CIMB Cash Plus FSA2 KWSP

CIMB Cash Plus FSA2 KWSP
CIMB Bank logo
Pinjaman daripada CIMB Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman RM3000 hingga RM50000
Tempoh Pinjaman 12 hingga 120 Bulan
Kadar Faedah Tahunan 4.50% p.a
Sektor Pekerjaan Tentera / Pesara / Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Ciri Menarik Bank, CTOS CCRIS, Pinjaman KWSP
Tempoh Keputusan Lulus 5 hari bekerja

Pinjaman peribadi CIMB Cash Plus Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) merupakan pelan pinjaman KWSP daripada CIMB Bank Berhad. Pelan pinjaman yang baru dilancarkan ini disasarkan khusus kepada pencarum KWSP yang sukar mendapatkan pinjaman peribadi. Melalui pinjaman KWSP CIMB ini, pencarum boleh memohon pinjaman bercagarkan kepada akaun KWSP mereka.

Tidak seperti Pinjaman KWSP BSN dan Pinjaman KWSP MBSB yang berlandaskan pembiayaan Islamik, pinjaman CIMB Cash Plus FSA2 ini adalah berkonsepkan pinjaman konvensional. Sebagai pinjaman konvensional, kadar faedah yang ditawarkan adalah serendah 4.5% setahun (p.a). Ini adalah kadar faedah efektif, di mana kadar faedah tetap ialah 2.4% setahun.

Pinjaman KWSP CIMB Cash Plus ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur 40 hingga 54 tahun yang mencarum KWSP dengan baki minimum simpanan di dalam akaun 2 tidak kurang daripada RM3,000. Mereka yang bekerja sendiri pula perlu menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Mereka yang layak boleh pilih untuk mohon antara RM3,000 hingga jumlah pinjaman maksimum RM50,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun (120 bulan). Fleksibiliti jumlah dan tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh CIMB Cash Plus FSA2 ini memudahkan anda untuk merancang kewangan pada masa depan.

Seperti pinjaman peribadi KWSP yang lain, pinjaman KWSP CIMB ini tidak mengenakan sebarang caj atau fi. Tiada caj duti setem, tiada caj proses, dan tiada caj penyelesaian awal sekiranya anda memilih untuk membayar keseluruhan baki pinjaman sebelum tempoh matang.

Dokumen yang diperlukan untuk mohon juga sangat ringkas. Anda boleh rujuk tentang perkara ini di bahagian dokumen di bawah.

Selain itu, pihak CIMB juga menawarkan pelan perlindungan insurans Cash Plus Assurance (CPA) bersama pinjaman ini. Pelan perlindungan ini akan menyelesaikan baki pinjaman sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD). Anda tidak perlu risau tentang kos kerana  premium CPA akan ditolah terus daripada jumlah pinjaman yang lulus, dan dikira berdasarkan faktor seperti umur, jumlah dan tempoh pembiayaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan, dan kelebihan yang lebih terperinci, sila rujuk bahagian di bawah.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  8. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan CIMB Cash Plus FSA2 KWSP

• Jumlah pinjaman yang fleksibel bermula dari pinjaman minimum RM3,000 hingga pinjaman maksimum RM50,000.
• Tempoh pembiayaan yang fleksibel sehingga 10 tahun.
• Caj kadar faedah yang berpatutan.
• Tiada caj duti setem atau fi tersembunyi.
• Tiada caj penamatan awal.
• Kaedah bayaran balik yang fleksibel. Anda boleh pilih untuk buat bayaran ansuran bulanan melalui bayaran tunai di kaunter CIMB Bank, mesin ATM atau CDM, atau secara dalam talian melalui CIMB Clicks. Anda juga boleh menggunakan fungsi Arahan Tetap daripada akaun simpanan CIMB anda.
• Tidak perlu mempunyai pendapatan tetap.
• Individu yang mempunyai tindakan undang-undang atau tunggakan di rekod CCRIS boleh mohon. Walau bagaimanapun perkara ini masih tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak CIMB Bank.

Syarat kelayakan untuk mohon

• Berumur 40 hingga 54 tahun ketika mohon.
• Ahli KWSP dengan baki simpanan minimum tidak kurang daripada RM3,000 dalam akaun 2 KWSP.
• Berdaftar i-Akaun dengan KWSP.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon CIMB Cash Plus FSA2 KWSP, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Bekerja makan gaji

  1. Slip gaji 1 bulan terkini ATAU penyata KWSP 6 bulan terkini (Syarikat multinasional / Syarikat GLC).
  2. Slip gaji 3 bulan terkini, penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini ATAU penyata KWSP 6 bulan terkini (Syarikat lain).

Bekerja sendiri

  1. Dokumen pendaftaran syarikat.
  2. Penyata akaun bank semasa syarikat 6 bulan terkini.

Atau

  1. Borang B/BE terkini berserta resit bayaran cukai LHDNM.

Atau

  1. E-Borang B/BE terkini berserta resit perakaunan e-pemfailan.

Pendapatan tidak tetap

  1. Bukti pendapatan (slip gaji / baucar gaji / penyata komisen) 3 bulan terkini ATAU penyata KWSP 6 bulan terkini.

Jadual Bayaran Bulanan CIMB Cash Plus FSA2 KWSP

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment CIMB Cash Plus FSA2 KWSP. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran CIMB Cash Plus FSA2 KWSP
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Tiada sebarang caj dikenakan untuk pinjaman peribadi CIMB Cash Plus FSA2 KWSP.

