Akan dibuka dalam tab baharu

MBSB Personal Financing Mumtaz-i

MBSB Personal Financing Mumtaz-i
Pinjaman daripada MBSB Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM1000 - RM250000
Kadar Keuntungan
4.8% p.a - 4.8% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM3000
Tempoh Lulus
24 jam hari bekerja

MBSB Personal Financing Mumtaz-i adalah pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh MBSB Bank Berhad. Pelan pembiayaan peribadi MBSB ini adalah pelan pinjaman Islamik yang sepenuhnya patuh Syariah dengan berasaskan konsep Komoditi Murabahah. Oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu untuk mohon pembiayaan ini.

MBSB Pembiayaan Peribadi Mumtaz-i juga adalah pelan pinjaman tidak bercagar, atau unsecured personal financing. Ini bermaksud anda tidak perlu menyediakan cagaran, atau mengemukakan penjamin untuk mohon pembiayaan ini.

Pelan pembiayaan MBSB ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan kakitangan badan berkanun. Sekiranya anda berkhidmat di sektor swasta atau bekerja sendiri dan ingin mohon pembiayaan dari MBSB, anda boleh rujuk MBSB Pembiayaan Peribadi Private-i.

Anda boleh mohon dari serendah RM1,000 hingga mencecah RM250,000 dengan pelan pembiayaan ini. Tempoh pembiayaan yang dibenarkan pula ialah antara 1 tahun hingga 10 tahun. Pelan Pembiayaan Peribadi Mumtaz-i ini adalah antara pelan pembiayaan Islamik yang menawarkan caj kadar keuntungan yang rendah, iaitu kadar rata bermula dari 4.80% p.a. Oleh itu pelan ini sesuai dimohon untuk jangka masa panjang.

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mohon ialah anda perlu berumur tidak kurang dari 19 tahun hingga 60 tahun, dan telah berkhidmat tidak kurang daripada 1 tahun di dalam bidang pekerjaan anda. Anda juga perlu berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM36,000 setahun, atau RM3,000 sebulan.

Salah satu ciri istimewa yang ditawarkan oleh MBSB Personal Financing Mumtaz-i ialah ciri penyatuan hutang, atau debt consolidation. Ciri ini membenarkan anda menyatukan atau menghimpunkan semua pinjaman yang aktif ke dalam satu pelan pinjaman yang baru. Situasi ini akan meringankan beban anda dengan caj kadar keuntungan rendah yang dikenakan untuk pembiayaan ini.

Jika anda berminat untuk mohon pelan pembiayaan MBSB ini, baca lebih lanjut ciri-ciri pinjaman ini, syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu anda sediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj dan fi yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas-talian (online).

Kelebihan MBSB Personal Financing Mumtaz-i

Pelan pembiayaan dari MBSB ini menawarkan beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi Islamik yang lain. Berikut adalah ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh pelan pembiayaan ini.

  • 100% patuh Syariah
     MBSB Personal Financing Mumtaz-i adalah pinjaman peribadi Islamik patuh Syariah sepenuhnya dengan menggunakan konsep komoditi Murabahah (Tawarruq).
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Pinjaman peribadi MBSB ini memberikan jumlah pembiayaan yang paling fleksibel. Anda boleh mohon serendah RM1,000 sehingga RM250,000. Satu jumlah yang agak tinggi bagi pinjaman peribadi tidak bercagar.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Selain jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh pembiayaan yang diberikan juga adalah fleksibel. Anda boleh memilih tempoh pembiayaan dari 2 tahun sehingga 10 tahun.
  • Had umur yang fleksibel
    MBSB membuka permohonan pinjaman ini kepada mereka yang berumur dari 19 tahun sehingga 60 tahun (tempoh habis bayar pinjaman).
  • Pilihan saluran bayaran balik
    Anda boleh membayar semula pinjaman ini melalui Koperasi Biro Angkasa (SPGA), Jabatan Akauntan Negara (AGD), potongan gaji majikan (PGM), bayaran tunai di cawangan MBSB atau Bank Simpanan Nasional, dan melalui transaksi online dari bank pilihan anda.
  • Ciri penyatuan hutang
    Dengan ciri penyatuan hutang yang dibenarkan oleh MBSB, anda bukan sahaja boleh meringankan beban bulanan anda, malah bayaran bulanan juga mungkin menjadi lebih rendah dengan caj kadar keuntungan berpatutan yang ditawarkan oleh pelan pembiayaan ini.

