MBSB Personal Financing Afdhal-i adalah pelan pembiayaan peribadi daripada MBSB Bank Berhad. Pelan pembiayaan ini adalah pelan pembiayaan Islamik 100% patuh Syariah dengan berasaskan konsep Tawarruq atau Komoditi Murabahah. Pinjaman ini juga adalah pinjaman tidak bercagar. Oleh itu anda tidak perlu mengemukakan cagaran atau menyediakan penjamin untuk mohon.
Pihak MBSB menawarkan pelan pembiayaan ini kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan pusat dan negeri, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies – GLC), dan juga kakitangan badan-badan berkanun.
Sekiranya anda berkhidmat di sektor swasta atau bekerja sendiri dan ingin mohon pembiayaan dari MBSB, anda boleh rujuk MBSB Pembiayaan Peribadi Private-i.
Anda perlu berumur tidak kurang dari 19 tahun dan tidak lebih dari 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran. Kelayakan pendapatan yang diperlukan pula ialah gaji kasar lebih dari RM3,000 sebulan atau RM36,000 setahun. Anda juga perlu menyandang jawatan tetap dan telah berkhidmat tidak kurang dari setahun.
Anda boleh mohon pembiayaan sehingga RM400,000 dengan MBSB Pembiayaan Peribadi Afdal-i ini. Satu jumlah yang agak tinggi berbanding dengan pelan pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar daripada bank yang lain. Tempoh pembiayaan pula adalah antara 2 tahun hingga 10 tahun dengan caj kadar keuntungan rata 6.0% p.a.
Berminat untuk mohon pinjaman MBSB Personal Financing Afdhal-i? Baca lebih lanjut tentang ciri pembiayaan ini, syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran ansuran, caj & fi yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon pelan pembiayaan ini secara atas-talian (online).





