Pinjaman peribadi Bank

Berikut ialah senarai pinjaman peribadi bank di Malaysia. Terdapat sekurang-kurangnya 46 bank perdagangan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Bank-bank ini terdiri daripada bank tempatan dan juga bank asing yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Terdapat juga bank pelaburan hanya bertumpu kepada aktiviti pelaburan. Bank perdagangan ini boleh dibahagikan kepada bank komersial yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan konvensional, dan bank Islamik yang menggunakan Sistem Perbankan Islamik (SPI).

Pinjaman peribadi bank

Boleh dikatakan semua bank perdagangan ini menawarkan produk pinjaman atau pembiayaan. Malah terdapat bank yang menawarkan lebih daripada satu pelan pinjaman peribadi bank dengan ciri berbeza. Pilihan ini memudahkan pelanggan untuk buat pilihan, seterusnya memilih pelan pinjaman paling sesuai dengan kelayakan dan keperluan mereka.

Selain dari bank, terdapat juga pelan pinjaman dan pembiayaan daripada Institusi kewangan berdaftar di Malaysia seperti koperasi dan kredit komuniti (dahulunya dikenali sebagai pinjaman berlesen).

Pinjaman peribadi bank mempunyai beberapa kelebihan berbanding pelan daripada institusi kewangan yang lain. Antara kelebihan utama ialah produk pinjaman dan pembiayaan ini lebih diiktiraf dan stabil. Jarang sekali berlaku pelan-pelan ini ditamatkan lebih awal daripada kontrak akibat masalah dalaman.

Pihak bank juga menawarkan caj kadar faedah atau kadar keuntungan lebih rendah jika dibandingkan dengan pelan pinjaman daripada koperasi atau kredit komuniti. Tidak ketinggalan juga promosi dan diskaun yang dijalankan dari masa ke masa.

Walau bagaimanapun, pelan pinjaman atau pembiayaan peribadi ditawarkan oleh pihak bank juga mempunyai kekurangan. Antara kekurangan utama ialah seringkali pelan-pelan ini mengenakan syarat kelayakan mohon yang lebih ketat. Sebagai contoh, pihak bank tidak akan menerima permohonan daripada individu dengan skor kredit rendah, atau mempunyai rekod buruk dengan institusi kewangan lain. Tambahan lagi jika individu yang mohon sedang mengikuti Program Pengurusan Kredit AKPK – sudah pasti permohonan tersebut akan dibatalkan.

Namun begitu,  tidak semua bank menolak bulat-bulat permohonan bermasalah. Terdapat juga pelan pinjaman dan pembiayaan peribadi bank boleh menimbangkan permohonan individu dengan masalah kredit selepas menilai faktor-faktor lain yang berkaitan. Dalam erti kata lain, semuanya bergantung kepada budi bicara mereka.

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman peribadi bank, rujuk senarai di bawah. Klik pada pelan tersebut untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan memohon, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, dokumen diperlukan, caj yang dikenakan dan ketahui bagaimana cara anda boleh mohon secara atas talian (online).

share-nodes
Kongsi

RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta

RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta 
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM2000 - RM150000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

13.45% p.a

RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta mengenakan caj kadar keuntungan berubah dengan ciri penyatuan hutang untuk memudahkan anda menyelesaikan hutang lapuk. Ditawarkan khas kepada kakitangan swasta, bekerja sendiri, dan penerima komisen tanpa pendapatan tetap.

CIMB Cash Plus FSA2 KWSP

CIMB Cash Plus FSA2 KWSP
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.50% p.a

Pinjaman peribadi CIMB Cash Plus Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) merupakan pelan pinjaman KWSP daripada CIMB Bank Berhad. Pelan pinjaman yang baru dilancarkan ini disasarkan khusus kepada pencarum KWSP yang sukar mendapatkan pinjaman peribadi. Melalui pinjaman KWSP CIMB ini, pencarum boleh memohon pinjaman bercagarkan kepada akaun KWSP mereka. Tidak seperti Pinjaman KWSP BSN dan Pinjaman…