Syarat kelayakan untuk mohon

Anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh MBSB Bank Berhad untuk memohon. Berikut ialah syarat kelayakan untuk mohon Pembiayaan Peribadi Mumtaz-i.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 19 tahun hingga 60 tahun (pada tarikh akhir pembayaran pinjaman).
  • Berkhidmat di sektor Awam (Kakitangan Kerajaan dan Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan/GLC).
  • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat lebih dari 12 bulan.
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 (gaji kasar) ke atas atau pendapatan tahunan RM36,000 (gaji kasar) ke atas.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon MBSB Personal Financing Mumtaz-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk mohon MBSB Personal Financing Mumtaz-i.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata KWSP (EPF) terkini; atau Salinan Borang EA; atau Salinan Borang BE dengan resit bayaran cukai.
  4. Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  5. Surat pengesahan dari Majikan.

Bergantung kepada kelayakan dan faktor-faktor lain, MBSB mungkin akan minta anda menyediakan dokumen-dokumen tambahan seperti berikut:

  1. Borang permohonan pinjaman.
  2. Borang BPA 1/79 (Seksyen I dan II) untuk pemotongan gaji Biro Angkasa (SPGA) yang disahkan oleh Ketua Jabatan; atau Surat pengesahan pemotongan gaji dari Majikan; atau Borang pemotongan gaji (AG Persekutuan dan Negeri).
  3. Surat pengesahan umur bersara.
  4. Salinan Buku Bank.

Jadual Bayaran Bulanan MBSB Personal Financing Mumtaz-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment MBSB Personal Financing Mumtaz-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran MBSB Personal Financing Mumtaz-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Oleh kerana pelan ini adalah pinjaman Islamik, MBSB Berhad tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan untuk pinjaman ini. Berikut adalah caj atau fi untuk pinjaman MBSB Mumtaz-i.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Wakalah sebanyak RM34.00.
  3. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  4. Tiada caj penamatan awal.
  5. Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan.
  6. Caj Perlindungan Takaful sekiranya anda berhasrat untuk mengambil perlindungan Takaful untuk pinjaman ini. Anda boleh memilih untuk mengambil perlindungan melalui Panel Takaful MBSB atau sebarang perlindungan Takaful pilihan anda.
  7. Caj IBG (Interbank GIRO) sebanyak RM4.24 untuk pemindahan pinjaman (disbursement) ke akaun Bank pilihan anda.

Cara Mohon MBSB Personal Financing Mumtaz-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon MBSB Personal Financing Mumtaz-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan MBSB Bank Berhad berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon Pembiayaan Peribadi-i MBSB secara dalam talian melalui sistem permohonan pinjaman M Fast daripada pihak MBSB.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • 100% patuh Syariah.
  • Saluran bayaran balik yang fleksibel.
  • Kelayakan had umur semuda 19 tahun.
Kekurangan
  • Syarat kelayakan gaji minimum yang agak tinggi.
  • Keperluan dokumen yang rumit.

MBSB Personal Financing Mumtaz-i adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di Sektor Awam, khusus kepada Kakitangan Kerajaan dan Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan/Government Linked Companies (GLC). Dengan jumlah pembiayaan sehingga RM250,000 dan tempoh pembiayaan selama 10 tahun – pinjaman ini sesuai dimohon jika anda ingin jumlah pembiayaan yang tinggi dengan tempoh yang panjang. Kelayakan had umur juga tidak membebankan dengan had umur minimum hanya 19 tahun untuk mohon. Walau bagaimanapun, kelayakan gaji minimum yang ditetapkan oleh pihak MBSB Bank agak tinggi dan mungkin menyukarkan mereka yang baru berkhidmat untuk mohon pinjaman ini.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan MBSB Personal Financing Mumtaz-i

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak MBSB Bank Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Potongan Gaji Majikan (PGM), Bayaran di kaunter.

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak MBSB Bank Berhad atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak MBSB Bank Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak MBSB Bank Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang MBSB Personal Financing Mumtaz-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

10 Comments
Terbaru
Terakhir