Akan dibuka dalam tab baharu

Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM1000 - RM200000
Kadar Keuntungan
2.69% p.a - 4.75% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
2 hari bekerja

Pembiayaan Persendirian-i Lestari juga dikenali sebagai Pinjaman Peribadi Bank Persatuan adalah sebuah pelan pembiayaan peribadi daripada Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP). Co-opbank Pertama adalah sebuah koperasi berdaftar di Malaysia, dan dahulunya dikenali sebagai Co-opbank Persatuan atau Bank Persatuan.

Pelan pinjaman peribadi ini adalah pinjaman Islamik tak bercagar khusus untuk penjawat sektor awam, iaitu untuk mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan), dan juga kakitangan badan-badan berkanun.

Oleh kerana ini adalah pinjaman tak bercagar, anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini, tidak seperti pinjaman bercagar. Sebagai pinjaman Islamik, pinjaman ini juga 100% patuh Syariah.

Pelan Pembiayaan Persendirian-i Lestari menyediakan kemudahan pinjaman sehingga RM[types field=’jumlah-pinjaman-maksimum’][/types] dengan syarat kelayakan untuk mohon yang tidak membebankan. Pemohon cuma perlu berpendapatan bulanan minimum RM2,000 untuk layak mohon pinjaman peribadi Bank Persatuan ini. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan juga adalah kadar rata dan sangat berpatutan, iaitu serendah [types field=’kadar-faedah-minimum’][/types]% p.a. Walau bagaimanapun, kadar [types field=’kadar-faedah-minimum’][/types] % p.a ini adalah untuk tempoh pinjaman sehingga 3 tahun dan pemohon perlu berpendapatan gaji kasar RM3,000 ke atas. Maklumat lanjut tentang caj kadar keuntungan boleh rujuk di bahagian ciri dan kelebihan pinjaman di bawah.

Salah satu keistimewaan Pembiayaan-i Lestari ialah anda boleh mohon walaupun anda mempunyai tunggakan bayaran di laporan CCRIS anda. Walau bagaimanapun, tempoh tunggakan dihadkan kepada kurang dari 2 bulan tunggakan.

Baca lebih lanjut tentang pinjaman ini termasuk syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran balik dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online) tanpa perlu mengunjungi cawangan Co-opbank Pertama.

Kelebihan Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

Sebagai pinjaman peribadi koperasi, pinjaman peribadi Bank Persatuan ini mempunyai beberapa ciri-ciri menarik berbanding pinjaman peribadi bank.

  • Pinjaman Islamik 100% patuh syariah
    Sebagai pinjaman peribadi yang berkonsepkan pinjaman Islamik, pinjaman ini adalah 100% patuh Syariah dengan berasaskan kontrak Murabahah (Tawarruq).
  • Tidak perlu cagaran dan penjamin
    Pinjaman ini adalah pinjaman tak bercagar, iaitu pemohon tidak perlu cagaran atau penjamin untuk melayakkan mohon pinjaman ini.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh mohon serendah RM[types field=’jumlah-pinjaman-minimum’][/types] hingga jumlah maksimum RM[types field=’jumlah-pinjaman-maksimum’][/types] untuk pinjaman ini.
  • Jumlah payout yang tinggi
    Anda boleh memohon jumlah payout sehingga 95% – satu jumlah yang tinggi berbanding pinjaman Koperasi yang lain.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang
    Pinjaman Bank Persatuan ini membenarkan anda mohon dengan tempoh pembiayaan sesingkat 1 tahun sehingga 10 tahun.
  • Kadar keuntungan (profit rate) yang berpatutan
    Pihak Co-opbank Pertama menawarkan kadar keuntungan rata (fixed profit rate) yang sangat berpatutan, iaitu serendah [types field=’kadar-faedah-minimum’][/types]% p.a untuk tempoh pinjaman sehingga 3 tahun, 2.99% p.a untuk tempoh pinjaman 4 hingga 10 tahun. Pemohon perlu berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 untuk layak menerima caj kadar keuntungan yang rendah ini. Untuk pemohon yang berpendapatan gaji kasar kurang dari RM3,000 – caj kadar keuntungan [types field=’kadar-faedah-maksimum’][/types]% p.a akan dikenakan. Kadar ini antara yang terendah untuk pinjaman peribadi tak bercagar di Malaysia. Oleh kerana ini adalah kadar rata, kadar ini tidak akan berubah sepanjang tempoh pembiayaan anda.
  • Syarat kelayakan umur yang rendah
    Anda hanya perlu berumur 18 tahun ke atas untuk mohon pinjaman ini. Had umur maksimum yang dibenarkan pula ialah berumur 60 tahun semasa tamat tempoh bayaran akhir.
  • Syarat kelayakan gaji yang tidak membebankan
    Kelayakan gaji minimum yang ditetapkan untuk mohon pinjaman ini ialah RM2,000 ke atas. Jumlah ini adalah dikira termasuk dengan elaun tetap.
  • Tunggakan CCRIS boleh mohon
    Jangan risau sekiranya anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda – anda masih boleh cuba mohon pinjaman peribadi Bank Persatuan ini asalkan tunggakan tidak melebihi 2 bulan.
  • Penyatuan & Penstrukturan hutang (Debt Consolidation)
    Pembiayaan Peribadi-i Lestari ini membenarkan anda untuk melakukan penyatuan dan penstrukturan semula hutang anda.
  • Tiada caj proses, tiada yuran ahli
    CBP tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan, dan tiada yuran ahli yang diminta untuk pinjaman ini.
  • Bayaran balik melalui potongan gaji
    Kaedah bayaran ansuran adalah dengan potongan gaji bulanan melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA) – termasuk kakitangan GLC dan kakitangan Badan Berkanun.
  • Perlindungan Takaful
    Pinjaman Bank Persatuan ini dilindungi oleh Skim Takaful Keluarga Berkelompok.
  • Kelulusan 2 hari bekerja
    Nak pakai duit segera, mohon pinjaman ini dan dapatkan keputusan permohonan anda sepantas 2 hari bekerja.

