiayaan peribadi ini. Berikut adalah antara kelebihan pelan pembiayaan peribadi dari KFH Malaysia ini.

  • 100% patuh Syariah
    Pembiayaan KFH Murabahah adalah pinjaman peribadi Islamik yang 100% patuh Syariah dengan konsep komoditi Murabahah dan Tawarruq.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi
    KFH Malaysia menawarkan jumlah pembiayaan dari RM5,000 sehingga mencecah RM150,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Tempoh pinjaman yang ditawarkan adalah dari 2 tahun sehingga 10 tahun maksimum.
  • Jumlah lulus sehingga 10 kali ganda gaji kasar
    Anda boleh memohon sehingga 10 kali ganda gaji kasar anda.
  • Tempoh proses yang singkat
    KFH Malaysia hanya perlukan tempoh 3 hari bekerja untuk memproses permohonan KFH Murabahah Personal Financing-i anda.
  • Kadar keuntungan tetap
    Pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang menawarkan perkongsian kadar keuntungan tahunan tetap, iaitu 6.88% p.a.
  • Tiada caj proses
    KFH Malaysia tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan pinjaman anda lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau fi sekiranya anda berhasrat untuk menjelaskan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh pembiayaan. Malah, KFH akan memberikan rebat (Ibra’).

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan memohon Murabahah Personal Financing-i yang telah ditetapkan oleh KFH Malaysia. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang disenaraikan di bawah sekiranya anda berhasrat untuk mohon pinjaman ini.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Bekerja di salah satu kategori syarikat di bawah dan berjawatan tetap: – Syarikat Multinasional (MNC). – Syarikat Tersenarai Awam (PLC). – Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan subsidiari. atau
  • Bekerja sendiri
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 (gaji kasar) atau tahunan RM36,000 (gaji kasar).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon KFH Murabahah Personal Financing-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan memohon dan ingin mohon pembiayaan peribadi ini, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut.

Untuk Kerja Makan Gaji

  1. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  2. Salinan penyata KWSP (EPF) terkini.

Untuk Kerja Sendiri

  1. Salinan borang cukai B/e dengan resit pembayaran atau Salinan penyata KWSP (EPF) terkini atau Penyata Kewangan yang diaudit.
  2. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat.
  3. Salinan penyata Bank Akaun Syarikat 6 bulan terkini.

Jadual Bayaran Bulanan KFH Murabahah Personal Financing-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment KFH Murabahah Personal Financing-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran KFH Murabahah Personal Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj atau fi yang dikenakan oleh KFH Malaysia terhadap skim pembiayaan KFH Murabahah Pembiayaan Peribadi-i.

  1. Tiada caj proses yang dikenakan.
  2. Caj duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Caj perlindungan Takaful dari Panel Takaful KFH Malaysia atau mana-mana Panel Takaful pilihan anda. Perlindungan Takaful adalah wajib untuk pembiayaan KFH Murabahah Personal Financing-i.
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan.
  5. Tiada caj penamatan awal. KFH Malaysia akan memberikan rebat (Ibra’) untuk penamatan awal.

Cara Mohon KFH Murabahah Personal Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon KFH Murabahah Personal Financing-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM150,000.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 8 tahun.
  • Jumlah lulus sehingga 10 kali ganda gaji kasar.
  • Kadar keuntungan tetap.
  • Keperluan dokumen yang ringkas
Kekurangan
  • Kelayakan gaji minimum yang agak tinggi.

KFH Murabahah Personal Financing-i yang ditawarkan oleh KFH Malaysia adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang disasarkan kepada golongan Profesional di Malaysia. Pinjaman ini menawarkan beberapa ciri menarik seperti jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM150,000 dan juga tempoh pembiayaan yang mencecah sehingga 8 tahun. Ditambah dengan kadar keuntungan tetap yang rendah, pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang memberikan saingan kepada pinjaman peribadi lain di negara kita. Oleh kerana pinjaman ini ditawarkan kepada golongan Profesional, kelayakan gaji minimum yang diletakkan agak tinggi – iaitu RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun. Syarat kelayakan gaji minimum ini mungkin menyukarkan pinjaman ini dimohon oleh mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Jika anda adalah kakitangan yang bekerja di syarikat-syarikat yang disenaraikan, dan ingin buat pinjaman dengan jumlah yang tinggi – anda boleh mohon KFH Murabahah Personal Financing-i.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan KFH Murabahah Personal Financing-i

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang KFH Murabahah Personal Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

23 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right