Agrobank AgroCash-i

Agrobank AgroCash-i
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM1000 hingga RM200000
Tempoh Pembiayaan 12 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 6.80% p.a hingga 7.62% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM1000 sebulan atau RM12000 setahun
Had Umur 18 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Pendapatan Rendah
Tempoh Keputusan Lulus 5 hari bekerja

Agrobank AgroCash-i adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Agrobank atau juga dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia. Ramai yang ingat Agrobank atau Bank Pertanian hanya memberi perkhidmatan berkaitan sektor pertanian –  tetapi sebenarnya tidak.

Agrobank sebenarnya menawarkan banyak produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

Pinjaman peribadi daripada Agrobank ini adalah pembiayaan peribadi Islamik berasaskan konsep atau prinsip Tawarruq.  Pinjaman ini juga adalah pelan pinjaman tidak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin kepada pihak Agrobank sekiranya anda ingin mohon pinjaman ini.

Agrobank AgroCash-i ini dibuka permohonannya kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan dan kakitangan syarikat berkaitan/milik kerajaan (Government Linked Company – GLC) yang berumur 60 tahun ke bawah.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan pula agak tinggi iaitu sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan yang panjang sehingga mencecah 10 tahun pembiayaan. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan adalah kadar keuntungan tetap yang berpatutan – antara 6.8% p.a hingga 7.62% p.a.

Oleh kerana syarat kelayakan gaji yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini tidak terlalu tinggi, pinjaman ini sesuai dimohon oleh kakitangan awam yang ingin memohon pinjaman dengan jumlah yang tinggi dan tempoh bayaran semula yang panjang.

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman Agrobank AgroCash-i, teruskan baca dan ketahui apakah lagi ciri-ciri menarik, syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon, berapa yang perlu dibayar setiap bulan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman AgroCash-i secara online tanpa perlu mengunjungi cawangan Agrobank.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightSemak Status Permohonan
  8. square-arrow-down-rightReview
  9. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  10. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Agrobank AgroCash-i

Sebagai pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC, Agrobank AgroCash-i didatangkan dengan beberapa ciri-ciri menarik.

  • Tak bercagar dan patuh Syariah
    AgroCash-i adalah pinjaman tak bercagar yang 100% patuh Syariah dengan konsep Tawarruq. Terdapat banyak kelebihan untuk pinjaman peribadi yang menggunakan konsep Tawarruq ini.
  • Tidak perlu penjamin
    Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu memperkenalkan penjamin untuk melayakkan anda mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh pilih untuk buat pinjaman serendah RM1,000 sehingga mencecah RM200,000 bergantung kepada keperluan anda. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir akan ditentukan oleh pihak Agrobank berdasarkan kelayakan anda. Oleh itu mungkin anda akan ditawarkan jumlah pembiayaan yang lebih rendah, atau lebih tinggi dari permohonan anda.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Pilih tempoh bayaran semula dari sesingkat 12 bulan atau sehingga 10 tahun. Tempoh pembiayaan ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin buat pinjaman singkat, atau mereka yang bercadang untuk buat pinjaman dalam jangka masa yang panjang.
  • Caj kadar keuntungan tahunan yang rendah dan berpatutan
    Pinjaman dari Agrobank ini menawarkan kadar keuntungan yang rendah, iaitu dari 6.8% hingga 7.62% – antara yang terendah berbanding pinjaman peribadi Islamik lain di Malaysia. Walau bagaimanapun, caj kadar keuntungan adalah berbeza antara kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC. Rujuk bahagian syarat kelayakan di bawah.
  • Kelayakan gaji minimum yang rendah
    Jika anda kakitangan kerajaan, anda hanya perlu berpendapatan RM1,000/bulan ke atas, atau RM12,000/tahun. Bagi kakitangan GLC pula, anda perlu berpendapatan RM2,000/bulan atau RM24,000/tahun. Tiada tiada caj penamatan awal – Oleh kerana Agrobank AgroCash-i adalah pinjaman Islamik, Agrobank tidak mengenakan caj penamatan awal (early termination fee).
  • Rebat untuk penamatan awal
    Sebagai pinjaman Islamik, pihak Agrobank akan memberikan anda rebat (Ibra’) sekiranya anda membuat penamatan lebih awal dari kontrak.
  • Pembayaran melalui Biro Angkasa
    Pembayaran ansuran bulanan akan ditolak daripada gaji anda menerusi Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

Kelebihan-kelebihan ini membuatkan pinjaman peribadi Agrobank AgroCash-i adalah antara pinjaman peribadi yang sering dimohon oleh mereka yang berkhidmat di sektor awam.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu anda teliti sebelum memohon pinjaman peribadi Agrobank AgroCash-i. Fahamkan betul-betul syarat-syarat ini kerana syarat adalah berbeza antara kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC.

Syarat umum

  • Tidak di senarai hitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).

Syarat untuk kakitangan kerajaan

  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan RM1,000 ke atas atau pendapatan tahunan RM12,000 ke atas.
  • Berkhidmat lebih dari 3 tahun perkhidmatan.
  • Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa adalah kurang dari 60% pendapatan bersih bulanan.
  • Layak memohon sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan antara 6.80% p.a hingga 7.62% p.a.

