Akan dibuka dalam tab baharu

Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM2500 - RM250000
Kadar Keuntungan
6.99% p.a - 9.99% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
2 hari bekerja

Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i adalah sebuah pelan pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang ditawarkan oleh Yayasan Ihsan Rakyat. Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) adalah syarikat berdaftar di Malaysia dan beroperasi sejak tahun 2012. Syarikat YIR telah bekerjasama dengan pihak RCE Marketing yang bernaung di bawah RCE Capital, iaitu anak syarikat Amcorp Group untuk menguruskan dana pinjaman peribadi ini.

Oleh itu, skim pembiayaan peribadi ini juga dikenali sebagai pinjaman peribadi RCE Yayasan Ihsan Rakyat.

Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, anda tidak perlu sediakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon. Pinjaman ini juga adalah pinjaman Islamik yang patuh Syariah. YIR menawarkan pelan Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC.

Walau bagaimanapun, tidak semua yang berkhidmat di sektor awam layak mohon. Permohonan hanya dibuka kepada kakitangan kerajaan persekutuan (AG), anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM), dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sekiranya anda cukup syarat kelayakan, anda boleh mohon dari RM2,500 sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula adalah kadar tetap (flat rate) antara 6.99% p.a hingga 9.99% p.a

Selain ciri-ciri pinjaman yang menarik, pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat ini juga ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS, atau mereka yang mempunyai rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS mereka. Begitu juga jika anda mempunyai komitmen luar yang tinggi, anda boleh cuba mohon pinjaman ini. Pinjaman ini juga ditawarkan kepada mereka yang sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit di bawah AKPK.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri lengkap dan kelebihan yang ditawarkan oleh pelan pembiayaan peribadi ini, syarat kelayakan tambahan, dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon, caj yang dikenakan dan bagaimana anda boleh mohon secara online tanpa perlu mengunjungi cawangan Yayasan Ihsan Rakyat.

Kelebihan Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

Pinjaman peribadi RCE Yayasan Ihsan Rakyat menawarkan beberapa ciri-ciri menarik untuk kakitangan kerajaan. Berikut ialah kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi ini.

  • 100% patuh syariah. Pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh YIR ini adalah patuh Syariah dengan mengamalkan konsep Komoditi Murabahah dengan penyusunan Tawarruq.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel. Pelan pembiayaan ini menawarkan jumlah pinjaman yang fleksibel iaitu dari serendah RM3,000 hingga RM250,000. Untuk penduduk Sabah/Sarawak – pembiayaan minimum yang dibenarkan ialah RM2,500.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel. Anda boleh mohon pinjaman ini dan bayar semula dari sesingkat 12 bulan (1 tahun) hingga 120 bulan (10 tahun).
  • Kadar keuntungan tetap yang berpatutan. Nilai kadar keuntungan (profit rate) yang ditawarkan oleh Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i adalah sangat berpatutan iaitu antara 6.99% p.a hingga 9.99% p.a – bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus dan tempoh pembiayaan yang dipersetujui atau skor dan rekod kredit anda (yang mana yang berkaitan).
  • Syarat kelayakan gaji yang rendah. Anda hanya perlu berpendapatan gaji kasar bulanan RM1,500 ke atas untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini.
  • Syarat kelayakan umur yang rendah. Kebanyakan skim pembiayaan peribadi di Malaysia memerlukan anda berumur 21 tahun ke atas untuk melayakkan anda mohon, tetapi pinjaman RCE Yayasan Ihsan Rakyat hanya memerlukan anda berumur dari 20 tahun hingga 50 tahun untuk layak mohon.
  • Tempoh lulus yang pantas. Anda hanya perlu tunggu selama 2 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan pinjaman anda. Jika permohonan anda lulus, YIR akan memaklumkan kepada anda melalui E-Mail setelah duit pinjaman dipindahkan ke akaun bank pilihan anda.
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji. Kaedah bayaran ansuran semula dilakukan melalui potongan gaji bulanan. Walau bagaimanapun jika anda tidak dapat melalukan pemotongan gaji, anda boleh buat bayaran secara direct debit atau standing instruction (arahan tetap) ke akaun pinjaman anda.
  • Tiada caj proses. YIR tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya pinjaman anda lulus. Jadi tidak perlu risau tentang bayaran upfront atau deposit.
  • CCRIS/CTOS boleh mohon. Anda boleh cuba mohon pinjaman ini walaupun anda ada tunggakan di CCRIS atau telah disenaraihitamkan (blacklisted) di laporan CTOS.
  • Peserta Program Pengurusan Kredit AKPK boleh mohon. Sekiranya anda di bawah program PPK daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, anda masih boleh cuba memohon pinjaman peribadi ini.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang perlu anda penuhi sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman ini. Pastikan anda mencukupi syarat-syarat ini sebelum anda mohon.

  1. Berumur 20 hingga 50 tahun. * Untuk anggota PDRM had umur maksimum ialah 55 tahun.
  2. Bekerja sebagai: – Kakitangan Kerajaan Persekutuan (AG) – Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) – Kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  3. Berjawatan tetap.
  4. Berkhidmat lebih dari 6 bulan.
  5. Berpendapatan gaji kasar bulanan RM1,500 ke atas, atau tahunan RM18,000 ke atas.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk mohon pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i.

  1. Salinan kad pengenalan (MyKad)/Kad Kuasa PDRM yang disahkan.
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini yang disahkan.
  3. Salinan penyata akaun bank (akaun gaji) terkini.
  4. Surat pengesahan majikan.
  5. Penyata penyelesaian (jika perlu).

Jadual Bayaran Bulanan Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah senarai caj yang dikenakan oleh pihak Yayasan Ihsan Rakyat sekiranya permohonan pinjaman anda lulus.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj setem duti sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus – ditolak daripada pinjaman.
  3. Caj penamatan awal sebanyak RM60.
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan.

Walaupun ini adalah pinjaman Islamik, YIR tidak mewajibkan anda mengambil sebarang perlindungan Takaful untuk pinjaman ini.

Cara Mohon Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i memuatturun borang permohonan dalam bentuk PDF yang disediakan di laman web Yayasan Ihsan Rakyat.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel.
  • Had umur yang rendah.
  • Kelayakan gaji yang rendah.
  • Kadar keuntungan yang berpatutan.
Kekurangan
  • Tidak ditawarkan kepada semua kakitangan kerajaan.
  • Ada caj penamatan awal.
  • Salinan dokumen perlu disahkan.

Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i atau juga dikenali sebagai pinjaman peribadi RCE Yayasan Ihsan Rakyat adalah pelan pinjaman peribadi Islamik yang ditawarkan khusus kepada kakitangan kerajaan. Jumlah pembiayaan dan tempoh pembiayaan yang ditawarkan adalah fleksibel, dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin buat pinjaman dengan tempoh bayaran semula yang panjang. Syarat kelayakan yang dikenakan juga tidak membebankan di mana pinjaman ini dibuka kepada mereka yang berumur semuda 20 tahun. Pinjaman ini juga ditawarkan kepada anggota PDRM – tak banyak pelan pinjaman peribadi tak bercagar yang boleh dimohon oleh anggota Polis. Walau bagaimanapun, tidak semua kakitangan kerajaan boleh mohon – ini adalah antara kekurangan utama pinjaman ini.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Direct Lending Sdn. Bhd. untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Direct Lending Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Ya, pelan ini ditawarkan kepada mereka yang dibawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Walau bagaimanapun keputusan permohonan masih bergantung kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), Direct Lending Sdn. Bhd..

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Yayasan Ihsan Rakyat Pembiayaan Peribadi-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

97 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right