MBSB Personal Financing Private-i

MBSB Personal Financing Private-i
MBSB Bank Berhad
Pinjaman daripada MBSB Bank Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM1000 hingga RM300000
Tempoh Pembiayaan 24 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 10.6% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM3500 sebulan atau RM42000 setahun
Had Umur 21 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Keputusan Pantas (Fast Approval), Penyatuan Hutang
Tempoh Keputusan Lulus 24 jam hari bekerja

MBSB Personal Financing Private-i juga dikenali sebagai MBSB Private Sector PF-i adalah pelan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh MBSB Bank Berhad. Pelan pembiayaan peribadi MBSB ini adalah pinjaman Islamik patuh Syariah dengan berkonsepkan Komoditi Murabahah (Tawarruq). Pinjaman ini juga adalah di dalam kategori pinjaman peribadi Islamik tak bercagar. Oleh itu, anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.

Seperti namanya, MBSB Pembiayaan Peribadi Sektor Swasta-i ditawarkan kepada kakitangan sektor swasta, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan mereka yang bekerja sendiri. Rujuk kelayakan pekerjaan lengkap pada bahagian syarat kelayakan di bawah.

Jika anda adalah kakitangan kerajaan dan ingin mohon pinjaman peribadi MBSB, sila rujuk MBSB Personal Financing Afdhal-i atau MBSB Personal Financing Mumtaz-i.

MBSB Personal Financing Private-i menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi – iaitu sehingga RM300,000. Ini adalah antara jumlah yang tertinggi untuk pelan pembiayaan peribadi yang dibuka permohonan kepada kakitangan swasta dan individu yang bekerja sendiri. Anda boleh pilih tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga 10 tahun, juga satu tempoh yang panjang untuk pembiayaan peribadi swasta. Caj kadar keuntungan tahunan yang dikenakan pula berpatutan untuk pembiayaan peribadi swasta tidak bercagar, iaitu kadar rata bermula dari 10.6% p.a.

Untuk layak mohon anda perlu berumur 21 tahun ke atas, dan umur maksimum yang dibenarkan ialah 60 tahun pada tarikh akhir bayaran pembiayaan. Kelayakan pendapatan yang dibenarkan pula ialah gaji kasar tidak kurang dari RM42,000 setahun, atau RM3,500 sebulan.

Salah satu kelebihan yang ditawarkan oleh MBSB Pembiayaan Peribadi Sektor Swasta-i ini ialah ciri penyatuan hutang (debt consolidation). Ciri ini sangat sesuai bagi mereka yang dibebankan dengan terlalu banyak pinjaman. Dengan pembiayaan dari MBSB ini, anda boleh menghimpunkan semua pinjaman aktif anda ke dalam pelan pembiayaan ini. Seterusnya anda hanya perlu membayar satu pembiayaan sahaja setiap bulan.

Berminat untuk mohon MBSB Personal Financing Private-i? Baca lebih lanjut tentang ciri menarik pembiayaan ini, syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran ansuran, caj & fi yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon pelan pembiayaan ini secara atas-talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan MBSB Personal Financing Private-i

Pelan pembiayaan ini menawarkan beberapa kelebihan untuk kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Berikut adalah ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh pinjaman ini.

  • 100% patuh Syariah
    Pelan pembiayaan peribadi ini adalah pinjaman peribadi Islamik patuh Syariah sepenuhnya dengan menggunakan konsep komoditi Murabahah (Tawarruq).
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi
    Pinjaman peribadi MBSB ini memberikan jumlah pembiayaan yang paling fleksibel. Anda boleh mohon serendah RM1,000 sehingga mencecah RM300,000 – Satu jumlah yang tinggi untuk pembiayaan peribadi kakitangan swasta/bekerja sendiri.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel dan panjang
    Selain jumlah pembiayaan yang tinggi, tempoh pembiayaan yang diberikan juga adalah fleksibel dan panjang. Anda boleh memilih tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga 10 tahun untuk menguruskan kewangan anda.
  • Had umur yang fleksibel
    MBSB membuka permohonan pinjaman ini kepada mereka yang berumur dari 21 tahun sehingga 60 tahun (tempoh habis bayar pinjaman).
  • Pilihan saluran bayaran balik
    Anda boleh membayar semula pinjaman MBSB anda melalui bayaran tunai di cawangan MBSB atau cawangan Bank Simpanan Nasional, dan melalui transaksi online dari Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, JomPay atau Bank pilihan anda.
  • Kelebihan penyatuan hutang
    Pelan pembiayaan ini adalah antara pelan yang membenarkan anda buat penyatuan hutang, atau debt consolidation. Anda boleh menghimpunkan semua pinjaman atau hutang yang sedia ada ke dalam pelan pembiayaan ini. Dalam erti kata lain, anda cuma perlu buat bayaran bulanan untuk satu pinjaman sahaja sekiranya permohonan penyatuan hutang anda diluluskan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh MBSB Bank Berhad untuk memohon. Berikut ialah syarat kelayakan untuk mohon.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun (pada tarikh akhir pembayaran pinjaman).
  • Berkhidmat/berjawatan di salah satu kategori berikut:
    – Syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia (Public LIsted Companies).
    – Syarikat Multi-Nasional.
    – Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
    – Sektor Pendidikan.
    – Golongan Profesional.
    – Bekerja Sendiri
  • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat lebih dari 12 bulan untuk kerja makan gaji; atau mempunyai sijil Profesional yang sah dan tempoh perniagaan melebihi 24 bulan untuk golongan Profesional/Bekerja Sendiri.
  • Berpendapatan bulanan RM3,500 (gaji kasar) ke atas atau pendapatan tahunan RM42,000 (gaji kasar) ke atas.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon MBSB Personal Financing Private-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut untuk mohon.

