Akan dibuka dalam tab baharu

KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM1000 - RM100000
Kadar Keuntungan
5.90% p.a - 5.90% p.a
Tempoh Pembiayaan
12 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1800
Tempoh Lulus
6 hingga 8 hari bekerja

KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq, juga dikenali sebagai KOPUTRI CIMB adalah sebuah pelan pembiayaan peribadi daripada Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad. Koperasi Putri Terbilang, atau KOPUTRI adalah sebuah badan Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan mempunyai anggota di seluruh negara.

Pinjaman peribadi KOPUTRI ini adalah hasil daripada kerjasama yang dijalinkan antara KOPUTRI dan CIMB Bank Berhad. Pelan pembiayaan ini adalah pinjaman Islamik tak bercagar – pemohon tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk layak mohon. Pembiayaan ini juga adalah 100% patuh Syariah dengan konsep Tawarruq.

Seperti kebanyakan pinjaman peribadi koperasi, pinjaman KOPUTRI ini hanya ditawarkan kepada penjawat awam, iaitu mereka yang berkhidmat di sektor awam. Ini termasuk kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies – GLC), dan kakitangan badan berkanun. Skim pembiayaan ini tidak ditawarkan kepada kakitangan sektor swasta, mereka yang bekerja sendiri, atau anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jika anda berkhidmat di sektor awam, berumur lebih 21 tahun dengan pendapatan bulan tidak kurang dari RM1,800 – anda layak untuk mohon KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq. Anda juga perlu berjawatan tetap dan telah berkhidmat tidak kurang daripada 8 bulan.

Sekiranya anda layak, anda boleh mohon pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh pinjaman maksimum sehingga 10 tahun. Caj perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan juga sangat berpatutan, iaitu serendah 5.90% p.a.

Apa yang buat pinjaman ini menonjol berbanding pinjaman dan pembiayaan peribadi yang lain ialah layak mohon walaupun rekod CCRIS atau CTOS kurang cantik. Anda juga boleh mohon pembiayaan peribadi ini untuk melakukan penyatuan hutang (debt consolidation).

Berminat untuk mohon KOPUTRI Pembiayaan Tawaruq? Baca lebih lanjut tentang ciri istimewa pembiayaan peribadi KOPUTRI, syarat kelayakan lengkap, dokumen yang perlu anda sediakan, caj dan fi yang dikenakan, jadual bayaran bulanan dan bagaimana anda boleh mohon secara atas-talian (online) tanpa perlu mengunjungi Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad.

Kelebihan KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

KOPUTRI pembiayaan Tawarruq menawarkan beberapa kelebihan berbanding pelan pinjaman peribadi yang lain. Berikut ialah ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh skim pembiayaan ini.

  • 100% patuh syariah
    Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik berasaskan konsep Tawarruq yang patuh Syariah sepenuhnya.
  • Tidak perlu cagaran atau pinjaman
    Sebagai pinjaman tidak bercagar, tiada cagaran yang dikenakan dan pemohon juga tidak perlu memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman ini.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel
    Mohon serendah RM1,000 sehingga jumlah maksimum RM100,000 melalui pinjaman ini.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh memilih tempoh bayaran balik dari 2 tahun hingga tempoh maksimum 10 tahun.
  • Kadar keuntungan rata dan rendah
    Koperasi Putri Terbilang hanya mengenakan caj kadar faedah rata yang sangat rendah, iaitu 5.90% p.a.
  • Payout yang tinggi
    Pinjaman ini adalah antara pinjaman dengan jumlah payout yang tinggi, iaitu sehingga 95% daripada jumlah pinjaman lulus.
  • Kelayakan gaji yang tidak membebankan
    Anda hanya perlu berpendapatan tidak kurang dari RM1,800 sebulan untuk melayakkan anda mohon pinjaman ini.
  • Pembayaran semula melalui potongan gaji
    Bayaran bulanan adalah menggunakan khidmat BIRO Perkhidmatan Angkasa (BPA).
  • Perlindungan Insurans Takaful
    Perlindungan insurans dalam bentuk Insurans Takaful disertakan sekiranya pinjaman anda lulus.
  • CCRIS dan CTOS boleh mohon
    Anda ada tunggakan di rekod CCRIS, atau rekod CTOS anda kurang cantik – anda masih boleh mohon pinjaman ini. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada syarat dan terma yang ditetapkan.
  • Komitmen luar tinggi boleh mohon
    Begitu juga sekiranya anda sukar untuk mohon pinjaman kerana komitmen luar slip gaji yang tinggi – anda boleh cuba mohon pinjaman ini. Pinjaman KOPUTRI CIMB ini membenarkan anda mohon walaupun anda mempunyai komitmen luar yang tinggi.
  • Penyatuan hutang dibenarkan
    Sekiranya anda mempunyai masalah bebanan hutang dan ingin menyelesaikan semua hutang-hutang anda, anda boleh mohon penyatuan hutang melalui pinjaman ini.
  • Rebat untuk penyelesaian awal
    Anda akan diberikan rebat (Ibra’) sekiranya anda ingin melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh pinjaman.
  • Keahlian KOPUTRI
    Anda juga akan menjadi anggota Koperasi Putri Terbilang Malaysia sekiranya pinjaman anda lulus. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan sebagai ahli KOPUTRI.

