Standard Chartered CashOne Debt Consolidation

Standard Chartered CashOne Debt Consolidation
share-nodes
Kongsi
Kategori Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman RM3000 hingga RM250000
Tempoh Pinjaman 12 hingga 84 Bulan
Kadar Faedah Tahunan 5.50% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 1 hingga 7 hari bekerja

Standard Chartered CashOne Debt Consolidation adalah sebuah pelan pinjaman peribadi daripada Standard Chartered Bank. Pelan ini adalah pinjaman konvensional tidak bercagar. Jadi anda tidak perlu mengemukakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Seperti namanya, pelan ini adalah pelan khusus untuk mereka yang mencari pinjaman penyatuan hutang, atau debt consolidation. Dengan ciri penyatuan hutang, anda boleh menghimpunkan semua pinjaman atau hutang yang sedia ada ke dalam satu pinjaman baru. Ini bukan sahaja memudahkan bayaran bulanan anda, tetapi juga meringankan beban anda.

Seperti kebanyakan pinjaman peribadi penyatuan hutang, Standard Chartered mengenakan caj kadar faedah tahunan yang rendah untuk Standard Chartered CashOne Debt Consolidation, iaitu bermula dari 5.5% p.a. Ini adalah antara caj yang rendah untuk pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar.

Yang menariknya, tidak seperti pinjaman debt consolidation yang lain, anda akan menerima kad kredit Standard Chartered Visa Platinum sekiranya permohonan pinjaman anda lulus. Kad ini adalah percuma. Yang lebih menarik ialah setiap kali anda buat bayaran bulanan untuk CashOne Debt Consolidation, amaun pokok (principal amount) yang telah dibayar akan ditukar kepada had limit (credit limit) kad anda.

Pihak Standard Chartered menawarkan pinjaman ini kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor swasta. Anda perlu berumur tidak kurang dari 21 tahun dan 60 tahun (pada tarikh akhir pembayaran). Jumlah pendapatan yang dibenarkan pula ialah gaji kasar RM3,000 ke atas setiap bulan.

Anda boleh mohon dari serendah RM3,000 hingga RM250,000. Walau bagaimanapun, anda harus mohon lebih RM5,000 daripada penyelesaian pinjaman anda. Sebagai contoh, jika jumlah himpunan hutang anda ialah RM10,000 – anda perlu mohon RM15,000 atau lebih. Tempoh pinjaman yang dibenarkan ialah dari 1 tahun hingga 7 tahun.

Tidak seperti kebanyakan pinjaman peribadi konvensional yang lain, pihak Standard Chartered tidak akan mengenakan sebarang caj sekiranya pinjaman anda lulus, termasuk tiada caj duti setem. Anda juga tidak akan dikenakan caj untuk penamatan awal.

Berminat untuk mohon pinjaman Standard Chartered CashOne Debt Consolidation? Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap pinjaman ini, syarat kelayakan yang diperlukan, dokumen yang perlu anda sediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj dan fi, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas-talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Standard Chartered CashOne Debt Consolidation

Pinjaman daripada Standard Chartered ini menawarkan beberapa ciri menarik berbanding pelan pinjaman peribadi konvensional dari bank yang lain.

