Akan dibuka dalam tab baharu

Soalan Lazim (FAQ) Kad Kredit

Dah dapat kad kredit terbaik, tak sabar nak guna? Baca dahulu soalan-soalan yang selalu ditanya, salah-faham, dan mitos kad kredit di Malaysia supaya anda menjadi pengguna yang lebih bertanggungjawab.

Secara ringkas, kad kredit adalah medium pinjaman yang dikeluarkan oleh bank atau pengeluar kad kredit yang membolehkan anda buat pembelian dan bayar kemudian, dengan caj faedah. Anggap sahaja kad kredit seperti pinjaman jangka pendek yang diluluskan untuk perbelanjaan harian.

Kad kredit guna dahulu bayar kemudian, kad debit pula berhubung terus kepada akaun bank anda dan menggunakan dana daripada akaun tersebut untuk setiap perbelanjaan.

Bergantung kepada situasi anda. Sekiranya anda memahami cara penggunaan kad kredit yang betul, dan yakin boleh bertanggungjawab dari aspek kewangan – kad kredit sangat membantu. Sebaliknya, jika anda sedang dibebani hutang dan menghadapi masalah untuk menguruskan perbelanjaan – elakkan.

Kenal pasti tabiat berbelanja, bajet, keperluan, dan kemampuan. Contoh, anda gemar shopping – pilih kad kredit ganjaran atau pulangan tunai. Sering melancong? – kad kredit perjalanan paling sesuai. Bajet minyak petrol paling tinggi setiap bulan – kad kredit petrol adalah pilihan bijak, dan seterusnya.

Kadar faedah kad kredit ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan dibahagikan kepada tiga tingkat, iaitu:

  1. Tingkat Pertama: Kadar faedah maksimum 15% p.a bagi pengguna kad kredit yang melangsaikan bayaran minimum selama 12 bulan.
  2. Tingkat Kedua: Kadar faedah maksimum 17% p.a bagi pengguna kad kredit yang melangsaikan bayaran minimum sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.
  3. Tingkat Ketiga: Kadar faedah maksimum 18% p.a bagi pengguna kad kredit yang melangsaikan bayaran minimum kurang dari 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.

Caj dan yuran yang perlu anda bayar termasuk yuran tahunan, penalti lewat bayar, caj transaksi, caj tukaran mata wang asing, dan caj pendahuluan tunai.

Pilih kad kredit tanpa yuran tahunan, bayar bil bulanan anda tepat pada masa, elakkan pendahuluan tunai dan transaksi mata wang asing untuk mengurangkan caj dan yuran yang dikenakan.

Hubungi bank atau pengeluar kad kredit dan jelaskan situasi anda. Sesetengah bank mungkin boleh mengecualikan atau mengurangkan penalti lewat bayar, terutama jika ini adalah kesalahan pertama.

Boleh, tetapi pilihan kad mungkin terhad. Terdapat kad kredit khusus untuk individu yang ingin membina semula skor kredit, selalunya dengan kadar faedah lebih tinggi. Bincang dengan bank dan pengeluar kad kredit berhubung situasi anda.

Guna kad anda dengan penuh tanggungjawab. Bayar bil bulanan tepat pada masanya, jika boleh kekalkan kadar penggunaan kredit di bawah 30%, dan elak daripada membatalkan kad terlalu awal – walaupun tidak digunakan.

Risiko utama adalah belanja berlebihan, kadar faedah tinggi, dan jerat hutang. Penyelesaiannya adalah berbelanja mengikut kemampuan, fahami caj faedah yang dikenakan, dan jangan berbelanja melebihi had kredit yang ditetapkan.

Mengurus kewangan atau bajet adalah benteng pertahanan utama. Tetapkan had dan pantau perbelanjaan anda setiap bulan. Elakkan daripada membuat perbelanjaan yang tidak dirancang dengan kad kredit. Hanya guna kad anda apabila perlu, bukan setiap masa.

Kad kredit menawarkan pelbagai ganjaran dan pulangan, dari cashback sehinggalah kepada diskaun dan baucar, terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Apa yang penting ialah anda pilih program ganjaran atau pulangan yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Kaji dan fahami syarat-syarat program tersebut, dan cari peluang bagaimana untuk mendapatkan mata atau ganjaran tambahan.

