Terma & Syarat

Sebelum mengakses laman web/portal ini, anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat berkenaan.

HAK, KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pinjaman Peribadi Bank boleh menyediakan pautan kepada laman-laman web yang lain. Pautan ini disediakan bagi tujuan kesenangan dan kemudahan anda. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga maka anda adalah dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang terkandung dalam laman-laman web berkenaan.

Adalah dengan ini anda memahami dan bersetuju bahawa Pinjaman Peribadi Bank tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas mana-mana sumber dan kandungan maklumat laman-laman web tersebut. Pinjaman Peribadi Bank tidak bertanggungjawab dan menyokong mana-mana iklan produk, perkhidmatan, komentar, ulasan, pandangan, cadangan dan/atau maklumat lain yang boleh atau telah mengakibatkan apa-apa kerosakan dan/atau kerugian kepada mana-mana pihak akibat daripada kepercayaan, pergantungan dan penggunaan maklumat yang terkandung dalam dan/atau menerusi laman-laman web tersebut.

Penamatan Perkhidmatan

Pinjaman Peribadi Bank mempunyai hak untuk menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan laman web ini, dan mana-mana perkhidmatan lain yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis tertakluk kepada bidang kuasa dan budi bicara Pinjaman Peribadi Bank, dan berkuatkuasa kuasa serta merta.

Perubahan kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan

Pinjaman Peribadi Bank mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, dalam keadaan kecemasan, perlindungan dan keselamatan privasi dan integriti laman web/portal atau dalam keadaan di luar kawalan, Pinjaman Peribadi Bank perlu dan akan mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini tanpa notis.

Dengan ini anda adalah dinasihati untuk mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Melalui akses secara berterusan dan rujukan kepada syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) anda adalah dianggap bersetuju, memahami dan mematuhi sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat pada laman web ini.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

Pinjaman Peribadi Bank mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis. Adalah dengan ini anda memahami dan bersetu bahawa Pinjaman Peribadi Bank dan mana-mana pihak lain tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak lain di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatan ini.

DASAR KESELAMATAN

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada ketetapan keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi adalah dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

PEMELIHARAAN HAK CIPTA

Anda dibenarkan mencetak, memuat turun (download) dan/atau memindah apa-apa maklumat dalam kandungan laman web ini untuk kegunaan persendirian sahaja dan bukan bagi tujuan komersial. Anda tidak dibenarkan membuat apa-apa salinan, penyiaran, muatan turun, muatan naik, penyimpanan, pemancaran, penyesuaian dan/atau pengubahan melalui mana-mana cara dan bentuk terhadap maklumat dalam kandungan laman web/portal ini tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis daripada Pinjaman Peribadi Bank. Sebarang modifikasi ke atas apa-apa maklumat yang terkandung dalam laman web/portal ini boleh atau akan mengakibatkan pendakwaan jenayah yang sewajarnya.