Akan dibuka dalam tab baharu

BSN MyRinggit Eksekutif-1

share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM10000 - RM200000
Kadar Faedah
6.0% p.a - 8.5% p.a
Tempoh Pinjaman
24 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM3000
Tempoh Lulus
5 hari bekerja

BSN MyRinggit Eksekutif-1 adalah pelan pinjaman peribadi daripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Pelan pinjaman peribadi ini adalah pembiayaan konvensional dengan kadar faedah tahunan yang berpatutan. Pinjaman BSN MyRinggit juga adalah pinjaman peribadi tak bercagar. Ini bermaksud pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon.

Pelan pinjaman ini ditawarkan khusus kepada golongan profesional di Malaysia, iaitu mereka yang bekerja di sektor swasta dan juga kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terpilih. Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dan telah bekerja lebih dari 3 tahun dengan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM3,000.

Sekiranya anda layak untuk mohon pelan pembiayaan BSN MyRinggit Eksekutif-1, anda boleh mohon jumlah pinjaman yang tinggi iaitu sehingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum selama 10 tahun. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan juga adalah antara yang terendah di antara pembiayaan peribadi Islamik di Malaysia, iaitu serendah 6.0% p.a.

Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk mengetahui apakah ciri-ciri menarik pelan pembiayaan ini, syarat kelayakan lengkap yang diperlukan untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, jadual bayaran bulanan, caj dan fi yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon pembiayaan BSN ini secara atas talian (online).

Kelebihan BSN MyRinggit Eksekutif-1

Berikut adalah kelebihan dan ciri-ciri menarik pinjaman peribadi BSN MyRinggit Eksekutif-1 yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional berbanding pinjaman peribadi lain di Malaysia.

  • Tiada cagaran atau penjamin
    Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar (unsecured loan), anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau penjamin untuk memohon.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi
    Pinjaman peribadi BSN ini menawarkan jumlah pembiayaan serendah RM10,000 hingga mencecah RM200,000.
  • Jumlah pembiayaan sehingga 10 kali ganda gaji kasar
    Anda boleh mohon jumlah pembiayaan sehingga 10 kali ganda gaji kasar anda.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Tempoh pembiayaan bermula dari 24 bulan (2 tahun) hingga 120 bulan (10 tahun).
  • Caj kadar faedah tahunan yang rendah dan fleksibel
    Dengan kadar faedah serendah 6.0% p.a hingga 8.5% p.a, ini adalah antara pinjaman peribadi Islamik dengan kadar faedah yang rendah. Kadar faedah dikira berdasarkan jumlah pendapatan tahunan pemohon. Untuk maklumat lanjut sila rujuk jadual bayaran balik di bawah.
  • Tiada caj proses
    BSN tidak mengenakan sebarang caj proses untuk pinjaman MyRinggit Eksekutif-1.
  • Tiada caj penamatan awal
    Tiada caj penamatan awal akan dikenakan sekiranya anda berhasrat untuk membayar semua baki pinjaman lebih awal dari kontrak. Anda cuma perlu kemukakan notis bertulis kepada pihak BSN.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon BSN MyRinggit Eksekutif-1.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 21 tahun hingga 55 tahun.
  • Bekerja/berkhidmat di salah satu daripada syarikat/organisasi/institusi di bawah
    – Panel Pemaju Terpilih.
    – Hospital Swasta.
    – Syarikat Telekomunikasi.
    – Agensi Kewangan Berlesen.
    – Syarikat Multi-Nasional.
    – Kumpulan PETRONAS.
    – Universiti & Kolej Swasta.
    – Badan Berkanun.
    – Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
    – Syarikat Awam yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia (Sektor Kewangan, Perladangan, Hartanah, Teknologi, Perdagangan / Perkhidmatan, Produk Industri, dan Pengguna).
    – Golongan Profesional – Doktor, Arkitek, Peguam, Akauntan dan lain-lain golongan Profesional yang diiktiraf.
  • Berjawatan tetap atau kontrak.
  • Bekerja/berkhidmat lebih dari 3 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke atas atau pendapatan tahunan RM36,000 ke atas.
  • Pemegang akaun BSN GIRO atau GIRO-i. Jika tiada akaun BSN anda perlu membuka akaun GIRO atau GIRO-i jika pinjaman lulus kerana bayaran balik akan dilakukan melalui akaun tersebut.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon BSN MyRinggit Eksekutif-1, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan dan berminat untuk memohon BSN MyRinggit Eksekutif-1, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan 3 bulan slip gaji terkini.
  3. Salinan penyata KWSP (EPF) terkini.
  4. Salah satu dari dokumen berikut: Surat pengesahan majikan dengan butiran berikut:
    1. Nama pemohon.
    2. Nombor kad pengenalan pemohon.
    3. Jawatan/status.
    4. Jumlah gaji bulanan.
    5. Tarikh mula bekerja/berkhidmat. Atau Salinan penyata EA/EC dan borang e-Filing atau sebarang dokumen berkaitan yang disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jadual Bayaran Bulanan BSN MyRinggit Eksekutif-1

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment BSN MyRinggit Eksekutif-1. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran BSN MyRinggit Eksekutif-1
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj-caj yang dikenakan oleh Bank Simpanan Nasional sekiranya permohonan pinjaman BSN MyRinggit Eksekutif-1 anda lulus.

  • Caj duti setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus (ditolak dari pinjaman).
  • Tiada caj proses.
  • Tiada caj penamatan awal.
  • Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan.

Cara Mohon BSN MyRinggit Eksekutif-1

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman peribadi BSN MyRinggit Eksekutif-1 melalui saluran-saluran di bawah.

  1. Kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional terdekat.
  2. Muat turun borang permohonan melalui laman web BSN di alamat berikut => https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=6 . Isi dan hantar di mana-mana cawangan BSN.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah pinjaman yang tinggi.
  • Tempoh pembiayaan yang panjang.
  • Kadar keuntungan yang rendah.
  • Tiada caj proses.
  • Tiada caj penamatan awal.
Kekurangan
  • Hanya ditawarkan kepada golongan Profesional dari syarikat, institusi, dan organisasi terpilih.
  • Kelayakan gaji minimum yang agak tinggi.

BSN MyRinggit Eksekutif-1 adalah pinjaman peribadi konvensional yang disasarkan kepada golongan Profesional di Malaysia. Pinjaman peribadi ini menawarkan jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh pembiayaan yang panjang. Pinjaman ini juga adalah antara pinjaman peribadi tak bercagar dengan kadar keuntungan terendah berbanding pinjaman peribadi lain di negara kita. Walau bagaimanapun, pinjaman ini tidak ditawarkan kepada semua, dan hanya kepada golongan Profesional dari syarikat, organisasi dan institusi yang terpilih sahaja. Kelayakan gaji minimum juga mungkin agak tinggi untuk mereka yang berminat untuk mohon.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan BSN MyRinggit Eksekutif-1

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang BSN MyRinggit Eksekutif-1?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

14 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right