Banyak. Contohnya perlindungan insurans perjalanan, perlindungan pembelian, khidmat bantuan 24/7 percuma, dan pelbagai lagi. Rujuk dengan bank dan pengeluar kad kredit berhubung keistimewaan yang ditawarkan.

Sentiasa berwaspada. Jangan dedahkan nombor CCV dan nombor PIN, pantau setiap transaksi dan semak penyata bulanan untuk aktiviti mencurigakan, dan buat laporan kepada bank dan pihak berkuasa sekiranya terdapat transaksi yang tidak dibenarkan.

Maklumkan segera kepada bank atau pengeluar kad kredit untuk menyekat (block) kad anda. Kemudian laporkan kepada pihak polis dan simpan laporan tersebut sebagai bukti.

Pastikan anda hanya berurusan dengan laman sesawang yang boleh dipercayai dan pastikan sambungan internet anda selamat. Jika boleh, elak dari menggunakan sambungan Wi-Fi awam untuk buat transaksi dalam talian.

Boleh. Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan individu yang berpendapatan tahunan di bawah RM36,000 boleh memiliki maksimum 2 kad kredit. Memiliki dan menggunakan lebih daripada satu kad kredit datang dengan kelebihan dan keburukan. Apa yang penting ialah anda menggunakan kad-kad tersebut dengan bertanggungjawab.

Tetapkan bayaran automatik untuk bil bulanan, buat bajet khas untuk setiap kad, dan sentiasa semak penyata bulanan untuk mengelakkan belanja tidak perlu. Lebih banyak kad kredit anda guna, lebih tinggi disiplin diri yang diperlukan.

Jika anda sedang terbeban dengan pelbagai hutang yang mengenakan kadar faedah tinggi, menyatukan hutang adalah salah satu jalan penyelesaian. Anda juga boleh dapatkan kad kredit baru dengan kadar faedah rendah yang menawarkan pelan pindahan baki dan pindahkan hutang lama ke kad baru.

Boleh. Sesetengah bank membenarkan pelajar untuk mohon. Pilih kad kredit dengan yuran tahunan percuma atau rendah, ciri-ciri asas, dan had kredit yang rendah.

Jika boleh pilih kad yang mengecualikan fi tukaran mata wang asing, memberikan perlindungan insurans perjalanan, dan perkhidmatan bantuan concierge untuk memudahkan urusan anda.

Bank dan pengeluar kad kredit, Bank Negara Malaysia (https://www.bnm.gov.my/), dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (https://www.fomca.org.my/) boleh menyediakan pelbagai sumber dan panduan berhubung penggunaan kad kredit dengan bijak. Pihak kami juga menyediakan banyak tip berhubung kad kredit menerusi laman web ini.

Ada soalan tambahan? Guna Borang Hubungi untuk menghubungi pihak kami berhubung pertanyaan anda.

Sumber Tambahan

Jangan lupa untuk menambah ilmu berkaitan kad kredit melalui sumber tambahan yang kami sediakan.

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakan kad anda dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Bank Kad Kredit

Kenal pasti bank terpilih yang menawarkan kad kredit di Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut tentang kad kredit ditawarkan.
Lihat Institusi

Artikel & Berita Kad Kredit

Dapatkan maklumat dan berita terbaru berhubung kad kredit di Malaysia melalui laman blog Kad Kredit.
Perubahan Struktur Yuran & Manfaat Kad Kredit CIMB dan Maybank 2026
Disember 13, 2025
Dua bank gergasi umum perubahan besar bermula 2026. Berita baik untuk pengguna CIMB e Credit...
Bank Islam Lancar Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth Untuk Pelanggan Premier Wealth
Januari 23, 2025
Bank Islam melancarkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth eksklusif untuk pelanggan Premier Wealth. Kad...
Kad Kredit HLB Essential Tawar Ganjaran Pulangan Tunai Tanpa Had Bermula 3 Februari 2025
Januari 14, 2025
HLB telah mengumumkan penambahbaikan Kad Kredit HLB Essential dengan pulangan tunai tanpa had bermula 3...
UOB Malaysia Kemaskini Kad PRVI Miles Elite Dengan Ganjaran dan Manfaat Perjalanan Baru
Januari 14, 2025
UOB Malaysia telah mengemaskini Kad PRVI Miles Elite dengan perubahan ganjaran dan manfaat perjalanan. Pemegang...
Lihat semua artikel