Akan dibuka dalam tab baharu

UOB Personal Loan

UOB Personal Loan
share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM5000 - RM100000
Kadar Faedah
9.99% p.a - 11.99% p.a
Tempoh Pinjaman
12 - 60 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
24 hingga 48 jam hari bekerja

UOB Personal Loan adalah pelan pinjaman peribadi daripada UOB Malaysia. UOB atau United Overseas Bank (Malaysia) Bhd adalah antara institusi kewangan terbesar  yang beroperasi di Malaysia. Pinjaman peribadi UOB ini adalah pinjaman konvensional tak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Pinjaman peribadi UOB ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang bekerja di Sektor Swasta atau mereka yang bekerja sendiri, berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih dari 55 tahun ketika tarikh akhir pinjaman. Syarat kelayakan gaji pula tidak membebankan, iaitu gaji kasar tidak kurang dari RM24,000 setahun, atau RM2,000 sebulan. Pihak UOB mengenakan caj kadar faedah tahunan bermula dari 9.99% p.a untuk pinjaman ini.

Sekiranya anda layak, anda boleh mohon pinjaman dari RM5,000 hingga pinjaman maksimum RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun.

UOB tidak mengenakan sebarang caj proses untuk pinjaman ini. Hanya caj duti setem sebanyak 0.5% dikenakan, dan akan ditolak daripada pinjaman yang lulus. Anda juga akan dikenakan caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh kontrak. Caj penalti lewat bayar juga akan dikenakan sekiranya anda lewat untuk buat bayaran bulanan pinjaman ini.

Antara ciri menarik utama pinjaman peribadi UOB ini ialah tempoh lulus yang sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu tidak lebih dari 48 jam hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda.

Baca lebih lanjut tentang UOB Personal Loan untuk mengetahui apakah ciri-ciri pinjaman ini, syarat kelayakan lengkap yang diperlukan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman peribadi UOB ini secara atas-talian (online).

Kelebihan UOB Personal Loan

Sebagai pinjaman peribadi konvensional tanpa cagaran, UOB Malaysia mempunyai beberapa kelebihan yang perlu anda beri perhatian. Berikut adalah ciri-ciri menarik UOB Personal Loan.

  • Tidak perlu cagaran atau penjamin
    Oleh kerana ini adalah pinjaman tak bercagar, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau menyediakan penjamin untuk mohon.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel
    Anda boleh mohon serendah RM5,000 hingga RM100,000 untuk pinjaman ini.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    UOB menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 5 tahun untuk pinjaman peribadi UOB ini.
  • Kadar faedah yang berpatutan
    Kadar faedah yang dikenakan untuk skim pembiayaan peribadi ini ialah serendah 9.99% p.a sehingga 11.99% p.a. Kadar faedah adalah bergantung kepada pendapatan anda. Untuk maklumat lengkap sila rujuk jadual pembayaran pada bahagian Jadual Pembayaran Balik di bawah.
  • Tiada caj proses
    Tidak seperti pinjaman peribadi konvensional yang lain, UOB tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya permohonan anda diluluskan.
  • Keputusan pantas
    Anda hanya perlu menunggu antara 24 hingga 48 jam untuk mengetahui keputusan permohonan UOB Personal Loan anda.
  • Kelayakan gaji yang rendah
    Pihak UOB hanya meletakkan syarat kelayakan gaji bulanan RM2,000 untuk pemohon yang berkhidmat di sektor swasta (makan gaji). Walau bagaimanapun, kelayakan pendapatan ialah tidak kurang dari RM3,000 untuk pemohon yang bekerja sendiri.

Syarat kelayakan untuk mohon

Sekiranya anda berminat untuk mohon UOB Personal Loan, berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 55 tahun.
  • Berkhidmat/bekerja di Sektor Swasta atau bekerja sendiri.
  • Berpendapatan bulanan RM2,000 (gaji kasar) atau tahunan RM24,000 (gaji kasar) bagi mereka yang bekerja makan gaji.
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 (gaji kasar) atau tahunan RM36,000 (gaji kasar) bagi mereka yang bekerja sendiri.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia atau AEON Credit.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon UOB Personal Loan, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan sekiranya anda menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh UOB Malaysia dan ingin mohon UOB Personal Loan.

Bekerja Makan Gaji

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
  3. Salah satu daripada dokumen berikut: – Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini. – Salinan Penyata KWSP (EPF) 12 bulan terkini. – Borang BE dengan salinan resit bayaran cukai.

Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Borang BE dengan salinan resit bayaran cukai.
  3. Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini.
  4. Borang 9, 24 & 49 atau Salinan pendaftaran syarikat.

Jadual Bayaran Bulanan UOB Personal Loan

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment UOB Personal Loan. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran UOB Personal Loan
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj atau fi yang akan dikenakan sekiranya permohonan pinjaman peribadi UOB anda telah diluluskan.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.

Caj-caj lain pula untuk UOB Personal Loan adalah seperti berikut.

  1. Caj penamatan awal sebanyak RM300 atau 3% daripada baki pinjaman (yang mana yang lebih tinggi).
  2. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan.

Cara Mohon UOB Personal Loan

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman peribadi UOB ini dengan mengunjungi mana-mana cawangan UOB Malaysia berhampiran anda.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Keputusan pantas.
  • Kelayakan gaji minimum yang tidak membebankan.
  • Keperluan dokumen untuk mohon yang ringkas.
Kekurangan
  • Had pembiayaan maksimum hanya RM100,000.
  • Kadar faedah yang agak tinggi.

UOB Personal Loan adalah pinjaman peribadi konvensional tanpa cagaran daripada UOB Malaysia. Sekali pandang, pelan pinjaman peribadi ini tidak ada bezanya dengan skim pembiayaan peribadi konvensional yang ditawarkan oleh Bank lain di negara kita. Tambahan pula jumlah pinjaman maksimum yang ditawarkan hanya RM100,000 dan kadar faedah pula agak tinggi jika dibandingkan dengan pinjaman peribadi yang lain. Walau bagaimanapun, had gaji minimum yang diperlukan untuk mohon pinjaman ini hanya RM2,000 sebulan – buat pinjaman ini mampu dimohon oleh kebanyakan individu. Dokumen yang diperlukan untuk mohon juga sangat ringkas dan tidak membebankan. Begitu juga dengan ciri keputusan pantas yang ditawarkan oleh pinjaman ini. Oleh itu, jika anda ingin mohon dalam jumlah yang tidak terlalu tinggi dalam tempoh yang singkat, dan inginkan wang segera – pinjaman peribadi daripada UOB ini sangat sesuai untuk anda mohon.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan UOB Personal Loan

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang UOB Personal Loan?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

22 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right