Pinjaman peribadi Pendapatan Tidak Tetap
Berikut ialah senarai pinjaman peribadi pendapatan tidak tetap. Pelan pinjaman dan pembiayaan peribadi yang disenaraikan ini jika anda menerima gaji bulanan tidak tetap, seperti penerima komisen bulanan atau pendapatan anda adalah berasaskan komisen.
Tidak banyak pelan pinjaman peribadi konvensional atau pembiayaan peribadi Islamik yang menawarkan permohonan daripada pemohon dengan gaji bulanan tidak tetap. Ini kerana pihak institusi kewangan harus mengambil kira faktor risiko yang perlu ditanggung sekiranya pemohon hilang punca pendapatan kerana pendapatan yang tidak tetap. Walau bagaimanapun, masih ada pelan pinjaman yang sesuai sekiranya anda adalah penerima komisen.
Tetapi, sesetengah institusi kewangan akan mengenakan syarat kelayakan yang berbeza untuk pemohon yang berpendapatan tetap dan tidak tetap. Seperti contoh mungkin syarat kelayakan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding pemohon dengan gaji tetap. Ada juga pinjaman yang mengenakan caj kadar faedah atau kadar keuntungan yang lebih tinggi. Jadi anda harus teliti dan pilih pelan yang paling sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda.
Pelan pinjaman peribadi penerima komisen ini adalah daripada institusi kewangan terpilih seperti bank, koperasi dan kredit komuniti (pemberi pinjam wang berlesen) yang berdaftar. Jadi anda boleh mohon tanpa ragu.
Pilih pelan yang anda ingini dan klik pada pinjaman tersebut untuk maklumat lanjut seperti syarat kelayakan memohon, jumlah pinjaman yang boleh dimohon, tempoh pembiayaan, dokumen yang diperlukan, caj yang dikenakan dan bagaimana cara anda boleh mohon secara atas talian (online).
Senarai Pinjaman peribadi Pendapatan Tidak Tetap
RHB Pembiayaan Peribadi-i Untuk Sektor Swasta
RM2000 - RM150000
24 - 84 bulan
13.45% p.a
RHB Pembiayaan Peribadi-i untuk Sektor Swasta mengenakan caj kadar keuntungan berubah dengan ciri penyatuan hutang untuk memudahkan anda menyelesaikan hutang lapuk. Ditawarkan khas kepada kakitangan swasta, bekerja sendiri, dan penerima komisen tanpa pendapatan tetap.
Mohon sekarangPinjaman Peribadi Evo Credit
RM5000 - RM400000
2 - 60 bulan
12% p.a
Pinjaman peribadi Evo Credit menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM400,000 dengan proses permohonan ringkas dan tempoh lulus segera.
Mohon sekarangJCL i-FUND
RM500 - RM50000
6 - 60 bulan
18% p.a
JCL i-Fund menawarkan jumlah pembiayaan serendah RM500 dengan tempoh sehingga 5 tahun. Tempoh keputusan permohonan adalah pantas, iaitu hanya 3 hari bekerja.
Mohon sekarangStandard Chartered CashOne
RM1000 - RM250000
12 - 84 bulan
5.50% p.a
Standard Chartered CashOne ditawarkan kepada pemilik kad kredit Standard Chartered Platinum (VISA atau MasterCard) dengan jumlah pinjaman sehingga RM250,000 dan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun. Ciri utama pinjaman ini ialah setiap bayaran bulanan anda akan ditukar kepada had limit (credit limit) kad anda. Dengan caj kadar faedah yang berpatutan, pinjaman ini sesuai dimohon oleh pemilik…
Mohon sekarangBank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
RM5000 - RM150000
12 - 120 bulan
7.97% p.a
Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta disasarkan khusus kepada kakitangan sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pembiayaan ini membenarkan pemohon yang mempunyai pendapatan tidak tetap untuk mohon. Dengan syarat kelayakan yang tidak membebankan, dan juga caj kadar keuntungan yang sangat rendah membuatkan pelan pembiayaan ini sangat popular di kalangan kakitangan swasta.
Mohon sekarangAmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i
RM2000 - RM100000
12 - 60 bulan
8.0% p.a
AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i adalah pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar yang ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tetap dan juga tidak tetap. Jika anda adalah penerima komisen bulanan, anda boleh mohon pelan pembiayaan AmBank ini. Keputusan permohonan juga sangat pantas, hanya 48 jam hari bekerja.
Mohon sekarangAmBank AmMoneyLine Personal Loan
RM2000 - RM100000
12 - 60 bulan
8.0% p.a
AmBank AmMoneyLine Personal Loan membuka permohonan pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar ini kepada semua warganegara Malaysia, tidak kira sektor pekerjaan. Antara ciri menarik pinjaman ini ialah anda boleh mohon walaupun anda berpendapatan tidak tetap, iaitu menerima komisen bulanan.
Mohon sekarangRHB Personal Loan
RM2000 - RM150000
12 - 84 bulan
8.59% p.a
RHB Personal Financing dahulunya dikenali sebagai RHB Easy-Pinjaman Ekspres menawarkan keputusan permohonan on-the-spot dengan syarat kelayakan gaji yang rendah dan jumlah pinjaman sehingga RM150,000.
Mohon sekarangAEON iCash Personal Financing
RM1000 - RM100000
6 - 84 bulan
7.92% p.a
AEON iCash Personal Financing adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang sangat fleksibel dan antara pinjaman yang mudah lulus. Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan dengan syarat kelayakan dan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan.
Mohon sekarang