Akan dibuka dalam tab baharu

Emicro Personal Loan

Emicro Personal Loan Pembiayaan Peribadi
Pinjaman daripada Emicro Services Sdn Bhd
share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM500 - RM10000
Kadar Faedah
18% p.a - 18% p.a
Tempoh Pinjaman
1 - 24 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
6 jam waktu bekerja

Emicro Personal Loan adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Emicro Services Sdn. Bhd. Emicro Services adalah syarikat Kredit Komuniti/Pemberi Pinjam Wang Berlesen (PPW) yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pelan pinjaman peribadi Emicro ini adalah pelan pinjaman habis bulan, atau lebih dikenali sebagai payday loan. Jenis pinjaman ini adalah pinjaman jangka masa pendek sesuai untuk mereka yang inginkan wang tunai dalam jumlah yang sedikit dengan segera dan mampu membayar semula dalam tempoh yang singkat. Pinjaman ini juga adalah pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar.

Emicro personal loan menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM500 sehingga RM10,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 24 bulan. Caj kadar faedah yang dikenakan adalah kadar faedah tetap sebanyak 18% p.a.

Pelan ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan kakitangan swasta. Anda cuma perlu berpendapatan RM1,500 ke atas dan berumur antara 21 hingga 50 tahun.

Baca lebih lanjut untuk mengetahui apakah ciri-ciri menarik pinjaman Emicro ini, syarat kelayakan lengkap yang perlu anda patuhi untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, jumlah bayaran semula, caj yang dikenakan dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online sepenuhnya tanpa perlu menghubungi pihak Emicro Services.

Kelebihan Emicro Personal Loan

Sebagai pelan pinjaman habis bulan, pelan pinjaman Emicro personal loan menawarkan beberapa kelebihan berbanding pelan pembiayaan peribadi dari institusi kewangan yang lain. Berikut adalah ciri-ciri lengkap pinjaman ini.

  • Pinjaman peribadi tidak bercagar
    Pembiayaan peribadi Emicro adalah pinjaman peribadi konvensional tak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu sediakan sebarang cagaran, atau kemukakan penjamin untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini.
  • Keputusan lulus dalam tempoh 6 jam
    Anda hanya perlu menunggu selama 6 jam dari tempoh anda menghantar semua dokumen untuk mengetahui keputusan permohonan anda. Jika anda mohon di luar waktu bekerja (8 a.m – 5 p.m), keputusan permohonan anda akan diketahui pada keesokan harinya. Pihak Emicro Services juga mencadangkan anda mempunyai akaun bank CIMB untuk memudahkan urusan disbursement pinjaman.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel
    Pinjaman ini menawarkan jumlah pinjaman yang fleksibel. Mohon dari serendah RM500 hingga RM10,000 – sangat sesuai jika anda ingin guna wang tunai segera untuk kecemasan atau urusan penting.
  • Tempoh pembiayaan yang memudahkan
    Pilih tempoh bayaran semula dari 1 bulan hingga 24 bulan untuk bayar semula pinjaman anda. Tempoh pembiayaan ini memudahkan peminjam buat bayaran ansuran kerana tempoh minimum 4 bulan adalah tempoh yang cukup lama untuk menjelaskan pinjaman payday.
  • Syarat kelayakan gaji yang rendah
    Anda hanya perlu berpendapatan gaji kasar RM1,500 untuk jumlah pinjaman RM500 – RM1,000 dan berpendapatan gaji kasar RM2,000 untuk pinjaman berjumlah RM2,000 – RM3,000.
  • Keperluan dokumen yang ringkas
    Tidak seperti permohonan pinjaman peribadi yang lain, anda hanya perlu menyediakan beberapa dokumen sahaja untuk mohon pinjaman ini. Tidak perlu minta pengesahan majikan dan sebagainya.
  • Saluran bayaran semula yang pelbagai
    Bayar semula pinjaman anda menerusi pelbagai saluran seperti transaksi perbankan internet (online banking), pemindahan melalui mesin ATM/CDM, JomPAY atau melalui aplikasi Emicro.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berminat nak mohon Emicro personal loan? Baca dahulu syarat kelayakan lengkap yang perlu anda patuhi di bawah. Pastikan anda mencukupi syarat-syarat ini untuk memudahkan urusan permohonan anda.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 21 hingga 50 tahun (pada tarikh bayaran akhir pinjaman).
  • Bekerja lebih daripada 6 bulan.
  • Bekerja selain daripada:-
    – Polis, Bomba, Tentera, Pegawai Penjara, Pengawal Keselamatan.
    – Tukang masak.
    – Operator kilang/penyelia stor.
    – Promoter jualan.
    – Pemandu (Grab/Lori).
    – Penerima komisen.
  • Berpendapatan:-
    – Gaji kasar RM1,500 ke atas untuk pinjaman RM500 hingga RM1,000 selama 1 hingga 3 bulan.
    – Gaji kasar RM2,000 ke atas untuk pinjaman RM1,001 hingga RM3,000 selama 1 hingga 6 bulan.
    – Gaji kasar RM3,000 ke atas untuk pinjaman RM3,001 hingga RM5,000 selama 1 hingga 12 bulan.
    – Gaji kasar RM4,000 ke atas untuk pinjaman RM5,001 hingga RM10,000 selama 1 hingga 24 bulan.
  • Pendapatan bersih adalah melebihi daripada jumlah bayaran bulanan pinjaman.
  • Mempunyai akaun simpanan/semasa di bank atas nama sendiri.
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklisted) oleh mana-mana institusi kewangan di Malaysia (Bank/Koperasi/Pemberi Pinjaman Wang).
  • Jika berumur lebih daripada 30 tahun, perlu ada rekod pinjaman di CCRIS.
  • Tiada tunggakan lebih daripada 3 bulan di CCRIS.
  • Tiada akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA) CCRIS.
  • Bukan di bawah selaan AKPK.
  • Tidak wajib – mempunyai akaun bank CIMB untuk pindahan wang segera.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Emicro Personal Loan, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas dan ingin teruskan permohonan, sila sediakan dokumen-dokumen berikut. Pastikan dokumen jelas dan lengkap sebelum anda mohon untuk memastikan permohonan anda diluluskan dengan kadar segera.