Bekerja Makan Gaji

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan penyata KWSP (EPF) terkini; atau Salinan Borang EA; atau Salinan Borang BE dengan resit bayaran cukai.
  4. Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  5. Surat pengesahan dari Majikan.

Bekerja Sendiri

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan Borang Pendaftaran Syarikat/ Borang 9, 24, 49, B & D.
  3. Lesen Sijil Profesional.
  4. Borang B terkini dengan resit bayaran cukai.
  5. Salinan penyata akaun semasa bank 6 bulan terkini atau penyata akaun simpanan bank.

Jadual Bayaran Bulanan MBSB Personal Financing Private-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment MBSB Personal Financing Private-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran MBSB Personal Financing Private-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Oleh kerana MBSB Pembiayaan Peribadi Sektor Swasta-i adalah pinjaman Islamik, MBSB Berhad tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan untuk pinjaman ini. Berikut adalah caj atau fi untuk pelan pembiayaan ini.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Wakalah sebanyak RM34.00.
  3. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  4. Tiada caj penamatan awal.
  5. Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan.
  6. Caj Perlindungan Takaful sekiranya anda berhasrat untuk mengambil perlindungan Takaful untuk pinjaman ini. Anda boleh memilih untuk mengambil perlindungan melalui Panel Takaful MBSB atau sebarang perlindungan Takaful pilihan anda.
  7. Caj IBG (Interbank GIRO) sebanyak RM4.24 untuk pemindahan pinjaman (disbursement) ke akaun Bank pilihan anda.

Cara Mohon MBSB Personal Financing Private-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon MBSB Personal Financing Private-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan MBSB Bank Berhad berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon Pembiayaan Peribadi-i MBSB secara dalam talian melalui sistem permohonan pinjaman M Fast daripada pihak MBSB.

Review MBSB Personal Financing Private-i

MBSB Personal Financing Private-i adalah antara pinjaman peribadi Islamik tak bercagar untuk kakitangan swasta yang menawarkan jumlah pembiayaan yang sangat tinggi, iaitu sehingga RM300,000. Selain ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di sektor swasta, pinjaman ini juga ditawarkan kepada golongan Profesional dan mereka yang bekerja sendiri. Tempoh pembiayaan yang ditawarkan juga sangat panjang, iaitu sehingga 10 tahun pembiayaan. Walau bagaimanapun, syarat kelayakan gaji minimum yang ditetapkan mungkin menyukarkan pinjaman ini dimohon untuk sesetengah individu yang berpendapatan sederhana. Keperluan dokumen juga agak rumit dan mungkin membebankan sesetengah pemohon. Tetapi, jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan ingin meminjam jumlah pembiayaan yang tinggi, ini adalah antara pinjaman yang perlu anda beri perhatian.

thumbs-up
Kelebihan
  • Jumlah pembiayaan sehingga RM300,000.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • 100% patuh Syariah.
  • Saluran bayaran balik yang fleksibel.
thumbs-down
Kekurangan
  • Tidak ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan.
  • Syarat kelayakan gaji minimum yang agak tinggi.
Rating
3.9/5

Soalan Lazim MBSB Personal Financing Private-i

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan MBSB Personal Financing Private-i
Apakah MBSB Personal Financing Private-i?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh MBSB Bank Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Bekerja Sendiri, Kakitangan GLC, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 21 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon MBSB Personal Financing Private-i?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM1000 hingga RM300000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak MBSB Bank Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 24 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak MBSB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Cara Mohon MBSB Personal Financing Private-i di atas.

Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 24 jam hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak MBSB Bank Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak MBSB Bank Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak MBSB Bank Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik MBSB Personal Financing Private-i.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Potongan Gaji Majikan (PGM), Bayaran di kaunter.

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak MBSB Bank Berhad. Atau anda boleh guna khidmat untuk bantuan dan panduan mohon. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada MBSB Personal Financing Private-i yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak MBSB Bank Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak MBSB Bank Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak MBSB Bank Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi MBSB Personal Financing Private-i. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi MBSB Personal Financing Private-i.

Ada soalan tentang MBSB Personal Financing Private-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

51 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right