Akan dibuka dalam tab baharu

Shopee Memperkenalkan Pinjaman Peribadi Shopee Sloan

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Pinjaman peribadi Shopee Sloan

Shopee telah mengumumkan produk terbaru mereka di Malaysia, iaitu pinjaman peribadi Shopee Sloan. Sebagai sebuah platform e-dagang popular di Malaysia, Shopee telah memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan kewangan seperti ShopeePay, SpayLater, dan personal loan Sloan adalah produk kewangan terbaru mereka.

Walaupun pinjaman peribadi Shopee Sloan baru sahaja diperkenalkan di Malaysia, pihak Shopee telah lama memasarkan Sloan di negara lain seperti Thailand, Indonesia, dan Filipina. Produk ini dikenali sebagai Spinjam di Indonesia, dan SEasyCash di Thailand.

Menurut pihak Shopee, Sloan adalah sebuah produk pembiayaan digital yang fleksibel dengan proses permohonan pinjaman, kelulusan, dan pengeluaran yang lebih mudah berbanding produk pinjaman yang sedia ada. Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Shopee Sloan ialah proses permohonan yang ringkas dan tempoh kelulusan dalam masa 24 jam.

Pelan pinjaman peribadi Sloan adalah pelan pinjaman konvensional dan ditawarkan kepada Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Jumlah pembiayaan bermula daripada RM1,000 sehingga pembiayaan maksimum RM100,000. Tempoh pembiayaan pula adalah antara 3, 6, dan 12 bulan dengan caj kadar faedah 18% p.a. Kadar faedah adalah kadar tetap sepanjang tempoh pembiayaan.

Sekiranya permohonan anda lulus, anda akan dikenakan beberapa caj iaitu caj setem duti berjumlah 0.5% daripada jumlah pinjaman dan caj pengesahan RM5 untuk setiap pengeluaran pinjaman.

Sekiranya anda gagal buat bayaran balik mengikut jadual, caj lewat bayar sebanyak 8% setahun akan dikenakan. Caj lewat bayar ini dikira berdasarkan hari, oleh itu pastikan anda buat bayaran bulanan tepat pada masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, anda juga boleh buat bayaran lebih awal daripada tempoh asal tanpa sebarang caj. Bayaran balik boleh dilakukan melalui kredit ShopeePay atau melalui perbankan Internet.

Langkah bayaran balik Shopee Sloan
Langkah bayaran balik Shopee Sloan

Buat masa ini, pinjaman peribadi Shopee Sloan hanya ditawarkan kepada pengguna Shopee terpilih sahaja. Sekiranya anda terpilih untuk memohon pinjaman peribadi Shopee ini, anda perlu mengaktifkan perkhidmatan Sloan melalui akaun Shopee anda.

Layari laman profil anda dan tekan ikon Sloan pada bahagian My Wallet. Ikuti arahan yang dinyatakan pada laman tersebut untuk meneruskan permohonan.

shopee sloan activate
Cara mengaktifkan Shopee Sloan

Anda boleh layari laman Soalan Lazim Shopee Sloan untuk maklumat lanjut berhubung produk pinjaman peribadi Shopee ini atau hubungi pihak Shopee melalui aplikasi Shopee anda untuk maklumat lanjut.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

4 Comments
Terbaru
Terakhir