Syarat untuk kakitangan GLC

  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Pendapatan bulanan RM2,000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24,000 ke atas.
  • Berkhidmat lebih dari 3 tahun perkhidmatan.
  • Potongan Biro Perkhidmatan Angkasa adalah kurang dari 50% pendapatan bersih bulanan.
  • Layak memohon sehingga 10 kali ganda gaji kasar, atau had maksimum RM100,000 dengan kadar keuntungan dari Kadar Asas (KAS) + (3.82% p.a hingga 4.27% p.a).

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Agrobank AgroCash-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memohon pinjaman peribadi Agrobank AgroCash-i.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini (sama seperti pada slip gaji yang disertakan).
  4. Surat pengesahan kerja dari majikan.

Jadual Bayaran Bulanan Agrobank AgroCash-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Agrobank AgroCash-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Agrobank AgroCash-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Agrobank mengenakan beberapa caj untuk pinjaman peribadi AgroCash-i mereka. Berikut ialah caj-caj yang dikenakan oleh pihak Agrobank untuk AgroCash-i.

  1. Caj duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  2. Caj proses sebanyak RM30.00 hingga RM50.00 (bayaran broker) – akan ditolak dari jumlah pinjaman.
  3. Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakkan sekiranya anda lewat membuat pembayaran.
  4. Tiada caj penamatan awal (early termination fee).
  5. Caj Insurans Takaful sebagai pilihan sekiranya anda berdaftar dengan Skim Takaful Kredit melalui panel Takaful Agrobank, atau skim Takaful pilihan anda.

Cara Mohon Agrobank AgroCash-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh Agrobank AgroCash-i secara dalam talian atau offline.

Mohon dalam talian

  1. Kunjungi laman Permohonan Dalam Talian di laman web Agrobank.
  2. Isi maklumat peribadi yang diperlukan.
  3. Pilih “Pembiayaan Peribadi Agrocash-i” pada bahagian produk.
  4. Hantar permohonan dan tunggu maklum balas daripada Agrobank.

Mohon secara offline

Kunjungi mana-mana cawangan terdekat Agrobank  bersama dokumen seperti yang telah dinyatakan pada bahagian “Dokumen yang perlu disediakan” di atas. Lihat senarai cawangan Agrobank.

 

Cara Semak Status Permohonan Agrobank AgroCash-i

Agrobank akan mengambil masa sehingga 5 hari bekerja untuk memproses status permohonan anda. Sekiranya anda ingin menyemak status permohonan Agrocash-i anda, ikuti langkah berikut.

  1. Hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476.
  2. Berikan butiran pemohon seperti nombor rujukan atau maklumat peribadi yang diperlukan.
  3. Ikuti arahan yang diberikan oleh wakil khidmat pelanggan untuk mendapatkan status permohonan anda.

Review Agrobank AgroCash-i

Agrobank AgroCash-i memberikan pelbagai ciri menarik yang menonjolkan pinjaman ini berbanding pinjaman peribadi untuk sektor swasta yang lainnya. Malah, pinjaman ini boleh dikatakan adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang seimbang dari pelbagai aspek. Dengan jumlah pembiayaan yang fleksibel, tempoh pinjaman yang panjang, dan syarat kelayakan yang minima – AgroCash-i adalah pelan pinjaman peribadi yang sangat sesuai untuk kakitangan kerajaan. Walau bagaimanapun, syarat yang dikenakan untuk kakitangan GLC sedikit ketat dan kadar keuntungan yang dikenakan juga sedikit tinggi. Tetapi, syarat tersebut masih boleh dianggap ringan berbanding pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan yang lain. Begitu juga caj kadar keuntungan tahunan – masih boleh dianggap sebagai berpatutan. Dalam erti kata lain, sekiranya anda adalah kakitangan awam dan ingin buat pinjaman peribadi yang tidak membebankan, ini adalah antara pinjaman yang perlu anda letakkan dalam senarai mohon anda.

thumbs-up
Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan yang sangat fleksibel.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
  • Kadar keuntungan yang rendah.
  • Syarat kelayakan yang sangat minimum untuk kakitangan kerajaan.
thumbs-down
Kekurangan
  • Syarat yang agak ketat bagi kakitangan GLC.
  • Perlu surat pengesahan oleh majikan.
Rating
4.2/5

Soalan Lazim Agrobank AgroCash-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Agrobank AgroCash-i
Apakah Agrobank AgroCash-i?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad).

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan dengan had umur dari 18 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Agrobank AgroCash-i?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM1000 hingga RM200000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad) setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad) berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon Agrobank AgroCash-i di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 5 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad). Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad) untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad) untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Agrobank AgroCash-i.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Agrobank AgroCash-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad).

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad), sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Agrobank AgroCash-i. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Agrobank AgroCash-i.

Ada soalan tentang Agrobank AgroCash-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

158 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right