BSN MyRinggit Insan-i KWSP

Pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP
Bank Simpanan Nasional
Pinjaman daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM3000 hingga RM50000
Tempoh Pembiayaan 12 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 4.75% p.a
Sektor Pekerjaan Tentera / Pesara / Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Ciri Menarik Bank, CTOS CCRIS, Pinjaman KWSP
Tempoh Keputusan Lulus 5 hari bekerja

Pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP adalah pelan pembiayaan daripada Bank Simpanan Nasional yang ditawarkan khas kepada pencarum KWSP. Pihak BSN melancarkan pelan pembiayaan ini sempena pengumuman Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP yang dilancarkan untuk membantu ahli KWSP meringankan beban mereka dengan mendapatkan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan. Pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik dan patuh Syariah dengan konsep Tawarruq (Murabahah Komoditi).

Pinjaman KWSP BSN ditawarkan kepada ahli KWSP yang berumur 40 hingga 50 tahun ketika mohon dan mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 di dalam akaun 2 KWSP. Ahli juga perlu mendaftar i-Akaun dengan KWSP untuk layak mohon.

Sekiranya anda layak untuk mohon Pembiayaan KWSP BSN ini, anda perlu menjalani soal-selidik Kesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i yang dilakukan melalui laman web BSN.

Jumlah permohonan yang dibenarkan ialah dari RM3,000 hingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun atau sehingga anda berumur 55 tahun semasa tempoh akhir pembiayaan, yang mana lebih awal.

Caj kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah Kadar Asas Standard (KAS) + 1.75% setahun. Anda harus maklum yang Kadar Asas Standard atau Base Lending Rate (BLR) adalah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan sentiasa berubah.

Tempoh proses permohonan yang ditetapkan pula ialah dari 5 hari bekerja bermula dari tarikh anda menghantar permohonan bersama dokumen yang lengkap.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap Pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP, termasuk syarat kelayakan mohon, dokumen yang perlu disediakan, caj yang dikenakan, dan langkah lengkap untuk mohon pinjaman KWSP BSN ini.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  8. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan BSN MyRinggit Insan-i KWSP

  • Jumlah pinjaman yang fleksibel bermula dari pinjaman minimum RM3,000 hingga pinjaman maksimum RM50,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel sehingga 10 tahun.
  • Caj kadar faedah yang berpatutan.
  • Tiada caj duti setem.
  • Tiada caj penamatan awal. Malah pihak BSN akan menawarkan rebat (Ibra’) untuk penyelesaian awal pembiayaan.
  • Kaedah bayaran balik yang fleksibel. Anda boleh pilih untuk buat bayaran ansuran bulanan melalui bayaran tunai di kaunter BSN, arahan tetap akaun BSN Giro/i, arahan tetap dari akaun bank pilihan anda, atau melalui secara manual melalui IBG, e-payment ATM, CDM, atau myBSN.
  • Tidak perlu mempunyai pendapatan tetap asalkan anda melepasi proses semakan kredit BSN.
  • Individu yang mempunyai tindakan undang-undang atau tunggakan di rekod CCRIS boleh mohon. Walau bagaimanapun perkara ini masih tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak BSN.

Syarat kelayakan untuk mohon

  • Berumur 40 hingga 50 tahun ketika mohon.
  • Ahli KWSP dengan baki simpanan minimum tidak kurang daripada RM3,000 dalam akaun 2 KWSP.
  • Berdaftar i-Akaun dengan KWSP.
  • Melalui proses Memahami dan Menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 semasa mohon.
  • Melepasi penilaian kelayakan dan semakan kredit oleh pihak BSN.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon BSN MyRinggit Insan-i KWSP, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad) depan dan belakang.
  2. Borang permohonan atas talian yang lengkap.
  3. Mengemukakan notis permohonan pengeluaran awal bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun selepas proses penerimaan surat tawaran pembiayaan.
  4. Penyata pendedahan produk Pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP.
  5. Melengkapkan soal selidik Memahami dan Menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2.
  6. Dokumen lain seperti dokumen bukti pendapatan dan dokumen sokongan mungkin perlu dikemukakan bergantung kepada kelayakan anda.

Jadual Bayaran Bulanan BSN MyRinggit Insan-i KWSP

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment BSN MyRinggit Insan-i KWSP. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran BSN MyRinggit Insan-i KWSP
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

  1. Tiada caj duti setem.
  2. Tiada caj atau fi Wakalah.
  3. Caj perlindungan Takaful. Jumlah caj ini berubah bergantung kepada faktor seperti umur, jumlah pembiayaan, dan tempoh pembiayaan. Caj maksimum ditetapkan kepada 2.75% daripada jumlah pembiayaan.
  4. Tiada caj penamatan awal dengan syarat anda mengemukakan notis bertulis kepada pihak BSN. Bergantung kepada situasi, pihak BSN akan memberikan Ibra’ (rebat) untuk penyelesaian awal pinjaman.

