KOBETA Cash-i

KOBETA Cash-i
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM2000 hingga RM250000
Tempoh Pembiayaan 24 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 5.99% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM1500 sebulan atau RM18000 setahun
Had Umur 21 hingga 59 Tahun
Ciri Menarik CTOS CCRIS, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Keputusan Pantas (Fast Approval), Koperasi, Pendapatan Rendah
Tempoh Keputusan Lulus 5 hari bekerja

KOBETA Cash-i adalah pelan pinjaman peribadi daripada Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA). KOBETA adalah koperasi sah yang berdaftar di bawah Akta Koperasi Malaysia 1993 (Akta 502) dan mempunyai lebih dari 20,000 ahli pada masa sekarang.

Pembiayaan peribadi ini adalah pembiayaan peribadi Islamik dan tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu memperkenalkan penjamin atau menyediakan cagaran untuk mohon pinjaman ini.

KOBETA menawarkan pinjaman ini kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies), dan juga kakitangan badan-badan berkanun.

Syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon KOBETA Cash-i pula adalah anda perlu berumur tidak kurang dari 21 tahun dan telah berkhidmat lebih dari 6 bulan dengan pendapatan bulanan gaji kasar RM1,500 ke atas.

Pinjaman ini menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat tinggi, iaitu sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula adalah serendah 5.99% p.a. Caj ini adalah antara yang terendah untuk pembiayaan peribadi Islamik di negara kita.

Pihak KOBETA juga membuka permohonan pinjaman ini kepada mereka yang telah disenaraihitamkan di laporan CTOS mereka.

Baca lebih lanjut tentang kelebihan pinjaman ini, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dokumen yang diperlukan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan anda lulus, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online) tanpa perlu mengunjungi pejabat KOBETA.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan KOBETA Cash-i

Sebagai pinjaman peribadi koperasi, KOBETA Cash-i mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi Bank. Berikut ialah ciri-ciri pinjaman ini dan kelebihan yang ditawarkan.

  • CTOS/CCRIS boleh mohon. Ini adalah kelebihan utama yang ditawarkan oleh KOBETA Cash-i. Anda boleh mohon pinjaman ini walaupun anda ada masalah CTOS atau CCRIS.
  • Jumlah pinjaman yang sangat fleksibel.  KOBETA menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM2,000 sehingga RM250,000. Ini adalah antara amaun tertinggi untuk pinjaman peribadi tak bercagar di Malaysia.
  • Tempoh pembiayaan yang sangat fleksibel.  Anda boleh membayar semula pinjaman anda dari 2 tahun hingga mencecah 10 tahun.
  • Kadar keuntungan rata yang rendah.  Pembiayaan peribadi KOBETA Cash-i menawarkan kadar keuntungan rata serendah 5.99% setahun. Ini bermakna kadar keuntungan ini tidak akan berubah sepanjang tempoh pembiayaan anda.
  • Kelayakan gaji minimum yang rendah. Pinjaman peribadi ini dibuka kepada kakitangan sektor awam atau badan berkanun dengan pendapatan minimum hanya RM1,500 sebulan.
  • Pembayaran melalui potongan gaji.  KOBETA menggunakan khidmat BIRO Perkhidmatan Angkasa sebagai kaedah bayaran semula. Jadi anda tak perlu risau terlepas pandang untuk bayaran balik.
  • Keputusan permohonan yang pantas. Anda cuma perlu tunggu 5 hari bekerja untuk mengetahui keputusan permohonan KOBETA Cash-i anda.
  • Payout yang tinggi. Pihak KOBETA menawarkan jumlah payout yang tinggi, iaitu sehingga 91.5% daripada jumlah pembiayaan yang lulus.

Syarat kelayakan untuk mohon

Jika anda ingin memohon KOBETA Cash-i, berikut ialah syarat-syarat kelayakan memohon yang perlu anda patuhi.

  • Berumur 21 hingga 59 tahun.
  • Bekerja sebagai Kakitangan Kerajaan, GLC atau Badan Berkanun.
  • Bekerja lebih dari 6 bulan.
  • Berjawatan tetap.
  • Berpendapatan bulanan berserta Elaun RM1,500 ke atas atau pendapatan tahunan berserta elaun RM18,000 ke atas.
  • Potongan di slip gaji tidak melebihi 50% atau 60%.
  • CTOS tidak melebihi RM20,000 ke atas.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon KOBETA Cash-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda layak untuk memohon berdasarkan syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk memohon KOBETA Cash-i.

