Akan dibuka dalam tab baharu

Public Bank BAE Personal Financing-i

Public Bank BAE Personal Financing-i
share-nodes
Kongsi
Kategori
Islamik (Tidak Bercagar)
Jumlah Pembiayaan
RM5000 - RM150000
Kadar Keuntungan
3.99% p.a - 4.45% p.a
Tempoh Pembiayaan
24 - 120 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
1 hingga 7 hari bekerja

Public Bank BAE Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi daripada Public Islamic Bank, iaitu salah satu daripada anak syarikat Public Bank Berhad yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam.

Pelan pembiayaan ini adalah pinjaman Islamik tidak bercagar yang 100% patuh Syariah. Oleh kerana ini adalah pembiayaan tidak bercagar, anda tidak perlu mengemukakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon.

Pihak Public Bank Islamic menawarkan pelan Public Bank BAE Pembiayaan Peribadi-i kepada mereka yang berkhidmat di sektor awam, iaitu kepada kakitangan kerajaan, kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GCL), dan juga kakitangan badan-badan berkanun. Anda perlu berumur tidak kurang dari 20 tahun hingga 60 tahun pada tarikh akhir bayaran. Anda juga perlu berjawatan tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dengan pendapatan gaji kasar lebih daripada RM18,000 setahun.

Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Caj kadar keuntungan yang dikenakan juga sangat berpatutan ialah bermula dari serendah 3.99% p.a dengan kadar keuntungan rata atau tetap. Anda tidak perlu risau tentang caj atau fi kerana pihak Public Bank Islamic tidak mengenakan sebarang caj proses dan juga tiada caj penamatan awal.

Apa yang buat pelan pembiayaan peribadi BAE ini popular ialah jumlah lulus dan jumlah payout yang tinggi. Sekiranya layak, jumlah pembiayaan yang lulus ialah sehingga 25 kali ganda gaji kasar anda. Jumlah payout juga ialah sehingga 98% – satu jumlah yang tinggi berbanding pinjaman atau pembiayaan kerajaan yang lain.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik pembiayaan Public Bank ini, syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, jadual bayaran bulanan, caj dan fi, dan juga bagaimana anda boleh mohon secara atas-talian (online).

Kelebihan Public Bank BAE Personal Financing-i

Public Bank BAE Personal Financing-i menawarkan beberapa ciri menarik yang buat pinjaman ini sering dimohon oleh mereka yang berkhidmat di Sektor Awam. Berikut ialah kelebihan yang ditawarkan oleh pinjaman ini.

  • 100% patuh Syariah Pinjaman peribadi Public Bank ini adalah patuh Syariah sepenuhnya dengan menggunakan konsep Bai’ Al-Inah. Jadi anda boleh mohon tanpa ragu.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel Public Bank menawarkan jumlah pembiayaan dari serendah RM5,000 hingga RM150,000 untuk pelan pembiayaan ini.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel Anda boleh memilih tempoh pembiayaan dari 2 tahun hingga 10 tahun. Satu tempoh pembiayaan yang panjang untuk pembiayaan peribadi tidak bercagar.
  • Kadar keuntungan tetap yang rendah Public Islamic Bank mengenakan kadar keuntungan tetap untuk pinjaman ini. Kadar keuntungan yang dikenakan bermula dari 3.99% p.a hingga 4.45% p.a. Kadar keuntungan 3.99% p.a adalah untuk pembiayaan kurang dari RM99,999. Manakala untuk jumlah pembiayaan RM100,000 hingga RM150,000, kadar keuntungan tahunan adalah 4.45% p.a.
  • Jumlah lulus yang tinggi Public Bank boleh meluluskan sehingga 25 kali ganda gaji kasar anda untuk pelan pinjaman ini. Ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan pembiayaan peribadi yang lain.
  • Jumlah payout yang tinggi Jumlah payout sehingga 98% adalah antara jumlah tertinggi untuk pelan pembiayaan peribadi tidak bercagar bagi kakitangan sektor awam.
  • Ditawarkan kepada semua kakitangan Sektor Awam Tidak kira anda berkhidmat di bawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, anda boleh mohon pinjaman ini. Pinjaman ini juga ditawarkan kepada semua Kakitangan GLC.
  • Tiada caj proses Public Islamic Bank tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan sekiranya permohonan BAE Personal Financing-i anda lulus.
  • Tiada caj penamatan awal Anda tidak akan dikenakan sebarang caj atau fi sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tarikh yang dipersetujui.
  • Pemotongan gaji melalui BPA atau PGM Anda boleh membayar instalment atau bayaran bulanan untuk pinjaman ini melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (SPGA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM).

