Al Rajhi Personal Financing-i

Al Rajhi Personal Financing-i
Al Rajhi Bank
Pinjaman daripada Al Rajhi Bank
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM10000 hingga RM250000
Tempoh Pembiayaan 24 hingga 96 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 3.88% p.a hingga 5.63% p.a
Sektor Pekerjaan Pesara / Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM3500 sebulan atau RM42000 setahun
Had Umur 25 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Keputusan Pantas (Fast Approval), Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 24 hingga 48 jam hari bekerja

Al Rajhi Personal Financing-i adalah sebuah pelan pembiayaan peribadi daripada Al Rajhi Bank Malaysia. Pinjaman ini adalah pinjaman Islamik tak bercagar yang sepenuhnya patuh Syariah – pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.

Pinjaman ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia dan dibuka permohonan kepada semua sektor pekerjaan. Tidak kira anda bekerja di sektor awam, swasta, bekerja sendiri, ataupun pesara – anda boleh mohon pinjaman ini.

Jumlah pembiayaan yang boleh anda mohon adalah dari RM10,000 hingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 96 bulan. Kadar keuntungan yang ditawarkan adalah kadar tetap bermula dari serendah 3.88% p.a.

Pinjaman peribadi Al Rajhi ini juga mempunyai tempoh keputusan yang sangat pantas. Anda cuma perlu menunggu antara 24 hingga 48 jam hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan anda.

Tidak seperti sesetengah pinjaman peribadi Islamik yang memerlukan anda menyatakan tujuan mohon, pihak Al Rajhi tidak meletakkan tujuan mohon sebagai syarat utama. Anda boleh mohon pinjaman ini tidak kira apa pun tujuan anda – pelaburan, membayar hutang, membayar bayaran muka kenderaan, ubahsuai rumah, dan sebagainya.

Baca lebih lanjut untuk ciri-ciri lengkap Al Rajhi Personal Financing-i seperti kelayakan mohon, dokumen yang diperlukan, caj yang dikenakan dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Al Rajhi Personal Financing-i

Terdapat beberapa ciri menarik pada pinjaman Al Rajhi Personal Financing-i  yang membuatkan pinjaman ini menarik untuk dimohon. Berikut ialah kelebihan-kelebihan tersebut.

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia Tidak kira apa pun sektor pekerjaan anda, anda boleh memohon Al Rajhi Personal Financing-i asalkan anda warganegara Malaysia.
  2. Had umur yang fleksibel Al Rajhi membuka pinjaman ini kepada mereka yang berumur 25 tahun hingga 60 tahun.
  3. Kadar keuntungan tetap yang rendah Pinjaman Al Rajhi Personal Financing-i adalah antara pinjaman peribadi Islamik di Malaysia dengan kadar keuntungan tetap, hanya 3.88% p.a hingga 5.63%p.a. Caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah bergantung kepada jumlah pendapatan anda.
  4. Jumlah pembiayaan yang fleksibel Anda boleh membuat pinjaman dari RM10,000 sehingga RM250,000.
  5. Tempoh pembiayaan yang fleksibel Al Rajhi memberi tempoh bayaran balik bermula dari 24 bulan (2 tahun) sehingga 96 bulan (8 tahun).
  6. Tempoh pemprosesan dalam masa 24 jam Pihak Al Rajhi akan memproses permohonan anda dalam tempoh 24 jam, dan jika lulus wang pinjaman anda akan dimasukkan ke dalam akaun Al Rajhi Bank.
  7. Tiada caj proses dan caj penamatan awal Al Rajhi tidak mengenakan sebarang caj proses atau caj penamatan awal jika anda berhasrat melangsaikan pinjaman lebih awal dari kontrak.
  8. Rebat untuk penamatan awal Jika anda ingin menamatkan pinjaman lebih awal, Al Rajhi akan memberikan rebat terhadap pinjaman anda. Tiada sebarang tempoh atau syarat untuk membuat penamatan awal.
  9. Tiada caj lewat bayar Ini adalah salah satu kelebihan bagi pinjaman peribadi Al Rajhi. Tiada sebarang caj lewat bayar yang dikenakan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Al Rajhi Personal Financing-i. Syarat-syarat berbeza mengikut sektor pekerjaan anda.

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 25 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan tidak kurang daripada RM3,500 sebulan atau tidak kurang daripada RM42,000 setahun.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat untuk kakitangan awam dan kakitangan GLC

  • Status pekerjaan ialah tetap.

Syarat  untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 25 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 2 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lebih dari 2 tahun.
  • Mempunyai akaun bank syarikat.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Al Rajhi Personal Financing-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut pula ialah dokumen yang diperlukan untuk memohon Al Rajhi Personal Financing-i. Dokumen yang perlu disediakan adalah berbeza mengikut jenis pekerjaan anda.

Untuk kakitangan swasta

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan caruman KWSP sekurang-kurangnya 6 bulan terkini.
  5. Surat rujukan dari majikan.

Untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Surat rujukan dari majikan.

