Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional

Bank Islam Pembiayaan Peribadi Profesional
Pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM10000 - RM300000
Kadar Keuntungan
4.42% p.a - 4.63% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM3500
Tempoh Lulus
1 hingga 7 hari bekerja

Bank Islam Pembiayaan Peribadi Profesional adalah pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam Berhad. Pelan pembiayaan ini adalah pinjaman tidak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu memperkenalkan penjamin atau menyediakan cagaran untuk mohon. Pelan ini juga adalah pembiayaan Islamik patuh Syariah sepenuhnya. Pelan ini juga dikenali sebagai Bank Islam Personal Financing for Professional Program.

Skim pembiayaan peribadi Bank Islam ini ditawarkan khusus kepada golongan profesional di Malaysia. Untuk layak mohon, anda perlu berstatus warganegara Malaysia dan menjawat jawatan sebagai Doktor, Doktor Gigi, Akauntan, Jurutera, Juruterbang, Pensyarah, Arkitek, Pegawai Keselamatan (Safety and Health Officer), Ahli Farmasi, Doktor Haiwan, Optometris, Juruoptik, atau Juruukur Bahan.

Sekiranya anda menjawat salah satu jawatan di atas, anda perlu berumur tidak kurang dari 25 tahun dengan tempoh akhir pembiayaan tidak lebih daripada umur bersara, iaitu 60 tahun. Kelayakan pendapatan yang diperlukan pula ialah pendapatan tetap dengan gaji kasar lebih dari RM3,500 sebulan atau RM42,000 setahun.

Pihak Bank Islam membenarkan permohonan pembiayaan dari serendah RM10,000 hingga pembiayaan maksimum RM300,000. Tempoh pembiayaan pula ialah dari 1 hingga 10 tahun dengan perkongsian kadar keuntungan tahunan bermula dari serendah 4.52% p.a.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj dan fi yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon pelan pembiayaan ini secara atas-talian (online).

Kelebihan Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional

Pelan pembiayaan peribadi Bank Islam ini menawarkan beberapa ciri menarik yang ditawarkan kepada golongan profesional.

  • Pinjaman Islamik 100% patuh Syariah
    Pelan pembiayaan ini adalah pelan pinjaman Islamik yang patuh Syariah dengan berlandaskan konsep Tawarruq.
  • Tidak bercagar
    Sebagai pelan pembiayaan tidak bercagar, anda tidak perlu menyediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi
    Pembiayaan peribadi profesional ini menawarkan jumlah yang fleksibel iaitu serendah RM10,000 hingga RM300,000 – satu jumlah yang tinggi.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
    Anda boleh pilih tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun atau 120 bulan.
  • Caj kadar keuntungan yang rendah
    Dengan caj kadar keuntungan bermula dari serendah 4.52% p.a, ini adalah antara caj kadar keuntungan yang rendah di antara pelan pembiayaan peribadi Islamik.
  • Saluran bayaran balik yang fleksibel
    Anda boleh pilih untuk buat bayaran bulanan melalui potongan gaji, arahan tetap (standing instruction), atau auto-debit ke akaun pinjaman bank Islam.
  • Rebat penamatan awal
    Bank Islam akan memberikan rebat atau Ibra’ sekiranya anda ingin membayar semua baki pembiayaan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut ialah syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Bank Islam Personal Financing-i Professional.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 25 hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat/bertugas sebagai salah satu jawatan berikut:-
    – Doktor Perubatan
    – Doktor Gigi
    – Akauntan
    – Jurutera
    – Juruterbang
    – Pensyarah (Hanya untuk pensyarah daripada 20 IPTA dan 20 IPTS yang disenaraikan oleh Bank Islam. Senarai terkini perlu rujuk terus dengan pihak Bank Islam kerana senarai ini sentiasa berubah)
    – Arkitek
    – Pegawai Keselamatan (Safety and Health Officer)
    – Ahli Farmasi
    – Doktor Haiwan
    – Optometris
    – Juruoptik
    – Juruukur Bahan.
  • Berjawatan tetap.
  • Berpendapatan tetap dengan pendapatan bulanan gaji kasar tidak kurang dari RM3,500 atau tahunan RM42,000.
  • Tiada senarai hitam di laporan CTOS.
  • Tiada tunggakan di rekod CCRIS.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda layak untuk mohon pelan pembiayaan Bank Islam ini, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut.

