Maybank Personal Financing-i

Maybank Islamic Personal Financing-i
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM5000 hingga RM100000
Tempoh Pembiayaan 24 hingga 72 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 6.5% p.a hingga 8.0% p.a
Sektor Pekerjaan Pesara / Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM3500 sebulan atau RM42000 setahun
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Keputusan Pantas (Fast Approval), Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 48 jam hari bekerja

Maybank Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik tak bercagar daripada Maybank Islamic. Maybank Islamic adalah cawangan Maybank yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islamik. Pelan pinjaman yang juga dikenali sebagai Maybank Islamic Personal Loan ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkhidmat di sektor awam, sektor swasta, yang bekerja sendiri dan juga kepada para pesara. Pembiayaan peribadi Maybank ini mudah dimohon dan tidak memerlukan dokumen yang rumit.

Tidak seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik yang menawarkan kadar keuntungan tetap, Maybank menawarkan kadar keuntungan terapung untuk pinjaman ini. Kadar keuntungan bermula daripada 8% p.a hingga serendah 6.5% p.a. Kadar keuntungan yang ditawarkan bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus.

Salah satu faktor menarik yang membuatkan pinjaman peribadi Islamik daripada Maybank ini popular ialah kerana tempoh lulus yang pantas. Maybank Islamic hanya memerlukan tempoh dalam masa 48 jam sahaja untuk meluluskan permohonan anda.

Baca lebih lanjut tentang pembiayaan peribadi dari Maybank ini dan bagaimana anda boleh mohon online tanpa perlu walk-in ke mana-mana cawangan Malayan Banking Berhad.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Maybank Personal Financing-i

Maybank Personal Financing-i mempunyai beberapa kelebihan berbanding pelan pembiayaan peribadi Islamik yang lain di Malaysia. Berikut adalah ciri-ciri dan kelebihan pinjaman peribadi ini.

  • Mudah dimohon – syarat kelayakan yang tidak membebankan
    Maybank menawarkan pinjaman ini kepada semua warganegara Malaysia yang berumur antara 21 tahun hingga 60 tahun tanpa mengira jenis pekerjaan. Tidak kira anda kakitangan kerajaan, swasta, GLC, bekerja sendiri atau pesara – anda boleh memohon Maybank Personal Financing-i.
  • 100% Patuh Syariah
    Pinjaman peribadi daripada pihak Maybank ini adalah 100% patuh Syariah dengan konsep komoditi Murabahah atau Tawarruq.
  • Keputusan pantas
    Anda hanya perlu menunggu 48 jam untuk mengetahui keputusan permohonan anda. Antara pinjaman peribadi Islamik di Malaysia dengan jangka masa lulus yang pantas.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Maybank Personal Financing-i menawarkan jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM100,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh pilih untuk membayar semula pinjaman anda dalam tempoh 2 tahun hingga 6 tahun.
  • Kadar keuntungan yang rendah
    Kadar keuntungan Maybank Personal Financing-i adalah antara yang terendah untuk pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia, iaitu serendah 6.5% p.a.
  • Tiada caj proses
    Maybank tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya pinjaman anda lulus.
  • Tiada caj setem duti
    Selain caj proses, tiada caj setem duti yang akan dikenakan sekiranya pinjaman anda lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik lain di negara, anda tidak akan dikenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh seperti yang dipersetujui pada kontrak.
  • Perlindungan insurans Takaful
    Maybank Islamic menawarkan perlindungan Insurans daripada Maybank Islamic Takaful Insurance (Personal Care Takaful Plan) untuk pinjaman ini. Anda boleh memilih untuk melanggan pelan ini atau tidak.

Syarat kelayakan untuk mohon

Sekiranya anda ingin memohon pinjaman peribadi Maybank Personal Financing-i, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut yang telah ditetapkan oleh Maybank Islamic.

Syarat kelayakan umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur dari 21 hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan minimum RM3500 sebulan, atau RM42,000 setahun.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia (Bank/Koperasi/AEON).
  • Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas/Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Syarat untuk kakitangan kerajaan

  • Status pekerjaan adalah tetap.

