Akan dibuka dalam tab baharu

CIMB Cash Plus

CIMB Cash Plus Personal Loan
Pinjaman daripada CIMB Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM2000 - RM100000
Kadar Faedah
6.88% p.a - 14.88% p.a
Tempoh Pinjaman
24 - 84 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
24 hingga 48 jam

CIMB Cash Plus adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh CIMB Bank Berhad. Pinjaman CIMB ini adalah skim pembiayaan peribadi konvensional tidak bercagar. Anda tak perlu kemukakan sebarang cagaran atau sediakan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Skim pembiayaan peribadi Cash Plus menawarkan jumlah pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 7 tahun. Kadar faedah tahunan yang dikenakan adalah kadar faedah tetap iaitu antara 6.88% p.a hingga 14.88% p.a. Kadar faedah akan berubah mengikut jumlah dan tempoh pembiayaan yang diluluskan oleh pihak CIMB.

Pinjaman ini dibuka kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Untuk kakitangan kerajaan pula, pinjaman ini tidak ditawarkan kepada anda – maaf.

Jika anda berkhidmat di sektor awam, lihat senarai pinjaman peribadi untuk kakitangan awam

Salah satu ciri menarik yang buat pinjaman peribadi ini antara pelan pinjaman peribadi yang selalu dimohon adalah tempoh lulus yang sangat pantas. Anda boleh tahu keputusan permohonan anda hanya dalam tempoh 24 jam hari bekerja selepas anda mohon. Cuma pastikan dokumen yang dihantar adalah lengkap supaya pihak CIMB tak perlu follow up.

Pinjaman peribadi CIMB Cash Plus juga berkonsepkan “full disbursement”. Duit loan sepenuhnya akan masuk ke dalam akaun CIMB anda – tak ada caj proses atau caj-caj tersembunyi yang lain. Cuma caj duti setem sebanyak 0.5% akan dikenakan seperti yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Berminat nak mohon pinjaman ini? Baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan lengkap, dokumen yang diperlukan untuk mohon, jadual bayaran bulanan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas-talian (online) tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan CIMB.

Kelebihan CIMB Cash Plus

CIMB Cash Plus menawarkan beberapa ciri menarik yang buat pinjaman ini berbeza daripada pinjaman-pinjaman peribadi lain di Malaysia. Antara kelebihan pinjaman ini ialah:

  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    CIMB menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM2,000 hingga RM100,000. Anda boleh pilih sebarang nilai daripada julat pinjaman di atas.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun
    Anda boleh pilih tempoh bayaran ansuran dari 24 bulan (2 tahun) hingga 72 bulan (7 tahun). Pihak CIMB tidak akan menetapkan tempoh bayaran pinjaman anda seperti sesetengah pelan pinjaman peribadi yang lain. Jadi, anda boleh pilih tempoh bayaran yang anda ingini.
  • Keputusan pantas
    Cash Plus adalah antara pembiayaan peribadi di Malaysia yang menggunakan konsep “Instant Approval”. Anda akan mendapat keputusan permohonan anda dalam masa kurang daripada 24 jam hari bekerja (Isnin-Jumaat) dengan syarat anda cukup syarat kelayakan, dan anda hantar dokumen yang lengkap.
  • Tiada caj proses
    Tidak seperti pelan pinjaman peribadi konvensional yang lain, pihak CIMB tidak mengenakan sebarang caj proses atau caj-caj lain jika permohonan loan anda lulus. Yang ada cuma caj duti setem sebanyak 0.5% yang akan ditolak terus dari jumlah pinjaman yang lulus.
  • Kadar faedah berpatutan
    Pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi konvensional tak bercagar dengan caj kadar faedah tetap yang rendah. Kadar faedah yang dikenakan bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus. Lebih tinggi anda mohon, lebih rendah caj kadar faedah yang perlu anda bayar.
  • Tidak perlu penjamin dan pengesahan majikan
    Anda tidak mendapatkan sebarang penjamin atau pengesahan majikan untuk mohon pembiayaan CIMB Cash Plus. Dokumen pun tidak perlu disahkan oleh majikan. Sangat mudah untuk mohon pinjaman ini.

Syarat kelayakan untuk mohon

CIMB Bank Berhad tidak mengenakan syarat yang ketat kepada mereka yang ingin memohon pinjaman Cash Plus. Sekiranya anda ingin mohon pinjaman ini, berikut ialah syarat-syarat yang dikenakan.

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 58 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM2,000 ke atas atau tahunan RM24,000 ke atas.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA) di dalam laporan kredit CCRIS.