Dokumen asas

  1. Salinan kad pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata akaun bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Surat pengesahan majikan terkini.
  5. Salinan penyata KWSP (EPF) atau Cukai pendapatan terkini.

Dokumen tambahan berdasarkan jawatan

  • Doktor
    – Sijil pendaftaran MMC/MMA atau;
    – Untuk LOCUM, baucar/surat bayaran dari klinik atau hospital.
  • Doktor Gigi
    – Sijil pendafataran MDC.
  • Akauntan
    – Ijazah dalam Akauntan.
    – Sijil profesional daripada MICPA/ACCA/CIMA/CFA.
  • Juruterbang
    – Lesen Juruterbang Komersial (CPL) atau Airline Transport Pilot License (ATPL).
  • Pensyarah
    – Ijazah / Sarjana / PHD
  • Arkitek
    – Ijazah (atau setaraf) dalam Seni Bina atau kursus berkaitan.
    – Pendaftaran dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) atau Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM).
  • Pegawai Keselamatan (Safety Officer)
    – Sijil pengesahan pegawai OSH oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Kerja dan Kesihatan (Buku Hijau).
  • Ahli Farmasi
    – Ijazah Farmasi.
    – Pendaftaran keahlian dengan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) atau Sijil Praktis Tahunan (APC) LFM atau Perakuan Kelayakan LFM.
  • Doktor Haiwan
    – Ijazah Sarjana Muda Veterinar atau dalam bidang berkaitan.
    – Keahlian dengan Malaysian Veterinary Council (MVC) atau Annual Practicing Certificate (APC) daripada MVC.
  • Optometris dan Juruoptik
    – Ijazah Optometri (Optometris) atau sekurang-kurang Diploma dalam bidang berkaitan (Juruoptik) dan Pendaftaran keahlian dengan The Malaysian Optical Council (MOC) atau Annual Practicing Certificate (APC) daripada MOC atau Permit Optical Lenses (Juruoptik).
  • Juruukur Bahan
    – Ijazah Juruukur Bahan atau bidang berkaitan dan Keahlian berdaftar dengan The Board of Quatity Surveyor (BQSM) atau Sijil pendaftaran – Form D (Registered QS).

Jadual Bayaran Bulanan Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj yang dikenakan sekiranya permohonan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Profesional anda lulus.

  1. Caj duti setem sebanyak 0.5% akan ditolak daripada jumlah yang lulus.
  2. Caj Wakalah (Agensi) sebanyak RM50.
  3. Caj denda lewat bayar sebanyak 1% daripada baki tertunggak.

Pihak Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan baki pinjaman lebih awal daripada tarikh yang dipersetujui. Malah, pihak Bank Islam akan memberikan rebat atau Ibra’ untuk penamatan awal.

Cara Mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Bank Islam Personal Financing for Professional dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berdekatan anda.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
  • Caj perkongsian kadar keuntungan yang rendah.
Kekurangan
  • Tidak ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan.

Pembiayaan Peribadi-i Profesional daripada Bank Islam yang disasarkan kepada golongan profesional terpilih di Malaysia ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, atau ingin menggunakan wang untuk kegunaan peribadi. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah tinggi dengan perkongsian kadar keuntungan yang sangat rendah. Anda juga boleh mohon dengan tempoh pembiayaan yang panjang dan tidak membebankan. Syarat kelayakan seperti gaji juga tidak membebankan kerana rata-rata golongan profesional ini berpendapatan bulanan lebih tinggi daripada syarat kelayakan pendapatan yang dipinta.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Islam Malaysia Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

9 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right