Syarat untuk kakitangan swasta dan GLC

  • Telah bekerja lebih dari 6 bulan dengan syarikat yang sama.
  • Mempunyai caruman KWSP minimum 6 bulan caruman.

Untuk bekerja sendiri

  • Mempunyai syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) minimum setahun.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Maybank Personal Financing-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang anda perlu sediakan untuk memohon Maybank Personal Financing-i.

Dokumen untuk Kakitangan Kerajaan/Swasta/GLC

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  2. Salinan 3 bulan slip gaji.
  3. Salinan 6 bulan penyata bank kemasukan gaji (gaji dikreditkan oleh syarikat ke akaun tersebut).
  4. Borang BE terkini dengan resit bayaran cukai.

Dokumen untuk Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKAD) depan dan belakang.
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  3. Salinan 6 bulan penyata bank syarikat.
  4. Borang BE atau e-Form BE dengan resit bayaran cukai.

Jadual Bayaran Bulanan Maybank Personal Financing-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Maybank Personal Financing-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Maybank Personal Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Maybank Islamic tidak mengenakan sebarang caj proses mahupun caj setem duti sekiranya pinjaman anda lulus. Dalam erti kata lain anda akan dapat full disbursement ke akaun anda sekiranya pinjaman lulus. Caj yang dikenakan cuma caj lewat bayar sebanyak 1% sahaja daripada jumlah tunggakan.

Cara Mohon Maybank Personal Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman peribadi Maybank Personal Financing-i melalui mana-mana cawangan Maybank terdekat. Maybank akan memproses permohonan anda dan akan memberi jawapan dalam tempoh tak lebih 48 jam jika semua dokumen lengkap. Jika pinjaman anda lulus, duit pinjaman akan dikreditkan kepada akaun Maybank anda, simpanan (savings account) atau semasa (current account).

Anda juga boleh mohon secara dalam talian melalui laman permohonan Pembiayaan Peribadi-i Maybank Islamic.

Review Maybank Personal Financing-i

Maybank Personal Financing-i adalah pelan pinjaman peribadi Islamik yang popular di Malaysia. Antara faktor yang membuatkan pinjaman ini popular dan sering dimohon adalah kerana pelan pinjaman ini ditawarkan kepada semua warganegara tanpa mengira status pekerjaan. Tempoh lulus yang pantas juga, hanya dalam masa 48 jam menjadikan pinjaman ini antara pilihan utama bagi mereka yang memerlukan wang dengan segera. Kadar keuntungan yang dikenakan juga berpatutan dan tidak membebankan berbanding pinjaman peribadi yang lain di negara kita. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan pendapatan minimum yang dikenakan sedikit tinggi – RM2,500 sebulan atau RM30,000 setahun. Ini membuatkan mereka yang berpendapatan rendah sukar untuk memohon pinjaman dari Maybank ini. Jika anda layak dan memenuhi syarat kelayakan memohon, nak pakai duit segera – anda boleh cuba mohon pinjaman ini.

thumbs-up
Kelebihan
  • Ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira jenis kerja.
  • Tiada caj proses dan caj setem duti.
  • 100% disbursement.
  • Keputusan permohonan pantas dalam tempoh 48 jam.
  • Kadar keuntungan rendah.
  • Tiada caj penamatan awal.
  • Perlindungan Insurans Takaful.
thumbs-down
Kekurangan
  • Syarat kelayakan gaji minimum yang agak tinggi.
Rating
3.95/5

Soalan Lazim Maybank Personal Financing-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Maybank Personal Financing-i
Apakah Maybank Personal Financing-i?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad).

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Maybank Personal Financing-i?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM5000 hingga RM100000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 72 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Maybank Personal Financing-i di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 48 jam hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Maybank (Malayan Banking Berhad). Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Maybank Personal Financing-i.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Maybank Personal Financing-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad).

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Maybank (Malayan Banking Berhad), sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Maybank Personal Financing-i. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Maybank Personal Financing-i.

Ada soalan tentang Maybank Personal Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right