Untuk bekerja sendiri

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  3. Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  4. Borang B terkini dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  5. Penyata 3 tahun terkini akaun draft pengurusan yang diaudit atau tidak diaudit.
  6. Memorandum dan Artikel Persatuan (M & A) .

Jadual Bayaran Bulanan Al Rajhi Personal Financing-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Al Rajhi Personal Financing-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Al Rajhi Personal Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj-caj yang dikenakan oleh Al Rajhi Bank bagi pinjaman Al Rajhi Personal Financing-i.

  1. Caj setem duti 0.5% dari jumlah pinjaman yang diluluskan.
  2. Caj Takaful (bergantung kepada jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, dan umur).
  3. Caj transaksi Bursa (Bursa Transaction Fee) di bawah kontrak komoditi Murabahah.

Al Rajhi tidak mengenakan sebarang caj untuk perkara berikut:

  1. Tiada caj pemprosesan.
  2. Tiada caj penamatan awal (early termination fee).
  3. Tiada caj lewat bayar (late penalty fee).

Cara Mohon Al Rajhi Personal Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh memohon pinjaman peribadi Al Rajhi Personal Financing-i melalui saluran-saluran di bawah.

  1. Mohon secara walk-in di mana-mana cawangan Al Rajhi Bank.
  2. Mohon secara faks atau email dokumen yang diperlukan beserta borang permohonan kepada pihak Al Rajhi di nombor faks 03-23326057 atau email [email protected].
Untuk kemudahkan, anda juga boleh mohon secara atas talian (online) dengan menggunakan perkhidmatan RinggitPlus. Ikuti panduan di bawah untuk mohon secara online.
Al Rajhi Personal Financing-ilogo ringgitplus

Mohon Al Rajhi Personal Financing-i 100% ONLINE dengan perkhidmatan RinggitPlus

Anda boleh mohon Al Rajhi Personal Financing-i secara online menggunakan perkhidmatan RinggitPlus. Perkhidmatan ini adalah 100% percuma tanpa caj tambahan.

Anda cuma perlu isi nama dan nombor telefon pada laman permohonan RinggitPlus. Pihak RinggitPlus akan menghubungi anda dan membimbing step-by-step untuk meneruskan permohonan.

Tak perlu susah payah walk-in untuk mohon.

Klik butang “Mohon Sekarang” di bawah untuk teruskan.

Mohon sekarang
* Anda akan dibawa ke laman web RinggitPlus. Pada laman tersebut klik butang "APPLY FOR LOAN" untuk meneruskan permohonan.

Here goes your text … Select any part of your text to access the formatting toolbar.

Review Al Rajhi Personal Financing-i

Pinjaman peribadi Al Rajhi Personal Financing-i adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang menawarkan kadar keuntungan tetap, dan antara yang terendah di Malaysia. Dengan jumlah pembiayaan dan tempoh pembiayaan yang fleksibel, pinjaman peribadi dari Al Rajhi Bank ini adalah antara pinjaman peribadi yang perlu diberi perhatian jika anda sedang mencari-cari pinjaman peribadi untuk dimohon. Pinjaman ini juga dibuka kepada semua pekerjaan menjadikan pinjaman ini sangat menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan pada pinjaman ini seperti syarat kelayakan gaji minimum yang tinggi, dan juga senarai dokumen yang diperlukan untuk mereka yang bekerja sendiri. Jika anda cukup segala syarat kelayakan yang dikenakan oleh pihak Al Rajhi Bank, anda perlu  memohon pinjaman ini kerana pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi Islamik dengan kadar lulus yang tinggi di Malaysia.

thumbs-up
Kelebihan
  • Dibuka kepada semua sektor pekerjaan.
  • Tiada caj pemprosesan.
  • Tiada caj penamatan awal.
  • Tiada caj lewat bayar.
  • Rebat untuk penamatan awal.
  • Keputusan dalam masa 24 jam.
thumbs-down
Kekurangan
  • Kelayakan gaji minimum yang agak tinggi.
  • Banyak dokumen yang perlu disediakan bagi mereka yang bekerja sendiri.
  • Perlu surat rujukan dari majikan.
Rating
3.5/5

Soalan Lazim Al Rajhi Personal Financing-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Al Rajhi Personal Financing-i
Apakah Al Rajhi Personal Financing-i?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Al Rajhi Bank.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta, Pesara dengan had umur dari 25 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Al Rajhi Personal Financing-i?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM10000 hingga RM250000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Al Rajhi Bank setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 96 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Al Rajhi Bank berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Al Rajhi Personal Financing-i di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 24 hingga 48 jam hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Al Rajhi Bank. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Al Rajhi Bank untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Al Rajhi Bank untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Al Rajhi Personal Financing-i.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Al Rajhi Personal Financing-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Al Rajhi Bank. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Al Rajhi Bank.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Al Rajhi Bank, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Al Rajhi Personal Financing-i. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Al Rajhi Personal Financing-i.

Ada soalan tentang Al Rajhi Personal Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right