RHB Personal Loan atau RHB Personal Financing adalah pelan pinjaman peribadi konvensional daripada RHB Bank Berhad. Pinjaman ini adalah pinjaman tak bercagar – oleh itu pemohon tidak perlu menyediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini.
Produk RHB ini dahulunya dikenali sebagai RHB Easy-Pinjaman Ekspres yang telah ditamatkan, dan ditawarkan dengan ciri dan kelebihan yang sama.
Pembiayaan peribadi RHB ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor swasta, individu yang bekerja sendiri, dan penerima komisen bulanan. Pelan ini juga ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkhidmat di Singapura.
Untuk layak mohon anda cuma perlu berumur lebih daripada 21 tahun hingga 55 tahun pada akhir tarikh bayaran, dengan pendapatan bulanan (gaji kasar) tidak kurang dari RM1,500 sebulan atau RM18,000 setahun.
Sekiranya anda layak, anda boleh mohon dari serendah RM2,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum RM150,000 – satu jumlah yang tinggi untuk pinjaman konvensional tidak bercagar. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula ialah antara 1 tahun hingga tempoh maksimum 7 tahun. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan juga tidak membebankan bermula dari 8.95% p.a.
Apa yang buat RHB Personal Financing ini sangat menarik ialah tempoh keputusan permohonan adalah segera, iaitu on-the-spot approval and disbursement. Paling lewat pun anda tidak akan perlu tunggu lebih daripada 24 jam hari bekerja untuk tahu anda lulus atau tidak. Selepas lulus wang pinjaman akan dikreditkan ke akaun bank pilihan anda.
Keputusan pantas ini adalah kerana pihak RHB menggunakan sistem pengesahan Biometrik untuk menyemak kelayakan seperti pendapatan anda ketika mohon. Dokumen tambahan hanya diperlukan sekiranya permohonan pinjaman RHB anda diluluskan dengan bersyarat (conditionally approved), dan anda akan menerima SMS untuk mengemukakan dokumen di cawangan RHB terdekat.
Baca lebih lanjut tentang ciri menarik yang ditawarkan oleh RHB Personal Loan, apakah syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon pinjaman ini secara atas talian (online) tanpa perlu mengunjungi cawangan RHB berdekatan anda.