Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung
Bank Islam Malaysia Berhad
Pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad
share-nodes
Kongsi
Kategori Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan RM10000 hingga RM300000
Tempoh Pembiayaan 12 hingga 120 Bulan
Kadar Keuntungan Tahunan 4.42% p.a hingga 4.52% p.a
Sektor Pekerjaan Kakitangan Swasta / Kakitangan Kerajaan / Kakitangan GLC
Kelayakan Gaji Gaji Kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Had Umur 18 hingga 60 Tahun
Ciri Menarik Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi, Keputusan Pantas (Fast Approval)
Tempoh Keputusan Lulus 5 hari bekerja

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung adalah pelan pembiayaan peribadi daripada Bank Islam. Pelan pinjaman peribadi ini juga dikenali sebagai Bank Islam Personal Financing-i (package with floating rate).

Terdapat dua pelan Pembiayaan Peribadi-i Pakej yang ditawarkan oleh Bank Islam, iaitu Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap dan Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Terapung. Laman ini memberikan informasi berkaitan Pakej Kadar Terapung.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang Pakej Kadar Tetap di laman Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap.

Pelan pinjaman peribadi daripada Bank Islam ini adalah pinjaman peribadi Islamik tidak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pelan pembiayaan ini.

Pelan Pembiayaan Bank Islam ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, dan badan berkanun. Pembiayaan ini juga ditawarkan kepada kakitangan swasta daripada syarikat yang terpilih. Anda perlu berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran. Syarat kelayakan pendapatan yang diperlukan ialah anda menerima gaji bulanan tidak kurang daripada RM2,000, atau pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000.

Sekiranya anda layak untuk mohon – anda boleh mohon sehingga RM300,000 dengan tempoh pembiayaan sepanjang 10 tahun. Satu jumlah yang tinggi dengan tempoh yang lama. Caj perkongsian kadar keuntungan yang dikenakan juga agak berpatutan, iaitu bermula dari serendah 4.42% p.a.

Satu lagi ciri menarik Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung ialah tempoh lulus yang pantas. Anda hanya perlu menunggu tidak lebih daripada 5 hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan pembiayaan anda.

Berminat untuk mohon pelan pembiayaan ini? Baca lebih lanjut tentang kelebihan dan ciri-ciri menarik pembiayaan peribadi ini, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, caj yang dikenakan, jumlah instalment bulanan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara atas-talian (online).

Isi kandungan

chevron-down
  1. square-arrow-down-rightKelebihan pinjaman
  2. square-arrow-down-rightSyarat kelayakan mohon
  3. square-arrow-down-rightdokumen yang diperlukan
  4. square-arrow-down-rightJadual bayaran balik
  5. square-arrow-down-rightCaj dan fi
  6. square-arrow-down-rightCara mohon
  7. square-arrow-down-rightReview
  8. square-arrow-down-rightSoalan lazim
  9. square-arrow-down-rightPertanyaan dan maklumbalas

Kelebihan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung

Sebagai antara institusi kewangan Islamik di Malaysia, Bank Islam menawarkan beberapa ciri menarik untuk Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung. Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan pelan pinjaman peribadi ini.

  • 100% patuh Syariah
    Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya dengan konsep Tawarruq, dan komoditi Murabahah.
  • Tidak bercagar
    Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, pemohon tidak perlu kemukakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pelan pembiayaan ini.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi
    Bank Islam menawarkan jumlah pembiayaan sangat fleksibel iaitu serendah RM10,000 hingga RM300,000. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan juga agak tinggi berbanding pelan pembiayaan peribadi yang lain di Malaysia.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Islam untuk pinjaman ini adalah dari 1 tahun hingga 10 tahun. Ini memudahkan anda untuk merancang pelan kewangan anda.
  • Kadar keuntungan terapung (floating rate) yang rendah
    Seperti nama pinjaman ini, Bank Islam menawarkan kadar keuntungan terapung (floating profit rate) yang rendah, iaitu bermula dari 4.42% p.a hingga 4.52% p.a. Kadar keuntungan adalah bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan. Sila rujuk bahagian Jadual Pembayaran Balik untuk maklumat lengkap.
  • Kelulusan pantas
    Anda hanya perlu menunggu kurang dari 5 hari bekerja untuk mengetahui keputusan permohonan pinjaman Bank Islam anda selepas anda menghantar semua dokumen yang diperlukan.
  • Tiada caj proses
    Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik, Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya permohonan Pembiayaan Peribadi-i Pakej anda lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Pihak Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui. Anda juga akan diberikan rebat (Ibra’) oleh Bank Islam.
  • Kaedah bayaran balik yang fleksibel
    Anda boleh buat bayaran bulanan untuk Pembiayaan Peribadi-i Pakej anda melalui Potongan Gaji Majikan (PGM) atau pindahan gaji ke Bank Islam menerusi Autodebit.

Syarat kelayakan untuk mohon

Bank Islam tidak mengenakan syarat yang ketat untuk permohonan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung. Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sekiranya anda ingin mohon pinjaman ini.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Bekerja/Berkhidmat di salah satu kategori berikut:
    – Kakitangan Kerajaan.
    – Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
    – Kakitangan Swasta (Syarikat Sendirian Berhad terpilih dalam Pakej Bank Islam).
  • Berpendapatan bulanan RM2,000 (gaji kasar) atau tahunan RM24,000 (gaji kasar).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia atau AEON Credit.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Islam dan ingin mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung, berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan Penyata Bank (pengkreditan gaji) 3 bulan terkini.
  4. Surat pengesahan jawatan terkini.
  5. Salah satu daripada dokumen di bawah: – Salinan penyata KWSP (EPF) terkini; – Salinan penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC).