Cara Mohon CIMB Cash Plus FSA2 KWSP

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Pinjaman CIMB Cash Plus Fasiliti Sokongan Akaun 2 secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi CIMB di alamat https://www.cimb.com.my/bm/personal/day-to-day-banking/financing/personal-financing/cash-plus-personal-loan-fsa2.html

Soalan Lazim CIMB Cash Plus FSA2 KWSP

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan CIMB Cash Plus FSA2 KWSP
Apakah pembiayaan peribadi CIMB Cash Plus FSA2 KWSP?
chevron-down

Pembiayaan peribadi CIMB Cash Plus FSA2 KWSP adalah sebuah produk pinjaman peribadi untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui notis pengeluaran akaun 2 KWSP.

Siapa yang boleh mohon pinjaman KWSP ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan pada maklumat di atas.

Bilakah saya boleh mohon pinjaman ini?
chevron-down

Anda boleh mohon pinjaman peribadi CIMB Cash Plus FSA2 KWSP bermula dari 14 April 2023.

Bilakah tarikh tutup permohonan?
chevron-down

Tarikh tutup permohonan CIMB Cash Plus FSA2 KWSP ialah pada 4 April 2024.

Berapakah jumlah pembiayaan yang saya boleh pinjam?
chevron-down

Anda boleh mohon pembiayaan dari RM3000 hingga RM50000. Walaubagaimanapun, jumlah lulus akhir akan ditentukan oleh pihak CIMB Bank Berhad setelah menilai kelayakan anda.

Berapakah caj kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan?
chevron-down

Caj kadar faedah/keuntungan yang dikenakan untuk pembiayaan peribadi ialah Kadar Asas Standard (KAS) + 1.75% setahun. Oleh kerana KAS sentiasa berubah, kadar keuntungan juga akan berubah sepanjang tempoh pembiayaan berdasarkan kepada nilai KAS.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang dibenarkan?
chevron-down

Tempoh pembiayaan yang dibenarkan ialah sehingga 10 tahun, atau sehingga anda berumur 55 tahun pada tarikh akhir pembayaran.

Apakah caj dan fi yang dikenakan sekiranya permohonan saya lulus?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj yang dikenakan pada maklumat di atas.

Saya tidak mempunyai pendapatan tetap, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Boleh. Tetapi anda perlu melepasi penilaian kelayakan dan semakan kredit yang akan dilakukan oleh pihak CIMB Bank Berhad.

Bolehkah saya mohon lebih daripada satu kali?
chevron-down

Harap maaf. Anda hanya dibenarkan untuk mohon satu kali sahaja untuk pinjaman KWSP ini.

Bolehkah saya mohon bersama pasangan?
chevron-down

Harap maaf, tidak boleh. Pelan pembiayaan ini hanya ditawarkan kepada individu.

Saya mempunyai tunggakan di rekod CCRIS, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Boleh. Walau bagaimanapun, kelulusan masih bergantung kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak CIMB Bank Berhad.

Adakah pinjaman CIMB Cash Plus FSA2 KWSP akan direkodkan dalam CCRIS?
chevron-down

Ya. Pembiayaan ini akan direkodkan di dalam CCRIS dan CTOS.

Bagaimana nak mohon pinjaman KWSP ini?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Mohon pada maklumat di atas.

Selepas saya mohon, berapa lama perlu saya tunggu untuk tahu keputusan?
chevron-down

Pihak CIMB Bank Berhad akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari bekerja untuk memproses permohonan CIMB Cash Plus FSA2 KWSP.

Permohonan saya telah lulus, bolehkah saya membatalkan pinjaman tersebut?
chevron-down

Harap maaf. Anda tidak boleh membatalkan pembiayaan CIMB Cash Plus FSA2 KWSP sekiranya pihak KWSP telah meluluskan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun.

Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya saya gagal buat bayaran bulanan?
chevron-down

Kelewatan atau kegagalan buat bayaran bulanan akan menjejaskan rekod CCRIS dan CTOS.

Bolehkah saya buat penyelesaian awal untuk pelan pinjaman KWSP ini?
chevron-down

Ya. Anda boleh buat penamatan awal atau penyelesaian awal untuk CIMB Cash Plus FSA2 KWSP. Rujuk pada bahagian Caj yang dikenakan pada maklumat di atas untuk maklumat lanjut.

Saya telah mohon tetapi tidak lulus. Bolehkah saya tahu sebab permohonan saya tidak diluluskan?
chevron-down

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan permohonan anda tidak lulus, iaitu baki simpanan Akaun 2 anda kurang daripada jumlah pembiayaan yang dipohon; atau anda tidak memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak CIMB Bank Berhad.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi CIMB Cash Plus FSA2 KWSP. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi CIMB Cash Plus FSA2 KWSP.

Ada soalan tentang CIMB Cash Plus FSA2 KWSP?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right