  1. Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Gambar selfie anda memegang kad pengenalan (MyKad) anda*
    * Diperlukan untuk mengelak permohonan palsu.
  3. Salinan slip gaji terkini atau penyata caruman KWSP terkini.
  4. Bil utiliti terkini (Elektrik/Air/Internet dan sebagainya).

Jadual Bayaran Bulanan Emicro Personal Loan

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Emicro Personal Loan. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Emicro Personal Loan
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Pihak Emicro Services akan mengenakan beberapa caj sekiranya permohonan pinjaman peribadi Emicro anda lulus. Berikut ialah caj yang dikenakan.

  1. Caj pemprosesan (processing fee) yang merangkumi Setem Duti antara RM60 – RM400. Caj ini adalah bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus dan ditolak dari pinjaman yang lulus.
  2. Caj kadar faedah lewat bayar (late payment interest) sebanyak 8% daripada jumlah tunggakan.
  3. Caj penalti lewat bayar (late penalty fee) sebanyak RM25 apabila bayaran pinjaman atau bayaran faedah tidak dijelaskan lebih daripada 7 hari selepas tarikh akhir.

Cara Mohon Emicro Personal Loan

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Emicro personal loan dengan mengisi borang di laman web Emicro Services. Pihak Emicro kemudiannya akan menghubungi anda berhubung pertanyaan anda. Anda juga boleh muat turun aplikasi Emicro dan mohon melalui aplikasi tersebut.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Lulus dalam tempoh 6 jam.
  • Syarat kelayakan mohon yang tidak membebankan.
  • Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan.
  • Keperluan dokumen yang ringkas.
Kekurangan
  • Pinjaman maksimum hanya RM10,000.
  • Terdapat caj proses dan caj penalti lewat bayar.

Pinjaman peribadi Emicro Personal Loan adalah pelan pinjaman yang dikategorikan sebagai pinjaman habis bulan, atau payday loan. Pinjaman ini dikhususkan kepada mereka yang nak pakai wang tunai segera, dan tak nak peningkan kepala dengan urusan memohon pinjaman peribadi yang rumit. Dengan tempoh keputusan permohonan hanya dalam tempoh 6 jam, ini adalah antara pinjaman peribadi yang paling pantas. Syarat kelayakan yang diperlukan tidak membebankan. Begitu juga dengan keperluan dokumen untuk mohon pinjaman ini. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh mohon jumlah maksimum hanya sehingga RM3,000. Ini mungkin tidak menjadi masalah kerana pinjaman habis bulan selalunya tidak membenarkan jumlah pinjaman yang tinggi.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Emicro Personal Loan

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 6 jam dari tempoh permohonan (dokumen lengkap). Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Emicro Services Sdn Bhd untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Emicro Services Sdn Bhd. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Emicro Services Sdn Bhd.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Emicro Personal Loan?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

72 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right