  1. 3 salinan MyKad yang disahkan.
  2. 3 salinan slip gaji 3 bulan terkini yang disahkan.
  3. Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
  4. Bil utiliti yang disahkan.
  5. Penyata penyelesaian (overlap mana-mana Bank/Koperasi) jika ada.

Kakitangan GLC dan Badan Berkanun perlu menyediakan salinan asal Slip gaji. Kakitangan DBKL pula perlu menyediakan Surat Emolumen daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jadual Bayaran Bulanan KOBETA Cash-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment KOBETA Cash-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran KOBETA Cash-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan oleh KOBETA sekiranya permohonan KOBETA Cash-i anda lulus.

  1. Caj setem duti 0.5%.
  2. Tiada caj proses.
  3. Tiada caj penamatan awal.

Tiada caj lewat bayar kerana pembayaran dilakukan secara potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

Cara Mohon KOBETA Cash-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon KOBETA Cash-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (KOBETA) berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan.

Untuk kemudahkan, anda juga boleh mohon secara atas talian (online) dengan menggunakan perkhidmatan Direct Lending. Ikuti panduan di bawah untuk mohon secara online.
KOBETA Cash-iLogo Direct Landing Sdn. Bhd.

Mohon KOBETA Cash-i 100% ONLINE dengan perkhidmatan Direct Lending

Direct Lending Sdn. Bhd. adalah satu Platform Pinjaman Bank dan Koperasi untuk kakitangan kerajaan. Perkhidmatan Direct Lending dijamin oleh institusi kewangan dan badan koperasi yang diiktiraf.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan Direct Lending

  • 100% Percuma – Tiada Caj Tambahan/Perkhidmatan.
  • Peratus Kelulusan Sehingga 90%.
  • Disiarkan oleh Utusan, Bernama, Money Compass dan pelbagai lagi media utama.
  • 500+ skor 5 bintang di Google Review.
  • Pakar menguruskan CTOS/CCRIS dan komitmen luar tinggi.

Mohon KOBETA Cash-i 100% ONLINE dengan perkhidmatan PERCUMA Direct Lending. Pihak Direct Lending akan membimbing anda sehingga permohonan anda lulus.Tak perlu susah payah walk-in untuk mohon.

Klik butang “Mohon Sekarang” di bawah untuk teruskan.

Mohon sekarang
* Anda akan dibawa ke laman web Direct Lending. Pada laman tersebut klik butang "SEMAK KELAYAKAN ANDA" untuk meneruskan permohonan.

Review KOBETA Cash-i

KOBETA Cash-i yang ditawarkan oleh Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang menawarkan ciri-ciri yang cukup menarik. Kelebihan utama sudah pastilah kelepasan memohon kepada mereka yang mempunyai rekod blacklist di CTOS. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan juga cukup tinggi sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan yang panjang. Dengan kadar keuntungan rata serendah 5.99% p.a, pinjaman ini sangat sesuai dimohon oleh mereka yang ingin meminjam dengan jumlah yang tinggi. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan pinjaman peribadi Koperasi, skim pembiayaan ini hanya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, GLC, dan badan berkanun.

thumbs-up
Kelebihan
  • CTOS/CCRIS boleh mohon.
  • Syarat kelayakan gaji yang rendah.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi.
  • Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa.
  • Tiada caj proses.
thumbs-down
Kekurangan
  • Hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan, GLC, dan badan berkanun terpilih.
  • Salinan dokumen perlu disahkan majikan.
Rating
4/5

Soalan Lazim KOBETA Cash-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan KOBETA Cash-i
Apakah KOBETA Cash-i?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan dengan had umur dari 21 hingga 59 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon KOBETA Cash-i?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM2000 hingga RM250000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon KOBETA Cash-i di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 5 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik KOBETA Cash-i.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada KOBETA Cash-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak KOBETA – Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi KOBETA Cash-i. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi KOBETA Cash-i.

Ada soalan tentang KOBETA Cash-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

53 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right