Syarat kelayakan untuk mohon

Jika anda berminat untuk mohon Pinjaman Persendirian-i Lestari, ini adalah syarat-syarat lengkap yang perlu anda patuhi untuk melayakkan anda mohon.

  • Berumur 18 hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat di Sektor Awam sebagai Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan Kakitangan Badan Berkanun.
  • Jawatan berstatus tetap dan telah berkhidmat lebih dari 3 bulan.
  • Jawatan berstatus kontrak bersambung tidak kurang dari 2 tahun hanya untuk kakitangan KEMAS dan Jabatan Perpaduan sahaja.
  • Berpendapatan minimum RM2,000 setiap bulan termasuk elaun tetap.
  • Jika ada tunggakan di CCRIS, tidak boleh melebihi 2 bulan tunggakan.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan), cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda cukup syarat kelayakan untuk mohon, berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon pinjaman peribadi Bank Persatuan ini.

  1. Salinan kad pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata akaun bank (akaun gaji) terkini.

Jadual Bayaran Bulanan Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan). Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj-caj yang dikenakan oleh pihak Co-opbank Pertama untuk Pembiayaan i-Lestari. Caj ini hanya dikenakan sekiranya permohonan pinjaman anda diluluskan.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj setem duti sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus – ditolak daripada pinjaman.

Caj-caj lain adalah seperti Takaful Pemilik Rumah untuk kediaman, Takaful Kebakaran untuk rumah kedai/premis perniagaan dan Takaful Gadai janji dari panel syarikat Takaful yang dilantik oleh Bank.

Cara Mohon Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Pembiayaan Persendirian-i Lestari dengan mengunjungi cawangan Co-opbank Pertama berdekatan anda.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Membenarkan penyatuan dan penstrukturan hutang.
  • Jumlah pinjaman yang tinggi.
  • Tempoh pinjaman yang lama.
  • Kadar keuntungan yang berpatutan.
  • Syarat kelayakan mohon yang tidak membebankan.
Kekurangan
  • Status kerja kontrak hanya untuk kakitangan KEMAS dan Jabatan Perpaduan sahaja.

Pembiayaan Peribadi-i Lestari atau Pinjaman Peribadi Bank Persatuan adalah pelan pembiayaan peribadi yang disasarkan khusus kepada kakitangan sektor awam. Pinjaman ini ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, anak syarikat kerajaan dan juga badan berkanun. Pinjaman ini mempunyai jumlah pembiayaan yang tinggi iaitu pembiayaan sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan yang juga cukup panjang iaitu sehingga 10 tahun. Syarat kelayakan yang diminta juga tidak membebankan dengan umur minimum 18 tahun dan gaji tidak kurang daripada RM2,000 termasuk elaun tetap. Apa yang buat pinjaman ini menarik ialah ciri penyatuan dan penstrukturan hutang yang sukar didapati daripada pinjaman sektor awam yang lain. Dalam erti kata lain, sekiranya anda dibebani masalah hutang dan ingin menyatukan hutang-hutang anda ke dalam satu pinjaman, pembiayaan i-Lestari ini sangat sesuai untuk anda.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 jam. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Co-opbank Pertama Malaysia (Bank Persatuan), Direct Lending Sdn. Bhd. untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Co-opbank Pertama Malaysia (Bank Persatuan), Direct Lending Sdn. Bhd. atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Co-opbank Pertama Malaysia (Bank Persatuan), Direct Lending Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Co-opbank Pertama Malaysia (Bank Persatuan), Direct Lending Sdn. Bhd..

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pembiayaan Persendirian-i Lestari Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

42 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right