BSN MyRinggit

BSN MyRInggit
Bank Simpanan Nasional
Pinjaman daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)
share-nodes
Kongsi
Kategori Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman RM5000 hingga RM200000
Tempoh Pinjaman 12 hingga 120 Bulan
Kadar Faedah Tahunan 4.60% p.a hingga 6.99% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM1500 sebulan atau RM18000 setahun
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Pendapatan Rendah, Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 1 hingga 7 hari bekerja

BSN MyRinggit adalah pelan pinjaman peribadi daripada Bank Simpanan Nasional khusus untuk kakitangan sektor awam. Pelan pinjaman peribadi BSN ini adalah pinjaman konvensional tidak bercagar. Sebagai pinjaman tidak bercagar, anda tidak perlu sediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.

Sekiranya anda ingin pelan pembiayaan Islamik, lihat pelan pembiayaan BSN MyRinggit-i.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pinjaman BSN ini ditawarkan kepada kakitangan sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, agensi berkaitan kerajaan (GLC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan badan-badan berkanun yang mempunyai fasiliti untuk buat potongan gaji melalui BSN. Sekiranya anda berjawatan tetap, anda perlu berkhidmat tidak kurang daripada 3 bulan. Untuk kakitangan kontrak atau kakitangan sementara, tempoh perkhidmatan yang dibenarkan ialah tidak kurang daripada 12 bulan.

Syarat kelayakan umur yang ditetapkan ialah pemohon perlu berumur antara 21 hingga 60 tahun pada tarikh akhir bayaran.  Syarat kelayakan pula tidak membebankan. Anda cuma perlu berpendapatan bulanan dengan gaji kasar tidak kurang daripada RM1,500. Sekiranya anda layak, anda boleh mohon sehingga RM200,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 10 tahun.

Pihak Bank Simpanan Nasional memberi pilihan antara caj kadar faedah tetap tahunan (fixed rate) atau kadar faedah terapung tahunan (floating rate). Caj kadar faedah tetap tahunan tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman anda, manakala kadar terapung pula dikira berdasarkan Kadar Asas (KA) atau Base Rate (BR). Anda boleh rujuk jadual kadar faedah yang lengkap pada bahagian ciri pinjaman di bawah.

Pinjaman BSN MyRinggit membenarkan ciri penyatuan hutang, atau debt consolidation/settlement. Dengan ciri ini, anda boleh satukan semua hutang-hutang yang sedia ada ke dalam pinjaman ini. Anda boleh penyatuan hutang sekiranya anda dapati caj kadar faedah yang ditawarkan oleh pinjaman MyRinggit ini lebih rendah berbanding pinjaman yang sedia ada.

Berminat untuk mohon? Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran bulanan, caj yang dikenakan dan bagaimana untuk mohon pinjaman BSN MyRinggit online.

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan BSN MyRinggit

Pelan pinjaman peribadi BSN ini menawarkan beberapa ciri-ciri menarik.

  • Pinjaman tidak bercagar
    Berbanding pinjaman bercagar, anda perlu cagaran atau penjamin untuk mohon pinjaman ini.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel dan tinggi
    Pinjaman ini menawarkan jumlah pinjaman dari serendah RM5,000 hingga jumlah pinjaman maksimum RM200,000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Simpanan Nasional berdasarkan kelayakan anda.
  • Tempoh pinjaman yang panjang
    Anda boleh pilih untuk tempoh pinjaman dari 1 tahun hingga tempoh maksimum 10 tahun, atau sehingga anda berumur 60 tahun – yang mana yang lebih awal.
  • Caj kadar faedah yang fleksibel
    Oleh kerana pinjaman ini menawarkan dua jenis caj kadar faedah tahunan, anda boleh pilih antara kadar faedah tetap atau kadar faedah terapung. Rujuk jadual di bawah.
  • Jawatan kontrak dan sementara boleh mohon
    Kakitangan awam yang berjawatan kontrak dan sementara sukar untuk mohon pinjaman atau pembiayaan peribadi kerana kebanyakan pinjaman memerlukan jawatan tetap. Walau bagaimanapun pinjaman peribadi BSN MyRinggit membenarkan kakitangan berjawatan kontrak dan sementara untuk mohon.
  • Syarat kelayakan yang tidak membebankan
    Dengan kelayakan gaji minimum hanya RM1,500 sebulan dan penyediaan dokumen yang ringkas – pinjaman BSN ini tidak membebankan pemohon.
  • Penyatuan hutang (debt consolidation)
    Ciri penyatuan hutang yang ditawarkan oleh pinjaman ini sesuai sekiranya anda ingin menghimpunkan semua hutang-hutang anda kepada satu pinjaman baru.
  • Potongan gaji melalui BPA
    Anda tidak perlu risau tentang bayaran bulanan kerana pemotongan gaji dibuat melalui Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA).

