Akan dibuka dalam tab baharu

UKHWAH Cash-i

Ukhwah Cash-i
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM2000 - RM200000
Kadar Keuntungan
4.35% p.a - 4.99% p.a
Tempoh Pembiayaan
24 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
5 hari bekerja

Ukhwah Cash-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik tak bercagar yang ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad. Koperasi UKHWAH atau Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad adalah sebuah koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan mula beroperasi sejak tahun 1998 lagi.

Pinjaman peribadi Ukhwah Cash-i adalah salah satu daripada produk pembiayaan peribadi daripada koperasi ini. Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Koperasi, pinjaman ini ditawarkan kepada individu yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan juga kakitangan badan berkanun terpilih di Malaysia.

Syarat kelayakan ringkas untuk mohon ialah anda perlu berumur antara 19 hingga 56 dan telah berkhidmat dengan jawatan tetap lebih daripada 6 bulan. Kelayakan pendapatan bulanan pula ialah gaji kasar tidak kurang dari RM1,500 setiap bulan.

Anda boleh mohon jumlah pinjaman sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun maksimum. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula adalah berpatutan iaitu bermula dari 4.35% p.a.

Tidak seperti pinjaman peribadi daripada bank, pinjaman peribadi UKHWAH Cash-i membuka permohonan kepada mereka yang telah disenaraihitamkan di dalam rekod CTOS, atau yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS mereka. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi.

Baca lebih lanjut untuk mengetahui ciri-ciri menarik, kelebihan, syarat-syarat kelayakan dan bagaimana untuk mohon pinjaman peribadi UKHWAH Cash-i secara atas talian (online).

Kelebihan UKHWAH Cash-i

Pinjaman koperasi Ukhwah Cash-i menawarkan beberapa ciri menarik dan mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi yang lain di Malaysia. Berikut ialah ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh pembiayaan peribadi ini.

  • Ditawarkan kepada semua kakitangan sektor awam Pinjaman ini khusus kepada kakitangan awam sama ada kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga badan-badan berkanun terpilih.
  • 100% patuh syariah Sebagai pinjaman Islamik, UKHWAH Cash-i adalah 100% patuh syariah – anda boleh mohon tanpa ragu.
  • Tidak perlu cagaran atau penjamin Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar. Jadi anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran, atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pelan pembiayaan ini.
  • Jumlah pinjaman yang sangat fleksibel Koperasi UKHWAH menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat fleksibel iaitu pembiayaan bermula serendah RM2,000 hingga pinjaman maksimum RM200,000.
  • Tempoh pinjaman yang sangat fleksibel Tempoh pembiayaan juga sangat fleksibel iaitu antara 24 bulan (2 tahun) hingga 120 bulan (10 tahun).
  • Caj kadar keuntungan tahunan yang berpatutan Pinjaman ini menawarkan caj kadar keuntungan yang rendah berbanding pinjaman peribadi yang lain. Caj kadar keuntungan bermula dari serendah 4.35% p.a hingga 4.99% p.a.
  • Syarat kelayakan mohon yang tidak membebankan Syarat kelayakan untuk mohon pinjaman peribadi UKHWAH Cash-i tidak membebankan. Umur minimum untuk mohon ialah 19 tahun, manakala kelayakan pendapatan pula bermula dari pendapatan minimum gaji kasar RM1,500 sebulan.
  • Potongan gaji melalui BPA. Anda tidak perlu risau tentang bayaran bulanan pinjaman ini kerana bayaran balik dilakukan melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA) oleh Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).
  • CTOS dan CCRIS boleh mohon Anda boleh mohon pinjaman ini walaupun anda mempunyai rekod buruk di laporan CTOS atau CCRIS anda, asalkan anda menepati syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi UKHWAH.
  • Keahlian UkhwahCARE Layak untuk keahlian UkhwahCARE. UkhwahCARE adalah kelab pinjaman oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad dan memberi banyak kemudahan kepada ahlinya. Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah khairat kematian, perkhidmatan perubatan, bantuan kewangan, produk Takaful, pakej Umrah & Ziarah, dan sebagainya.
  • Tempoh kelulusan yang pantas Anda hanya perlu tunggu 5 hari untuk tahu keputusan permohonan UKHWAH Cash-i anda.

Syarat kelayakan untuk mohon

Tidak seperti pinjaman peribadi bank, Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad tidak mengenakan syarat yang ketat kepada mereka yang ingin memohon pembiayaan peribadi Ukhwah Cash-i. Berikut ialah syarat-syarat yang dikenakan untuk memohon.

  • Warganegara Malaysia.
  • Bekerja sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan GLC, kakitangan badan berkanun atau kakitangan DBKL.
  • Berjawatan tetap dan berkhidmat lebih dari 6 bulan.
  • Berumur antara 19 tahun hingga 56 tahun.
  • Pendapatan bulanan RM1,500 ke atas atau pendapatan tahunan RM18,000 ke atas.

Mereka yang telah disenaraihitamkan (blacklisted) di dalam rekod CTOS atau CCRIS boleh cuba mohon pinjaman Ukhwah Cash-i – tertakluk kepada syarat dan terma.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon UKHWAH Cash-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mohon Pinjaman Peribadi Ukhwah.

  1. Salinan kad pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Surat lantikan kerja.
  3. Salinan 3 bulan slip gaji.
  4. Salinan penyata akaun Bank Rakyat atau akaun Maybank.
  5. Salinan penyata penyelesaian terkini bagi menyelesaikan (overlap) pinjaman lama (jika ada).

Untuk pemohon dari Sabah dan Sarawak

  • 5 salinan “Allotment Form”.

Untuk kakitangan DBKL

  • Salinan Surat Emolumen daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Untuk Pemohon 50 tahun ke atas

  • Salinan Surat Opsyen Bersara.

Semua salinan dokumen yang disenaraikan di atas perlu disahkan oleh majikan.

Jadual Bayaran Bulanan UKHWAH Cash-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment UKHWAH Cash-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran UKHWAH Cash-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad sekiranya permohonan Ukhwah Cash-i anda lulus.

  1. Caj setem duti 0.5%.
  2. Tiada caj proses.
  3. Tiada caj penamatan awal.

Tiada caj lewat bayar kerana pembayaran dilakukan secara potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

Cara Mohon UKHWAH Cash-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pelan pinjaman peribadi Ukhwah ini melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan di ibu pejabat Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad. Lihat senarai cawangan Koperasi Ukhwah
  2. Hubungi Koperasi Ukhwah di talian 03-2691 3357 atau 03-2691 0233.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • CTOS/CCRIS boleh mohon.
  • Syarat kelayakan gaji yang rendah.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi.
  • Potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa.
  • Tiada caj proses.
Kekurangan
  • Hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan, GLC, dan badan berkanun terpilih.
  • Salinan dokumen perlu disahkan majikan.

Pembiayaan peribadi Ukhwah Cash-i yang ditawarkan oleh Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad adalah pinjaman yang sesuai untuk mereka yang mencari-cari skim pinjaman peribadi Islamik tanpa penjamin atau cagaran. Dengan syarat kelayakan gaji yang rendah, iaitu hanya RM1,500 sebulan – pinjaman ini boleh dikatakan sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah. Tempoh pembiayaan juga sangat panjang, iaitu sehingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, pinjaman ini tidak dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan, GLC dan badan berkanun terpilih. Jika anda menepati syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon Ukhwah Cash-i – ini adalah antara skim pembiayaan peribadi yang perlu anda mohon.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan UKHWAH Cash-i

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd. untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd..

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang UKHWAH Cash-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

70 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right