Syarat  untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri

  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekurang-kurangnya 1 tahun minimum.
  • Mempunyai akaun bank syarikat.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon CIMB Cash Plus, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman ini adalah sama seperti dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi lain di Malaysia. Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan. Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank):

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Penyata bank 3 bulan terkini.
  4. Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar tunai):

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji (tiada potongan EPF):

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  3. Penyata bank 6 bulan terkini.

Untuk kerja sendiri:

  1. Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  2. Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  3. Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  4. Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.

Jadual Bayaran Bulanan CIMB Cash Plus

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment CIMB Cash Plus. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran CIMB Cash Plus
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pembiayaan CIMB ini adalah pinjaman peribadi “Full Disbursement”. CIMB tidak mengenakan sebarang caj proses berbanding bank-bank lain. Caj yang dikenakan cuma caj setem duti sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang dimohon. CIMB juga tidak mengenakan caj penamatan awal (early termination fee). Walau bagaimanapun, caj sebanyak 1% daripada baki pinjaman akan dikenakan sekiranya peminjam lewat membuat pembayaran.

Cara Mohon CIMB Cash Plus

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman CIMB Cash Plus melalui beberapa kaedah, iaitu:

1. Kunjungi cawangan CIMB Bank Berhad

Jangan lupa bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti yang telah dinyatakan pada bahagian Dokumen di atas.

2. Mohon CIMB Cash Plus dalam talian (online)

  • Layari laman CIMB Cash Plus di laman sesawang rasmi CIMB Bank Berhad.
  • Klik butang “Apply Now”.
  • Lengkapkan borang permohonan seperti maklumat pinjaman dan maklumat peribadi.
  • Muat naik (upload) dokumen berkaitan seperti dokumen pengenalan diri dan bukti pendapatan.
  • Hantar permohonan anda.

Anda akan menerima SMS pengesahan daripada pihak CIMB sekiranya permohonan anda berjaya.

3. Mohon melalui CIMB Clicks

Selain mohon online menerusi laman web CIMB, anda juga boleh mohon online melalui aplikasi CIMB Clicks sekiranya anda adalah pelanggan CIMB.

  • Log masuk ke dalam aplikasi CIMB Clicks.
  • Pilih bahagian “Loans”.
  • Pilih “Apply for Personal Loan”, kemudian pilih “CIMB Cash Plus Personal Loan”.
  • Pilih jumlah dan tempoh pinjaman yang diingini dan hantar permohonan.

Pastikan anda peka terhadap sebarang makluman SMS atau panggilan daripada CIMB selepas menghantar permohonan CIMB Cash Plus anda. Pihak CIMB mungkin meminta maklumat atau dokumen tambahan sekiranya perlu.

Cara Semak Status Permohonan CIMB Cash Plus

Walaupun dalam kebanyakan kes permohonan CIMB Cash Plus anda boleh lulus dalam tempoh tidak lebih daripada 24 jam, anda masih boleh semak status permohonan pinjaman peribadi CIMB Cash Plus anda melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Laman CIMB Status Checker

  • Layari laman CIMB Status Checker.
  • Masukkan nombor pengenalan diri (MyKad) dan nombor permohonan yang diberikan semasa anda mohon.
  • Klik butang “next” untuk teruskan semakan status.

2. Aplikasi CIMB Clicks

Sekiranya anda pelanggan CIMB Bank Berhad, anda boleh menyemak sebarang status permohonan produk CIMB termasuk CIMB Cash Plus melalui aplikasi CIMB Clicks anda.

3. Hubungi khidmat pelanggan CIMB

Anda juga boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan CIMB di talian 1300 885 300 (Malaysia) atau +603-22956888 (Luar Negara) dan berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan untuk menyemak status permohonan CIMB Cash Plus anda.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Kelulusan segera dalam tempoh 24 jam.
  • Pembayaran penuh (full disbursement).
  • Tiada caj penamatan awal (early termination fee).
Kekurangan
  • Syarat kelayakan gaji yang agak tinggi.
  • Tidak dibuka kepada kakitangan kerajaan.

CIMB Cash Plus adalah pinjaman peribadi tak bercagar yang menawarkan ciri-ciri menarik bagi mereka yang ingin memohon pinjaman peribadi bank di Malaysia. Dengan tempoh mendapat keputusan permohonan pinjaman tak lebih dari 24 jam, pinjaman ini sangat sesuai jika anda inginkan wang segera. Ciri pembayaran penuh (full disbursement) juga membuatkan skim pinjaman ini antara pinjaman peribadi bank yang menonjol berbanding skim pinjaman yang lain. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan terutama kelayakan gaji yang agak tinggi mungkin membuatkan ramai yang sukar untuk memohon pinjaman ini.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan CIMB Cash Plus

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak CIMB Bank Berhad untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak CIMB Bank Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak CIMB Bank Berhad.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang CIMB Cash Plus?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

292 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right