Pinjaman peribadi Pinjaman KWSP

Pinjaman KWSP atau Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah program yang dilancarkan pada April 2023 untuk membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memohon pinjaman menggunakan akaun 2 KWSP mereka. Tujuan utama program ini dilancarkan adalah untuk memberi kemudahan kepada ahli mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan dengan lebih mudah.

Pinjaman KWSP Fasiliti Sokongan Akaun 2

Program FSA2 dilancarkan di dalam dua fasa, iaitu fasa 1 dan fasa 2. Fasa 1 telah dilancarkan dan pelan pinjaman KWSP untuk fasa ini ditawarkan kepada ahli KWSP yang berumur 40 hingga 55 tahun dengan akaun simpanan 2. Fasa 2 akan dilancarkan selepas itu dan ditawarkan kepada ahli yang berusia 40 tahun ke bawah.

Dalam erti kata lain, ahli yang layak boleh membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 dan 55 tahun dalam bentuk pinjaman peribadi KWSP daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian. Pembayaran semula akan dilakukan kepada institusi kewangan apabila ahli mencapai usia 50 hingga 55 tahun.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud semua permohonan FSA2 akan diluluskan oleh pihak institusi kewangan. Pihak institusi kewangan akan melakukan penilaian kredit dan mengambil kira risiko pemohon sebelum meluluskan permohonan. Jumlah pembiayaan yang lulus juga tidak akan dipengaruhi oleh KWSP dan akan ditentukan sepenuhnya oleh institusi kewangan seperti bank. Ahli yang menerima pembiayaan tersebut masih perlu buat bayaran bulanan berdasarkan jumlah yang dipersetujui walaupun jumlah pembiayaan disandarkan kepada akaun 2.

Berikut ialah pelan pinjaman KWSP FSA2 yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

share-nodes
Kongsi

CIMB Cash Plus FSA2 KWSP

CIMB Cash Plus FSA2 KWSP
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.50% p.a

Pinjaman peribadi CIMB Cash Plus Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) merupakan pelan pinjaman KWSP daripada CIMB Bank Berhad. Pelan pinjaman yang baru dilancarkan ini disasarkan khusus kepada pencarum KWSP yang sukar mendapatkan pinjaman peribadi. Melalui pinjaman KWSP CIMB ini, pencarum boleh memohon pinjaman bercagarkan kepada akaun KWSP mereka. Tidak seperti Pinjaman KWSP BSN dan Pinjaman…

MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP

MBSB Ihsan-i Fasiliti Akaun 2 (FSA2) KWSP
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.50% p.a

Pembiayaan MBSB Ihsan-i Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP adalah pelan pinjaman khas untuk KWSP yang ditawarkan oleh MBSB Bank. Pelan pembiayaan KWSP ini ditawarkan selari dengan pelancaran FSA2 KWSP bertujuan untuk memberi pilihan kepada pencarum mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. Pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik dengan konsep Tawarruq yang terdiri daripada dua kontrak…

BSN MyRinggit Insan-i KWSP

Pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.75% p.a

Pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP adalah pelan pembiayaan daripada Bank Simpanan Nasional yang ditawarkan khas kepada pencarum KWSP. Pihak BSN melancarkan pelan pembiayaan ini sempena pengumuman Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP yang dilancarkan untuk membantu ahli KWSP meringankan beban mereka dengan mendapatkan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan. Pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik dan patuh…