Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM5000 - RM200000
Kadar Keuntungan
4.54% p.a - 4.99% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1000
Tempoh Lulus
3 hari bekerja

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, atau lebih popular dengan nama Bank Rakyat. Pelan pembiayaan ini disasarkan khusus kepada penjawat awam, sama ada kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ataupun anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sekiranya anda berkhidmat di sektor swasta atau bekerja sendiri, sila lihat Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Pinjaman ini juga dikenali sebagai Bank Rakyat Personal Financing-i Public dan adalah pinjaman tidak bercagar. Oleh itu pemohon tidak perlu mengemukakan penjamin atau menyediakan cagaran untuk mohon pinjaman ini.

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM5,000 hingga mencecah RM200,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu bermula dari serendah 4.54% p.a.

Salah satu faktor yang buat pinjaman peribadi Bank Rakyat ini sangat popular di kalangan penjawat awam ialah kerana syarat kelayakan mohon yang tidak membebankan. Anda hanya perlu berumur lebih dari 18 tahun, berkhidmat lebih dari 3 bulan dan  berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM1,000 sebulan.

Pinjaman Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam juga membenarkan anda buat penyatuan hutang atau debt consolidation. Ciri ini sangat membantu di mana anda dapat menghimpunkan semua pinjaman yang sedia ada ke dalam satu pinjaman baru. Dengan kelebihan caj kadar keuntungan yang rendah, pelan pembiayaan Bank Rakyat ini sangat sesuai untuk situasi ini.

Sekiranya anda berminat untuk mohon pelan pinjaman ini, baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).

Kelebihan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Bank Rakyat Personal Financing-i Public menawarkan beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi Islamik yang lain. Berikut adalah ciri-ciri menarik skim pembiayaan peribadi daripada Bank Rakyat ini.

  • Pinjaman 100% patuh Syariah
    Dengan mengamalkan konsep komoditi Murabahah (Tawarruq), pinjaman ini adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya.
  • Syarat kelayakan mohon yang tidak membebankan
    Pelan pembiayaan ini adalah antara pelan yang mengenakan syarat kelayakan mohon yang longgar berbanding pembiayaan peribadi yang lain.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi
    Pinjaman ini menawarkan jumlah pembiayaan yang fleksibel. Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga RM200,000. Satu jumlah yang tinggi untuk pinjaman tidak bercagar.
  • Tempoh pembiayaan yang sangat fleksibel
    Bank Rakyat menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 10 tahun untuk Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam.
  • Kelayakan umur yang fleksibel
    Pinjaman ini dibuka kepada kakitangan awam, GLC dan anggota ATM yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun. Sangat sesuai bagi mereka yang baru mula berkhidmat dan ingin memohon pinjaman peribadi tak bercagar.
  • Caj kadar keuntungan terendah
    Pinjaman Bank Rakyat Personal Financing-i Public adalah antara pinjaman peribadi Islamik tak bercagar untuk sektor awam dengan kadar keuntungan terendah, iaitu antara 4.54% p.a hingga 4.99% p.a.
  • Ciri penyatuan hutang
    Dengan ciri penyatuan hutang (debt consolidation), pelan pembiayaan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan beban bayaran ansuran bulanan.
  • Tiada caj proses
    Bank Rakyat tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Bank Rakyat tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal jika anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh kontrak. Malah anda akan mendapat rebat (ibra’) dari Bank Rakyat.
  • Saluran bayaran balik yang fleksibel
    Anda boleh membayar pinjaman anda melalui beberapa saluran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), pindahan gaji ke Bank Rakyat, dan pembayaran elektronik.
  • Tempoh lulus yang pantas
    Anda hanya perlu tunggu 3 hari bekerja untuk mendapat tahu keputusan permohonan anda daripada Bank Rakyat.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam. Sekiranya anda berhasrat untuk memohon pinjaman ini, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Rakyat.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun (semasa tamat tempoh pembayaran).
  • Berkhidmat di Sektor Awam sebagai Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan anggota Angkatan Tentera Malaysia.
  • Berkhidmat dalam tempoh minimum 3 bulan.
  • Berpendapatan bulanan tetap RM1,000 atau tahunan tetap RM12,000.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan memohon Bank Rakyat Personal Financing-i Public seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk mohon pinjaman ini.

  • Salinan Kad Pengenalan MyKad/MyTentera.
  • Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  • Salah satu daripada dokumen di bawah: – Surat pengesahan jawatan daripada majikan. – Borang EA terkini.

Jadual Bayaran Bulanan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj-caj yang akan dikenakan sekiranya permohonan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam  anda lulus.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Caj Wakalah atau agensi RM30.00 (termasuk Yuran Broker).
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan (ganti rugi Ta`widh).

Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik, Bank Rakyat menawarkan pelan perlindungan Takaful daripada syarikat Takaful yang dilantik oleh Bank. Ini adalah pilihan dan tidak wajib. Anda juga bebas mengambil perlindungan Takaful daripada mana-mana syarikat Takaful di Malaysia.

Pihak Bank Rakyat juga akan memberikan rebat (Ibra’) untuk penyelesaian awal (early settlement). Kiraan Ibra’ adalah seperti berikut:

  • Rebat (Ibra’) = Keuntungan tertangguh + Prinsipal yang belum dikeluarkan (jika ada) – Caj lain (jika ada); Jadi
  • Jumlah penyelesaian  awal = Baki Harga Jualan – Ibra’ + Caj Lewat Bayar (jika ada).

Cara Mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Kelayakan gaji minimum yang rendah.
  • Kelayakan umur yang sangat fleksibel.
  • Kadar keuntungan yang rendah.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • Saluran bayaran balik yang fleksibel.
  • Tiada caj proses.
  • Rebat untuk penamatan awal.
Kekurangan
  • Perlu pengesahan majikan sekiranya tiada Borang EA.

Pinjaman peribadi Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam adalah pembiayaan peribadi Islamik tak bercagar yang sangat menarik untuk dimohon. Antara faktor utama yang buat pinjaman ini popular adalah kerana kelayakan gaji minimum yang sangat rendah. Bank Rakyat hanya menetapkan pendapatan bulanan RM1,000 sebagai gaji minimum untuk mohon. Kadar keuntungan yang rendah juga membantu mereka yang ingin meminjam jumlah yang besar dalam jangka masa yang panjang. Dokumen yang diperlukan juga sangat ringkas dan tidak membebankan. Sekiranya anda berkhidmat di dalam Sektor Awam dan ingin mencari pinjaman peribadi yang tak memerlukan cagaran atau penjamin, yang menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi, dan ingin buat pinjaman dalam tempoh yang lama – Bank Rakyat Personal Financing-i Public adalah antara pinjaman yang boleh anda mohon.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Potongan Gaji Majikan (PGM), Bayaran di kaunter.

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

545 Comments
Terbaru
Terakhir