BSN MyRinggit-i

BSN MyRinggit-i
Bank Simpanan Nasional
Pinjaman daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 12 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 4.60% p.a hingga 6.99% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM1500 sebulan atau RM18000 setahun
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Pendapatan Rendah
Tempoh Keputusan Lulus 1 hingga 7 hari bekerja

BSN MyRinggit-i menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi dengan tempoh pembiayaan panjang. Pinjaman peribadi BSN ini adalah pelan pembiayaan Islamik yang sepenuhnya patuh Syariah dengan konsep Tawarruq. Pelan ini juga adalah pinjaman tidak bercagar. Jadi tidak ada cagaran atau penjamin yang perlu anda sediakan untuk layak mohon.

Sekiranya anda lebih berminat untuk mohon pinjaman konvensional BSN, lihat Pinjaman BSN MyRinggit.

Pelan pembiayaan BSN MyRinggit-i ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan agensi berkaitan kerajaan (GLA), dengan jawatan tetap, kontrak atau sementera. Anda cuma perlu mempunyai keupayaan untuk buat potongan gaji melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA). Pembiayaan peribadi BSN ini juga ditawarkan kepada pemegang akaun bank BSN GIRO/i.

Untuk layak mohon pinjaman peribadi BSN untuk kakitangan kerajaan ini, anda perlu berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak lebih daripada 60 tahun pada tarikh akhir pembiayaan. Mereka yang berjawatan tetap perlu berkhidmat tidak kurang daripada 3 bulan, dan mereka yang berjawatan sementara pula perlu berkhidmat lebih daripada 12 bulan. Kelayakan gaji yang ditetapkan ialah tidak kurang daripada RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.

Anda diberi pilihan untuk mengambil pelan BSN MyRinggit-i dengan caj kadar keuntungan tetap atau terapung. Untuk maklumat lanjut berkaitan caj ini, rujuk jadual caj kadar keuntungan di bahagian ciri pinjaman di bawah.

Pinjaman peribadi BSN terkini ini membenarkan anda buat penyatuan hutang, atau debt consolidation. Ciri penyatuan hutang ini memudahkan anda untuk menyelesaikan semua pinjaman yang sedia ada dengan pelan MyRinggit-i. Cuma anda perlu pastikan caj kadar keuntungan yang dikenakan oleh pelan pembiayaan ini lebih rendah daripada pinjaman atau pembiayaan yang sedia ada.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk syarat kelayakan tambahan, penyediaan dokumen, jadual pinjaman peribadi, caj dikenakan dan bagaimana untuk anda mohon BSN MyRinggit-i online.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan BSN MyRinggit-i

  • Pinjaman tidak bercagar
    Sebagai pinjaman tak bercagar, anda tidak perlu menyediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi
    Pihak BSN membenarkan anda mohon sehingga RM200,000 dengan pelan ini – satu jumlah yang tinggi untuk pinjaman tidak bercagar. Jumlah minimum juga sangat fleksibel iaitu serendah RM5,000.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
    Anda boleh pilih tempoh pembiayaan dari sesingkat 1 tahun atau sehingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, anda perlu berumur tidak lebih daripada 60 tahun – yang mana lebih awal.
  • Ditawarkan kepada jawatan kontrak dan sementara
    Tidak seperti kebanyakan pinjaman yang hanya ditawarkan kepada individu dengan jawatan tetap, pinjaman BSN MyRinggit-i dibuka permohonan kepada mereka yang berjawatan kontrak dan jawatan sementara. Cuma, anda perlu berkhidmat tidak kurang daripada 12 bulan untuk layak mohon.
  • Ciri penyatuan hutang
    Dengan ciri debt consolidation yang dibenarkan, anda boleh pilih untuk menyatukan hutang pinjaman atau pembiayaan yang sedia ada dan selesaikan dengan pelan ini.
  • Potongan gaji melalui SPGA
    Pelan pembiayaan BSN ini memerlukan anda buat pembayaran melalui Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA) oleh BPA. Jadi anda tidak perlu risau tentang bayaran bulanan.

Caj kadar keuntungan tahunan BSN MyRinggit-i

Berikut ialah ringkasan jenis caj kadar keutungan tahunan yang dikenakan.

Jenis Kadar
Kadar tetap (fixed rate) 4.60% p.a hingga 6.99% p.a
Kadar terapung (floating rate) KA + 1.75% p.a hingga KA + 3.77% p.a
*Kadar Asas semasa ialah 2.60%

Syarat kelayakan untuk mohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat/bekerja di Sektor Awam.
  • Berpendapatan bulanan RM1,500 (gaji kasar) atau tahunan RM18,000 (gaji kasar)
  • Berkhidmat tidak kurang daripada 3 bulan (jawatan tetap) atau 12 bulan (kontrak dan sementara).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan (bank/koperasi/kredit komuniti (pinjaman berlesen).
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA) di laporan CCRIS.
  • Tidak mengikut Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon BSN MyRinggit-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 2 bulan terkini.
  3. Salinan surat pengesahan majikan.

Jadual Bayaran Bulanan BSN MyRinggit-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment BSN MyRinggit-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran BSN MyRinggit-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj asas yang dikenakan untuk pembiayaan ini.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Bayaran pendahuluan bersamaan 2 bulan ansuran bulanan (maksimum).
  4. Perlindungan Takaful (pilihan).
  5. Caj Wasiat RM500 (pilihan).

Caj-caj lain pula adalah seperti berikut.

  1. Tiada caj penamatan awal (early settlement). Pihak BSN akan memberikan rebat (Ibra’) untuk penjelasan awal – bergantung kepada syarat dan terma.
  2. Caj lewat bayar (Ta’widh) sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan.

Cara Mohon BSN MyRinggit-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Buat masa ini pihak BSN tidak menawarkan permohonan secara atas-talian (online) untuk pinjaman ini. Oleh itu, anda boleh mohon pinjaman peribadi BSN ini dengan mengunjungi cawangan terdekat Bank Simpanan Nasional. Rujuk senarai cawangan BSN.

Anda juga boleh muat turun borang permohonan BSN MyRinggit-i melalui laman web rasmi BSN.

Review BSN MyRinggit-i

Pelan pembiayaan peribadi Islamik daripada Bank Simpanan Nasional ini disasarkan kepada kakitangan sektor awam yang ingin buat pembiayaan dengan jumlah yang tinggi dan tempoh yang panjang. Dengan caj kadar keuntungan yang tidak membebankan, pelan ini sesuai dimohon sekiranya anda sedang mencari pinjaman peribadi untuk buat penyatuan hutang. Oleh kerana pelan ini ditawarkan kepada semua kakitangan sektor awam, iaitu jawatan tetap, kontrak dan sementara – tidak ada alasan untuk anda cuba mohon. Syarat kelayakan gaji yang diminta juga tidak membebankan – hanya RM1,500 sebulan.

thumbs-up
Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan tinggi dan tempoh pinjaman panjang.
  • Kelayakan gaji minimum tidak membebankan.
  • Keperluan dokumen untuk mohon ringkas.
  • Ciri penyatuan hutang.
thumbs-down
Kekurangan
  • Perlu surat pengesahan majikan.
  • Kaedah pembayaran hanya melalui Angkasa.
Rating
4/5

Soalan Lazim BSN MyRinggit-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan BSN MyRinggit-i
Apakah BSN MyRinggit-i?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon BSN MyRinggit-i?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM5000 hingga RM200000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon BSN MyRinggit-i di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik BSN MyRinggit-i.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada BSN MyRinggit-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN), sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang BSN MyRinggit-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

43 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right