Cara Mohon BSN MyRinggit Insan-i KWSP

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP melalui kaedah berikut.

  1. Layari laman sesawang permohonan di alamat https://www.bsncheckin.com.my/BSNmyringgitinsan/index.aspx
  2. Ikuti proses Memahami dan Menerima Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan ikuti langkah seterusnya untuk teruskan permohonan.

Soalan Lazim BSN MyRinggit Insan-i KWSP

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan BSN MyRinggit Insan-i KWSP
Apakah pembiayaan peribadi BSN MyRinggit Insan-i KWSP?
chevron-down

Pembiayaan peribadi BSN MyRinggit Insan-i KWSP adalah sebuah produk pinjaman peribadi untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui notis pengeluaran akaun 2 KWSP.

Siapa yang boleh mohon pinjaman KWSP ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan pada maklumat di atas.

Bilakah saya boleh mohon pinjaman ini?
chevron-down

Anda boleh mohon pinjaman peribadi BSN MyRinggit Insan-i KWSP bermula dari 14 April 2023.

Bilakah tarikh tutup permohonan?
chevron-down

Tarikh tutup permohonan BSN MyRinggit Insan-i KWSP ialah pada 4 April 2024.

Berapakah jumlah pembiayaan yang saya boleh pinjam?
chevron-down

Anda boleh mohon pembiayaan dari RM3000 hingga RM50000. Walaubagaimanapun, jumlah lulus akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah menilai kelayakan anda.

Berapakah caj kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan?
chevron-down

Caj kadar faedah/keuntungan yang dikenakan untuk pembiayaan peribadi ialah Kadar Asas Standard (KAS) + 1.75% setahun. Oleh kerana KAS sentiasa berubah, kadar keuntungan juga akan berubah sepanjang tempoh pembiayaan berdasarkan kepada nilai KAS.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang dibenarkan?
chevron-down

Tempoh pembiayaan yang dibenarkan ialah sehingga 10 tahun, atau sehingga anda berumur 55 tahun pada tarikh akhir pembayaran.

Apakah caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan saya lulus?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj yang dikenakan pada maklumat di atas.

Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Boleh. Tetapi anda perlu melepasi penilaian kelayakan dan semakan kredit yang akan dilakukan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bolehkah saya mohon lebih daripada satu kali?
chevron-down

Harap maaf. Anda hanya dibenarkan untuk mohon satu kali sahaja untuk pinjaman KWSP ini.

Bolehkah saya mohon bersama pasangan?
chevron-down

Harap maaf, tidak boleh. Pelan pembiayaan ini hanya ditawarkan kepada individu.

Saya mempunyai tunggakan di rekod CCRIS, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Boleh. Walau bagaimanapun, kelulusan masih bergantung kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Adakah pinjaman BSN MyRinggit Insan-i KWSP akan direkodkan dalam CCRIS?
chevron-down

Ya. Pembiayaan ini akan direkodkan di dalam CCRIS dan CTOS.

Bagaimana nak mohon pinjaman KWSP ini?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Mohon pada maklumat di atas.

Selepas saya mohon, berapa lama perlu saya tunggu untuk tahu keputusan?
chevron-down

Pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari bekerja untuk memproses permohonan BSN MyRinggit Insan-i KWSP.

Permohonan saya telah lulus, bolehkah saya membatalkan pinjaman tersebut?
chevron-down

Harap maaf. Anda tidak boleh membatalkan pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP sekiranya pihak KWSP telah meluluskan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun.

Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya saya gagal buat bayaran bulanan?
chevron-down

Kelewatan atau kegagalan buat bayaran bulanan akan menjejaskan rekod CCRIS dan CTOS.

Bolehkah saya buat penyelesaian awal untuk pelan pinjaman KWSP ini?
chevron-down

Ya. Anda boleh buat penamatan awal atau penyelesaian awal untuk BSN MyRinggit Insan-i KWSP. Rujuk pada bahagian Caj yang dikenakan pada maklumat di atas untuk maklumat lanjut.

Saya telah mohon tetapi tidak lulus. Bolehkah saya tahu sebab permohonan saya tidak diluluskan?
chevron-down

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan permohonan anda tidak lulus, iaitu baki simpanan Akaun 2 anda kurang daripada jumlah pembiayaan yang dipohon; atau anda tidak memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi BSN MyRinggit Insan-i KWSP. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi BSN MyRinggit Insan-i KWSP.

Ada soalan tentang BSN MyRinggit Insan-i KWSP?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

24 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right