AmBank AmMoneyLine Facility-i adalah pelan pembiayaan peribadi daripada AmBank Islamic. AmBank Islamic adalah salah satu daripada anak syarikat AmBank Group yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam.
Pelan pembiayaan AmBank AmMoneyLine Facility-i adalah pinjaman peribadi Islamik tidak bercagar. Oleh itu pemohon tidak perlu menyediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin kepada pihak AmBank untuk layak mohon pinjaman ini.
AmBank menawarkan pembiayaan ini kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor awam dan juga swasta. Oleh itu tidak kisah jika anda bekerja sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan berkaitan kerajaan (GLC), kakitangan swasta ataupun bekerja sendiri – anda layak untuk mohon pinjaman ini.
Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM3,000. Pihak AmBank juga menerima permohonan AmMoneyLine Facility-i daripada pemohon yang berpendapatan tidak tetap, contohnya mereka yang berpendapatan dalam bentuk komisen bulanan.
Sekiranya anda layak, anda boleh mohon sehingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sepanjang 5 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula adalah kadar rata 8.0% p.a.
Dengan tempoh keputusan permohonan yang pantas, iaitu kurang dari 48 jam hari bekerja – pinjaman ini sangat sesuai dimohon bagi mereka yang ingin mendapatkan wang dengan segera.
Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik pembiayaan AmBank AmMoneyLine Facility-i, syarat kelayakan lengkap yang perlu untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj dan fi, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).