MBSB Ihsan-i FSA2 KWSP

MBSB Ihsan-i Fasiliti Akaun 2 (FSA2) KWSP
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.50% p.a

Pembiayaan MBSB Ihsan-i Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP adalah pelan pinjaman khas untuk KWSP yang ditawarkan oleh MBSB Bank. Pelan pembiayaan KWSP ini ditawarkan selari dengan pelancaran FSA2 KWSP bertujuan untuk memberi pilihan kepada pencarum mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan. Pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik dengan konsep Tawarruq yang terdiri daripada dua kontrak…

BSN MyRinggit Insan-i KWSP

Pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM3000 - RM50000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.75% p.a

Pembiayaan BSN MyRinggit Insan-i KWSP adalah pelan pembiayaan daripada Bank Simpanan Nasional yang ditawarkan khas kepada pencarum KWSP. Pihak BSN melancarkan pelan pembiayaan ini sempena pengumuman Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP yang dilancarkan untuk membantu ahli KWSP meringankan beban mereka dengan mendapatkan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan. Pelan pinjaman ini adalah pembiayaan Islamik dan patuh…

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM50000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

2.38% p.a

Ingin selesaikan semua hutang-hutang anda ke dalam satu pinjaman baru? Pelan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang adalah antara pilihan terbaik. Mohon sehingga RM200,000 dengan tempoh maksimum 10 tahun. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan adalah sangat berpatutan dengan kadar terapung.

BSN MyRinggit-i

BSN MyRinggit-i
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM5000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.60% p.a

Pelan pembiayaan peribadi BSN MyRinggit-i menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM400,000 dengan tempoh 10 tahun. Pelan ini ditawarkan kepada kakitangan awam dengan jawatan tetap dan juga jawatan kontrak dan sementara. Kelayakan gaji cuma RM1,500 sebulan. Mohon pembiayaan ini untuk ciri penyatuan hutang - satukan semua pinjaman anda yang sedia ada ke dalam pinjaman ini.

Cash-i Muamalat Pro

Cash-i Muamalat Pro
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM10000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

2.69% p.a

Cash-i Muamalat Pro ditawarkan khusus kepada golongan profesional sama ada individu mahupun pemilik firma profesional/bekerja sendiri. Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM250,000 dengan tempoh pembiayaan yang panjang. Caj kadar keuntungan yang dikenakan adalah rendah dan berpatutan. Pembiayaan ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang - sesuai dengan perkongsian kadar keuntungan rendah yang ditawarkan.

Cash-i Muamalat

Cash-i Muamalat
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM10000 - RM200000

calendar-range
Tempoh bayaran

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

2.69% p.a

Cash-i Muamalat daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad ditawarkan kepada kakitangan sektor awam yang berjawatan tetap mahupun yang berjawatan kontrak. Pelan ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Pelan pembiayaan peribadi Bank Muamalat ini juga membenarkan anda buat penyatuan hutang atau Debt Consolidation iaitu menyatukan pinjaman-pinjaman yang sedia ada…

Standard Chartered CashOne

Standard Chartered CashOne
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM1000 - RM250000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 84 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

5.50% p.a

Standard Chartered CashOne ditawarkan kepada pemilik kad kredit Standard Chartered Platinum (VISA atau MasterCard) dengan jumlah pinjaman sehingga RM250,000 dan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun. Ciri utama pinjaman ini ialah setiap bayaran bulanan anda akan ditukar kepada had limit (credit limit) kad anda. Dengan caj kadar faedah yang berpatutan, pinjaman ini sesuai dimohon oleh pemilik…

Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional

Bank Islam Pembiayaan Peribadi Profesional
square-dollar
Jumlah pinjaman

RM10000 - RM300000

calendar-range
Tempoh bayaran

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar faedah/keuntungan

4.42% p.a

Bank Islam Pembiayaan Peribadi Profesional disasarkan khusus kepada golongan profesional. Pelan pembiayaan ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi dengan tempoh pembaiyaan yang panjang. Caj kadar keuntungan yang dikenakan juga sangat berpatutan.