  • Ciri penyatuan hutang
    Seperti namanya, pelan pinjaman ini dicipta khusus untuk ciri penyatuan hutang, atau debt consolidation. Jadi tidak ada masalah untuk anda menghimpunkan semua pinjaman anda yang sedang aktif ke dalam pinjaman ini. Pihak Standard Chartered membenarkan anda menghimpunkan 5 pinjaman atau 5 kredit kad dari institusi kewangan yang lain ke dalam pinjaman ini.
  • Kad kredit percuma
    Tidak ada pinjaman peribadi lain yang menawarkan kad kredit percuma dengan pelan pinjaman mereka. Dapatkan kad kredit Standard Chartered Visa Platinum percuma sekiranya permohonan anda diluluskan.
  • Jumlah pinjaman yang tinggi
    Anda boleh mohon sehingga RM250,000 dengan pelan pinjaman Standard Chartered ini. Satu jumlah yang tinggi dan sangat sesuai untuk ciri penyatuan hutang.
  • Tempoh pinjaman yang fleksibel
    Pihak Standard Chartered membenarkan tempoh pinjaman dari minimum 1 tahun hingga 7 tahun kepada pelanggan Standard Chartered. Walau bagaimanapun jika anda tidak melanggan sebarang produk daripada Standard Chartered, iaitu anda adalah pelanggan baru – anda hanya dibenarkan tempoh pinjaman maksimum 5 tahun.
  • Caj kadar faedah yang rendah
    Jumlah caj kadar faedah tetap bermula dari 5.5% p.a adalah nilai yang sangat rendah untuk pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar. Ini sesuai dengan ciri penyatuan hutang yang ditawarkan oleh pinjaman ini.
  • Tiada caj proses
    Anda tidak akan dikenakan sebarang caj proses atau caj duti setem sekiranya permohonan pinjaman Standard Chartered CashOne Debt Consolidation anda lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Pihak Standard Chartered juga tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh kontrak.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat kelayakan lengkap yang perlu anda patuhi untuk mohon pinjaman peribadi Standard Chartered CashOne ini.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat di Sektor Swasta.
  • Berpendapatan bulanan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan (bank/koperasi/kredit komuniti (pinjaman berlesen)).
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah Program Pengurusan Kredit AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Standard Chartered CashOne Debt Consolidation, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda cukup syarat kelayakan dan layak mohon, berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan untuk meneruskan proses permohonan Standard Chartered CashOne Debt Consolidation.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 1 bulan terkini, atau salinan penyata KWSP terkini.
  3. Salinan penyata Kad Kredit.
  4. Salinan penyata tebus hutang/baki hutang.

Jadual Bayaran Bulanan Standard Chartered CashOne Debt Consolidation

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Standard Chartered CashOne Debt Consolidation. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Standard Chartered CashOne Debt Consolidation
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah senarai caj dan fi yang dikenakan oleh pihak Standard Chartered sekiranya permohonan anda lulus.

  1. Tiada caj proses.
  2. Tiada caj Duti Setem.
  3. Tiada caj penamatan awal.
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan.

Cara Mohon Standard Chartered CashOne Debt Consolidation

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pembiayaan peribadi Standard Chartered CashOne Debt Consolidation dengan mengunjungi mana-mana cawangan Standard Chartered berhampiran.

Review Standard Chartered CashOne Debt Consolidation

Pelan pinjaman peribadi konvensional daripada Standard Chartered ini adalah pelan pinjaman khusus untuk mereka yang ingin buat penyatuan hutang, atau debt consolidation. Pinjaman ini menawarkan jumlah pinjaman yang tinggi dan juga tempoh pinjaman yang panjang. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan juga sangat rendah, membuatkan ciri penyatuan hutang yang ditawarkan kelihatan sangat menarik untuk dimohon. Tidak lupa juga kad kredit percuma yang didatangkan bersama pinjaman ini. Sayangnya, pinjaman ini hanya ditawarkan kepada kakitangan sektor swasta. Jika anda adalah kakitangan swasta dan ingin menghimpunkan pinjaman dan kad kredit anda kepada satu pinjaman baru – pinjaman ini adalah antara pilihan utama.

thumbs-up
Kelebihan
  • Ciri penyatuan hutang.
  • Jumlah pinjaman yang tinggi.
  • Kad kredit percuma.
  • Caj kadar faedah yang rendah.
  • Tiada caj proses dan duti setem.
  • Tiada caj penamatan awal.
thumbs-down
Kekurangan
  • Hanya ditawarkan kepada kakitangan swasta.
  • Tempoh pinjaman 84 bulan hanya untuk pelanggan sedia ada.
Rating
4/5

Soalan Lazim Standard Chartered CashOne Debt Consolidation

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Standard Chartered CashOne Debt Consolidation
Apakah Standard Chartered CashOne Debt Consolidation?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Konvensional Tidak Bercagar ditawarkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Kakitangan Swasta dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Standard Chartered CashOne Debt Consolidation?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM3000 hingga RM250000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 84 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down
Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Standard Chartered CashOne Debt Consolidation.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad. Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Standard Chartered CashOne Debt Consolidation yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Standard Chartered CashOne Debt Consolidation. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Standard Chartered CashOne Debt Consolidation.

Ada soalan tentang Standard Chartered CashOne Debt Consolidation?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right