Jadual Bayaran Bulanan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj atau fi yang akan dikenakan oleh pihak Bank Islam sekiranya permohonan Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Terapung telah diluluskan.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% daripada jumlah lulus.
  3. Caj Agensi (Wakalah) RM50.00
  4. Pembayaran pendahuluan bersamaan 2 bulan ansuran bulanan. Anda tidak perlu membayar ansuran pada dua bulan pertama tempoh pembiayaan.

Caj-caj lain yang dikenakan untuk pembiayaan ini pula adalah seperti berikut.

  1. Tiada caj penamatan awal. Anda akan diberikan rebat (Ibra’) untuk penamatan awal.
  2. Caj lewat bayar sebanyak 1% daripada baki tunggakan.

Cara Mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.

Review Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung adalah salah satu skim pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang ditawarkan oleh Bank Islam. Pinjaman ini menawarkan beberapa ciri menarik seperti kelayakan had umur minimum yang rendah, jumlah pembiayaan sehingga RM300,000, tiada caj proses dan caj penamatan awal, dan kelebihan yang paling utama ialah kadar faedah terapung yang sangat rendah jika dibandingkan dengan skim pembiayaan peribadi Islamik lain di Malaysia. Pinjaman peribadi Bank Islam ini juga tidak mengenakan syarat memohon yang ketat, dan dokumen yang diperlukan untuk mohon juga sangat ringkas dan tidak membebankan. Tetapi, walaupun pinjaman ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan swasta, hanya kakitangan syarikat swasta yang terpilih sahaja yang boleh memohon. Ini menjadikan pelan pinjaman ini mungkin sukar dimohon jika syarikat anda tidak disenaraikan dalam pakej Bank Islam.

thumbs-up
Kelebihan
  • Kelayakan had umur minimum yang rendah.
  • Kelayakan gaji minimum mampu mohon.
  • Tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.
  • Keperluan dokumen yang ringkas.
thumbs-down
Kekurangan
  • Perlu pembayaran pendahuluan.
  • Tidak ditawarkan kepada semua kakitangan swasta.
Rating
3.7/5

Soalan Lazim Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan pelan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung
Apakah Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung?
chevron-down

Pelan ini adalah pinjaman peribadi Islamik Tidak Bercagar ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad.

Siapa yang boleh mohon?
chevron-down

Pelan ini ditawarkan kepada Kakitangan GLC, Kakitangan Kerajaan, Kakitangan Swasta dengan had umur dari 18 hingga 60 tahun. Untuk syarat lengkap, sila rujuk pada bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya belum pernah mohon sebarang pinjaman sebelum ni, ini pertama kali – boleh kah saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Saya tidak ada komitmen bulanan, boleh kah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Potongan gaji saya sudah melebihi 60%, boleh kah saya mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung?
chevron-down

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Saya baru sahaja lulus pinjaman dari institusi kewangan yang lain, bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Berapa jumlah yang boleh saya mohon?
chevron-down

Anda boleh mohon dari RM10000 hingga RM300000. Walau bagaimanapun, jumlah lulus akhir yang akan ditawarkan akan ditentukan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad setelah mengambil kira faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang ditawarkan?
chevron-down

Pelan ini menawarkan tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 120 bulan. Walau bagaimanapun, tempoh pembiayaan akhir akan ditentukan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti jumlah permohonan, skor kredit, skor pemarkahan dan sebagainya.

Bagaimana saya nak mohon?
chevron-down
Berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk tahu keputusan permohonan saya?
chevron-down

Anggaran untuk tahu keputusan permohonan adalah 5 hari bekerja selepas menghantar permohonan berserta dokumen lengkap. Ini adalah anggaran yang diberikan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Jangkamasa ini mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor yang terlibat.

Sekiranya permohonan saya lulus, berapa lama tempoh perlu saya tunggu untuk duit masuk ke akaun saya?
chevron-down

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Bank Islam Malaysia Berhad untuk follow up.

Apakah caj yang dikenakan?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj Yang Dikenakan di atas untuk maklumat lengkap berkaitan caj yang dikenakan pihak Bank Islam Malaysia Berhad untuk pelan pembiayaan peribadi ini.

Berapa perlu saya bayar setiap bulan?
chevron-down

Jumlah bayaran bulanan adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah lulus, tempoh pembiayaan dan kadar faedah/keuntungan dikenakan. Anda boleh rujuk panduan bayaran bulanan untuk pinjaman ini pada bahagian Jadual Bayaran Balik Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung.

Bagaimana saya nak bayar balik atau apakah kaedah bayaran ansuran?
chevron-down

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Potongan Gaji Majikan (PGM).

Bolehkah saya buat Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)?
chevron-down

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Saya dah ada Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung yang aktif, bolehkah saya buat Pinjaman Bertindih (Overlapping Facility)?
chevron-down

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Saya ada blacklist di laporan CTOS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senaraihitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Saya ada tunggakan di laporan CCRIS. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Saya ada tunggakan PTPTN di laporan CCRIS (CCRIS PTPTN). Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Saya di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. Bolehkah saya mohon?
chevron-down

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Saya dah mohon. Bagaimana saya nak tahu permohonan saya lulus atau tidak?
chevron-down

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Bank Islam Malaysia Berhad.

Permohonan saya ditolak. Boleh tahu kenapa permohonan saya tak lulus?
chevron-down

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak diluluskan oleh pihak Bank Islam Malaysia Berhad, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Maklumat yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan butiran yang tersedia sehingga tahun 2024 dari laman sesawang rasmi Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung. Untuk maklumat terkini, sila rujuk laman rasmi Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung.

Ada soalan tentang Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

Pinjaman dan Pembiayaan Peribadi Berkaitan

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right