Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM5000 - RM150000
Kadar Keuntungan
7.97% p.a - 8.12% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM2000
Tempoh Lulus
3 hari bekerja

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta adalah pelan pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, atau Bank Rakyat. Pelan pinjaman peribadi ini yang juga dikenali sebagai Bank Rakyat Personal Financing-i Private adalah sebuah pelan pinjaman Islamik tidak bercagar. Oleh itu anda sebagai pemohon tidak perlu mengemukakan penjamin atau menyediakan cagaran untuk mohon pelan ini.

Seperti namanya, pelan pembiayaan peribadi Bank Rakyat ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di sektor Swasta, atau mereka yang bekerja sendiri.

Sekiranya anda berkhidmat di Sektor Awam atau anggota Angkatan Tentera, sila lihat Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Salah satu keistimewaan pelan pinjaman peribadi Bank Rakyat ini adalah pelan ini ditawarkan kepada mereka yang berjawatan tetap mahupun yang berjawatan kontrak, dan juga kepada pemohon dengan pendapatan tidak tetap. Ini adalah satu kelebihan kerana rata-rata pelan pembiayaan peribadi hanya ditawarkan kepada mereka yang berjawatan tetap dan berpendapatan tetap.

Anda perlu berumur tidak kurang daripada 18 tahun dengan pendapatan gaji kasar lebih dari RM2,000 sebulan untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah bermula dari RM5,000 hingga jumlah maksimum 150,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan yang ditawarkan juga tidak membebankan, iaitu bermula dari serendah 7.97% p.a.

Satu lagi kelebihan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta ialah anda dibenarkan untuk buat penyatuan hutang dengan pinjaman ini. Penyatuan hutang atau Debt Consolidation adalah situasi di mana anda menghimpunkan semua pinjaman yang sedia ada ke dalam satu pinjaman baru dengan bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah.

Sekiranya anda berminat untuk mohon pelan pinjaman ini, baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran ansuran bulanan, caj yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas talian (online).

Kelebihan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Bank Rakyat Personal Financing-i Private menawarkan beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi Islamik yang lain. Berikut adalah ciri-ciri menarik skim pembiayaan peribadi daripada Bank Rakyat ini.

  • Ditawarkan kepada jawatan tetap dan kontrak
    Bank Rakyat menawarkan pelan pinjaman ini kepada pekerja sektor swasta dengan jawatan tetap dan juga jawatan kontrak.
  • Ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tidak tetap
    Pelan pinjaman Personal Financing-i Private Bank Rakyat ini bukan sahaja ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tetap, tetapi juga kepada mereka yang berpendapatan tidak tetap seperti pendapatan komisen, berniaga dan golongan profesional.
  • Pinjaman 100% patuh Syariah
    Dengan mengamalkan konsep komoditi Murabahah, pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Pinjaman ini menawarkan jumlah pembiayaan yang fleksibel. Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga RM150,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel dan panjang
    Bank Rakyat menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 10 tahun untuk Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta.
  • Jumlah lulus yang tinggi
    Jika pinjaman lain cuma meluluskan sehingga 12 kali ganda gaji anda, Bank Rakyat Personal Financing-i Private boleh meluluskan sehingga 25 kali ganda gaji kasar anda.
  • Kadar keuntungan tetap yang rendah
    Pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi Islamik dengan kadar keuntungan terendah, bermula dari 7.97% p.a hingga 8.12% p.a.
  • Ciri penyatuan hutang
    Pelan pembiayaan ini adalah antara pinjaman yang menawarkan kelebihan penyatuan hutang (Debt Consolidation). Sesuai untuk mereka yang ingin menyatukan pinjaman yang sedia ada ke dalam satu pinjaman.
  • Tiada caj penamatan awal
    Bank Rakyat tidak mengenakan sebarang caj atau fi sekiranya anda berhasrat untuk membayar baki pinjaman lebih awal dari tarikh yang dipersetujui.
  • Saluran bayaran semula yang fleksibel
    Anda boleh membayar pinjaman anda melalui beberapa saluran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), pindahan gaji ke Bank Rakyat, dan pembayaran elektronik.

Syarat kelayakan untuk mohon

Syarat kelayakan memohon yang ditetapkan oleh Bank Rakyat untuk mohon Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta adalah bergantung kepada jenis pendapatan anda. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum mohon.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Berpendapatan Tetap

  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Berjawatan Tetap – Berpendapatan minimum bulanan RM2,000 atau tahunan RM24,000.
  • Berjawatan Kontrak – Berpendapatan minimum bulanan RM8,000 atau tahunan RM96,000.

Berpendapatan Tidak Tetap

  • Berumur 18 tahun hingga 55 tahun.
  • Berpendapatan minimum bulanan RM5,000 atau tahunan RM60,000.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Seperti syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan juga adalah bergantung kepada jenis pendapatan pemohon. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta.

Berpendapatan Tetap

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan Penyata KWSP terkini.
  5. Salah satu daripada dokumen di bawah: – Surat pengesahan majikan. – Borang EA. – Slip e-B daripada LHDN.

Berpendapatan Tidak Tetap

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan Borang B LHDN/resit bayaran.
  3. Salinan Penyata Bank 6 bulan terkini.

Dokumen Tambahan Untuk Pemilik Perniagaan & Golongan Profesional

  1. Salinan Penyata Bank akaun syarikat 6 bulan terkini.
  2. Borang pendaftaran A dan D / Borang 24 dan 49 untuk syarikat.
  3. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.

Dokumen Tambahan Untuk Berpendapatan Komisen

  1. Penyata komisen 6 bulan terkini.

Jadual Bayaran Bulanan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj-caj yang akan dikenakan sekiranya permohonan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta anda lulus.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj duti setem sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Caj Wakalah atau agensi RM30.00 (termasuk Yuran Broker).
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada jumlah tunggakan (ganti rugi Ta`widh).

Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik, Bank Rakyat menawarkan pelan perlindungan Takaful daripada syarikat Takaful yang dilantik oleh Bank. Ini adalah pilihan dan tidak wajib. Anda juga bebas mengambil perlindungan Takaful daripada mana-mana syarikat Takaful di Malaysia.

Cara Mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah lulus yang tinggi sehingga 25 kali ganda gaji kasar.
  • Ditawarkan kepada jawatan tetap dan juga kontrak.
  • Ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tetap dan tidak tetap.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • Saluran bayaran balik yang fleksibel.
Kekurangan
  • Kelayakan gaji minimum yang agak tinggi untuk jawatan kontrak.
  • Keperluan dokumen yang agak rumit.

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang ditawarkan oleh Bank Rakyat dengan banyak ciri-ciri menarik. Pinjaman ini ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta, sama ada berjawatan tetap dan kontrak dan juga berpendapatan tetap atau tidak tetap. Dengan jumlah lulus sehingga 25 kali ganda gaji kasar, ini adalah antara pinjaman peribadi tak bercagar yang menawarkan jumlah lulus yang sangat tinggi berbanding pinjaman lain. Kadar keuntungan tahunan yang ditawarkan juga adalah antara yang terendah antara pinjaman peribadi Islamik di Malaysia. Jika anda cukup syarat kelayakan untuk mohon, ini adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang sangat menarik untuk dimohon.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Potongan Gaji Majikan (PGM), Bayaran di kaunter.

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad) atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad). Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad).

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

287 Comments
Terbaru
Terakhir