Syarat kelayakan untuk mohon

Public Bank tidak mengenakan syarat kelayakan yang ketat untuk memohon pinjaman ini. Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sekiranya anda berhasrat untuk mohon pinjaman ini.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 20 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat di Sektor Awam (Kakitangan Kerajaan atau Kakitangan GLC).
  • Berjawatan tetap dan sudah berkhidmat lebih dari 3 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM1,500 (gaji kasar) atau pendapatan tahunan RM18,000 (gaji kasar) ke atas.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
  • Jika ada tunggakan Bank di rekod CCRIS, tidak boleh melebihi 2 bulan.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (Special Attention Account – SAA).
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit (PPK) di bawah AKPK.

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Public Bank BAE Personal Financing-i, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat yang dikenakan untuk mohon Public Bank BAE Pembiayaan Peribadi-i dan ingin mohon pinjaman ini, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini, atau Salinan Borang EA terkini.

Bergantung kepada kelayakan anda, pihak Public Bank mungkin akan meminta anda menyediakan salah satu daripada dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan penyata KWSP (EPF) terkini.
  • Surat pengesahan majikan untuk jawatan dan pendapatan.
  • Salinan penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata cukai terkini dan resit bayaran cukai.

Jadual Bayaran Bulanan Public Bank BAE Personal Financing-i

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Public Bank BAE Personal Financing-i. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Public Bank BAE Personal Financing-i
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Berikut adalah caj-caj yang dikenakan sekiranya permohonan Public Bank BAE Personal Financing-i anda diluluskan oleh Public Bank.

  1. Tiada caj proses.
  2. Caj Duti Setem sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  3. Tiada caj penamatan awal. Public Islamic Bank akan memberikan rebat (Ibra’) untuk keuntungan yang tidak diperoleh.
  4. Caj lewat bayar sebanyak 1% dari jumlah tunggakan.
  5. Caj perlindungan Takaful adalah pilihan. Walau bagaimanapun, pihak Public Bank menggalakkan anda mengambil perlindungan Takaful dari AIA PUBLIC Takaful Berhad (APTB) atau Takaful Ikhlas Bhd (TIB).

Cara Mohon Public Bank BAE Personal Financing-i

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Anda boleh mohon Public Bank BAE Personal Financing-i dengan mengunjungi mana-mana cawangan Public Bank Berhad berdekatan anda.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Jumlah lulus yang tinggi.
  • Kadar keuntungan tetap yang rendah.
  • Keperluan dokumen yang ringkas.
Kekurangan
  • Perlu berkhidmat lebih dari 3 tahun untuk mohon.

Public Bank BAE Personal Financing-i adalah skim pembiayaan peribadi yang ditawarkan khusus kepada mereka yang berkhidmat di Sektor Awam. Oleh kerana pinjaman ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, pinjaman ini sesuai dimohon oleh mereka yang tak mahu peningkan kepala dengan cagaran atau penjamin. Pinjaman ini juga menawarkan jumlah lulus yang tinggi sehingga 25 kali ganda gaji kasar pemohon dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Dengan  kadar keuntungan tetap yang rendah dan keperluan dokumen yang ringkas, pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi yang popular untuk mereka yang berkhidmat di Sektor Awam. Walau bagaimanapun, tempoh berkhidmat yang diperlukan ialah 3 tahun perkhidmatan menyukarkan mereka yang baru berkhidmat untuk mohon.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Public Bank BAE Personal Financing-i

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun 24 hingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak Public Bank Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd. untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Potongan Gaji Majikan (PGM).

Maaf, anda tidak dibenarkan untuk buat penyatuan hutang atau “debt consolidation” dengan pelan ini. Sekiranya anda inginkan pelan yang membenarkan penyatuan hutang, sila lihat senarai pinjaman peribadi penyatuan hutang.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak Public Bank Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd.. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak Public Bank Berhad, Direct Lending Sdn. Bhd..

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Public Bank BAE Personal Financing-i?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

36 Comments
Terbaru
Terakhir