Caj kadar faedah BSN MyRInggit

Berikut ialah ringkasan jenis caj kadar faedah tahunan yang dikenakan.

Jenis Kadar
Kadar tetap (fixed rate) 4.60% p.a hingga 6.99% p.a
Kadar terapung (floating rate) KA + 1.75% p.a hingga KA + 3.77% p.a
*Kadar Asas semasa ialah 2.60%

Syarat kelayakan untuk mohon

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman ini, berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat/bekerja di Sektor Awam.
  • Berpendapatan bulanan RM1,500 (gaji kasar) atau tahunan RM18,000 (gaji kasar)
  • Berkhidmat tidak kurang daripada 3 bulan (jawatan tetap) atau 12 bulan (kontrak dan sementara).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana institusi kewangan (bank/koperasi/kredit komuniti (pinjaman berlesen).
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA) di laporan CCRIS.
  • Tidak mengikut Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon BSN MyRinggit, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda cukup syarat untuk mohon, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut.

  1. Salinan pengenalan diri (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan slip gaji 2 bulan terkini.
  3. Salinan surat pengesahan majikan.

Jadual Bayaran Bulanan BSN MyRinggit

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment BSN MyRinggit. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran BSN MyRinggit
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj atau fi yang akan dikenakan sekiranya permohonan pinjaman peribadi BSN MyRinggit anda lulus.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Bayaran pendahuluan bersamaan 2 bulan ansuran bulanan (maksimum).
  4. Perlindungan Insurans (pilihan).

Caj-caj lain pula adalah seperti berikut.

  1. Tiada caj penamatan awal (early settlement). Walau bagaimanapun pihak Bank Simpanan Nasional berhak mengenakan caj sekiranya dirasakan perlu.
  2. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan.

Cara Mohon BSN MyRinggit

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Buat masa ini pihak BSN tidak menawarkan permohonan secara atas-talian (online) untuk pinjaman ini. Oleh itu, anda boleh mohon pinjaman peribadi BSN ini dengan mengunjungi cawangan terdekat Bank Simpanan Nasional. Rujuk senarai cawangan BSN.

Anda juga boleh muat turun borang permohonan BSN MyRinggit melalui laman web rasmi BSN.

Review BSN MyRinggit

Pada masa sekarang terdapat banyak pelan pinjaman dan pembiayaan peribadi untuk kakitangan sektor awam daripada institusi kewangan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Pihak BSN menawarkan pelan pinjaman BSN MyRinggit untuk kakitangan sektor awam yang ingin pinjaman dengan syarat kelayakan yang tidak membebankan dan penyediaan dokumen yang ringkas. Apa yang menarik, pinjaman ini juga dibuka permohonan kepada mereka yang berjawatan kontrak dan juga sementara. Tidak banyak pinjaman atau pembiayaan yang menawarkan ciri. Kelebihan penyatuan hutang juga adalah antara ciri yang dicari bagi mereka yang ingin lebih bijak dalam mengurus kewangan. Dengan kadar faedah tahunan yang rendah, pinjaman ini sesuai dimohon jika anda inginkan pinjaman yang tidak banyak kerenah dengan jumlah pinjaman yang tinggi dan tempoh yang panjang.

thumbs-up
Kelebihan
  • Jumlah pinjaman tinggi dan tempoh pinjaman yang panjang.
  • Kelayakan gaji minimum yang tidak membebankan.
  • Keperluan dokumen untuk mohon yang ringkas.
  • Ciri penyatuan hutang.
thumbs-down
Kekurangan
  • Perlu surat pengesahan majikan.
  • Kaedah pembayaran hanya melalui Angkasa.
Rating
4/5

Soalan Lazim BSN MyRinggit

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan BSN MyRinggit
Apakah BSN MyRinggit?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Konvensional Tidak Bercagar ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon BSN MyRinggit?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM5000 hingga RM200000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon BSN MyRinggit di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 1 hingga 7 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik BSN MyRinggit.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada BSN MyRinggit yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN), sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi BSN MyRinggit. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi BSN MyRinggit.

Ada soalan tentang BSN MyRinggit?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

40 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right