Syarat kelayakan untuk mohon

Sekiranya anda berminat untuk mohon pinjaman ini, berikut ialah syarat-syarat kelayakan lengkap yang telah ditetapkan oleh Koperasi Putri Terbilang.

  • Berumur 21 hingga 54 tahun.
  • Berkhidmat di sektor awam sebagai Kakitangan Kerajaan, Kakitangan GLC, atau kakitangan Badan Berkanun.
  • Berjawatan tetap dan telah berkhidmat tidak kurang dari 8 bulan.
  • Berpendapatan bulanan (berserta elaun tetap) RM1,800 ke atas.
  • Potongan di slip gaji tidak melebihi 60%.
  • Senarai hitam (Blacklist) CTOS tidak lebih dari RM5,000.
  • Tunggakan di CCRIS termasuk Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA – Special Attention Account) perlu diselesaikan dengan pinjaman ini.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon KOPUTRI pembiayaan Tawarruq.

  1. 3 salinan kad pengenalan (MyKad) atau kad anggota Polis depan dan belakang – perlu disahkan oleh majikan.
  2. 1 bulan penyata gaji asal terkini.
  3. 3 salinan penyata gaji 3 bulan terkini – perlu disahkan oleh majikan.
  4. Salinan bil utiliti (telefon/elektrik/air) terkini.
  5. Salinan buku simpanan akaun bank CIMB. * Sekiranya akaun bank selain CIMB – caj tambahan akan dikenakan.
  6. Salinan surat pilihan persaraan (jika perlu) – perlu disahkan oleh majikan.
  7. Penyata penyelesaian awal (jika perlu).

Jadual Bayaran Bulanan KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut ialah caj dan fi yang dikenakan untuk pinjaman peribadi KOPUTRI sekiranya permohonan pinjaman anda lulus.

  1. Caj setem duti 0.5%.
  2. Caj perlindungan Insurans Takaful.
  3. Tiada caj proses.
  4. Tiada caj penamatan awal (anda akan diberikan rebat untuk penamatan awal).
  5. Tiada caj lewat bayar kerana pembayaran semula adalah melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA).

Sebarang caj tambahan berhubung keanggotaan Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad adalah bergantung kepada pihak KOPUTRI.

Cara Mohon KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon pinjaman KOPUTRI Pembiayaan Peribadi CIMB dengan mengunjungi Ibu Pejabat Pemasaran KOPUTRI di alamat No.22 & 24, Wisma KOPUTRI, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Caj kadar keuntungan yang rendah.
  • Payout yang tinggi.
  • CTOS/CCRIS boleh mohon.
  • Komitmen luar tinggi boleh mohon.
  • Penyatuan hutang dibenarkan.
  • Kelayakan gaji yang rendah.
Kekurangan
  • Hanya ditawarkan kepada penjawat awam.
  • Salinan dokumen perlu disahkan.
  • Akaun bank pembayaran selain CIMB akan dikenakan caj tambahan.

Pinjaman peribadi KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq adalah pinjaman koperasi dengan dana daripada CIMB Bank Berhad. Pinjaman ini menawarkan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh kebanyakan pinjaman peribadi yang lain seperti kelayakan CCRIS dan CTOS, kelayakan mohon walaupun pemohon mempunyai komitmen luar yang tinggi, dan juga permohonan untuk buat penyatuan hutang. Ketiga-tiga ciri ini sudah cukup untuk buat pinjaman ini pilihan yang tepat bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan dan ingin menyusun semula strategi pengurusan kewangan mereka. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan pinjaman koperasi yang lain – pinjaman ini hanya ditawarkan kepada penjawat awam sahaja. Jumlah pinjaman yang ditawarkan juga agak rendah berbanding pinjaman peribadi koperasi yang lain. Tetapi, payout yang tinggi sehingga 95% menjadikan pinjaman ini antara pinjaman peribadi yang popular dan sering dimohon.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd. untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd. atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai rekod blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun, ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh cuba mohon pelan ini walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS anda asalkan tunggakan tidak lebih dari 2 bulan, dan akaun anda bukan di bawah pemerhatian khas, atau Special Attention Account(SAA). Walau bagaimanapun, perkara ini masih tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak KOPUTRI – Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd..

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang KOPUTRI Pembiayaan Tawarruq?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

6 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right