Akan dibuka dalam tab baharu

Pinjaman Peribadi instaDuit

Pinjaman Peribadi instaDuit 
Pinjaman daripada BB Capital Sdn Bhd
share-nodes
Kongsi
Kategori
Konvensional (Bercagar, Tidak Bercagar)
Jumlah Pinjaman
RM1000 - RM10000
Kadar Faedah
12% p.a - 18% p.a
Tempoh Pinjaman
6 - 48 bulan
Kelayakan Gaji
RM1500
Tempoh Lulus
24 hingga 48 jam hari bekerja

Pinjaman peribadi instaDuit adalah sebuah pinjaman peribadi berlesen tidak bercagar yang ditawarkan oleh syarikat BB Capital Sdn. Bhd., sebuah syarikat kredit komuniti yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pelan pinjaman peribadi ini menawarkan kaedah permohonan dalam talian yang ringkas dengan kelulusan pantas. Sebagai pinjaman tidak bercagar, anda tidak perlu sediakan cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk layak mohon.

Syarat kelayakan instaDuit dibuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 21 hingga 55 tahun, tanpa mengira sektor pekerjaan. Yang penting ialah anda mempunyai pendapatan bulanan yang stabil tidak kurang daripada RM1,500 setiap bulan untuk memastikan anda tiada masalah untuk membayar ansuran bulanan.

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan, anda boleh pilih untuk mohon dari serendah RM1,000 hingga jumlah pinjaman maksimum RM10,000. Tempoh pembiayaan pula adalah dari 6 bulan hingga 48 bulan.

Kadar faedah tahunan yang dikenakan ialah 18% setahun (p.a), seperti yang ditetapkan oleh Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 untuk semua syarikat pinjaman berlesen. Walau bagaimanapun, pihak BB Capital memberi pilihan untuk anda mohon pinjaman peribadi instaDuit dengan kadar faedah yang lebih rendah, iaitu 12% setahun sekiranya anda memilih untuk meletakkan cagaran.

Dalam erti kata lain, kadar faedah instaDuit ialah 12% p.a (bercagar), atau 18% p.a (tanpa cagaran).

Sekiranya permohonan instaDuit anda lulus dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam, anda boleh guna wang pinjaman untuk sebarang tujuan tanpa sekatan. Sama ada anda guna untuk tujuan kecemasan, menyelesaikan pinjaman lain, pergi melancong, dan sebagainya.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri menarik yang ditawarkan oleh pinjaman peribadi ini, termasuk langkah demi langkah untuk mohon secara dalam talian dengan mudah.

Kelebihan Pinjaman Peribadi instaDuit

Pinjaman instaDuit menawarkan pelbagai kelebihan berbanding pinjaman bank atau koperasi.

Semua sektor pekerjaan boleh mohon

Kakitangan kerajaan, GLC, swasta, atau yang bekerja sendiri boleh mohon instaDuit. Anda hanya perlu buktikan anda mempunyai pendapatan tetap setiap bulan dan telah bekerja tidak kurang daripada 6 bulan dengan majikan yang sama.

Pilihan pinjaman bercagar atau tanpa cagaran

Anda boleh pilih untuk dapatkan kadar faedah yang lebih rendah dengan pinjaman bercagar instaDuit. Lebih rendah kadar faedah, lebih rendah jumlah keseluruhan pinjaman dan lebih rendah bayaran bulanan yang perlu anda bayar.

Proses permohonan sepenuhnya dalam talian

Proses mohon pinjaman instaDuit adalah sepenuhnya dalam talian, termasuk proses memuat naik dokumen. Anda hanya perlu mengunjungi pejabat BB Capital Sdn Bhd hanya untuk menandatangani perjanjian pinjaman seperti yang telah ditetapkan oleh KPKT.

Tempoh kelulusan pantas

Anda tidak perlu tunggu lama untuk tahu permohonan anda lulus atau tidak. Pihak BB Capital hanya akan mengambil masa antara 24 hingga 48 jam untuk memproses dan meluluskan permohonan anda.

Saluran bayaran balik yang fleksibel

Anda boleh pilih untuk buat bayaran ansuran bulanan melalui pelbagai saluran, iaitu pemindahan melalui perbankan Internet, DuitNow, deposit tunai melalui mesin Cash Deposit (CDM), atau pindahan melalui mesin ATM.

Syarat kelayakan untuk mohon

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan lengkap untuk mohon pinjaman peribadi instaDuit. Pastikan anda betul-betul memenuhi syarat-syarat ini sebelum mohon.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 55 tahun.
  • Pekerjaan tetap dengan tempoh berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Berpendapatan bulanan dengan gaji kasar sekurang-kurangnya RM1,500 atau tahunan RM18,000 ke atas.
  • Bekerja di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, atau Putrajaya.
  • Tidak diisytiharkan sebagai muflis.
  • Tidak mengikuti Program Pengurusan Kredit AKPK (PPK).

Tak layak?

Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon Pinjaman Peribadi instaDuit, cari dan pilih pelan pinjaman peribadi terbaik yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi yang kami sediakan.

Dokumen yang diperlukan

Sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum anda mohon.

  1. Pengenalan diri (MyKad).
  2. Slip/baucar gaji 3 bulan terkini.
  3. Penyata akaun bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Penyata KWSP terkini (jika ada).
  5. Bil utiliti terkini.

Anda juga perlu mengambil gambar berikut sebagai bukti:

  1. Gambar peribadi (selfie) untuk membuktikan anda adalah pemohon.
  2. Gambar kawasan kerja/pejabat sebagai bukti pekerjaan.

Jadual Bayaran Bulanan Pinjaman Peribadi instaDuit

Berikut ialah jadual bayaran balik atau jadual instalment Pinjaman Peribadi instaDuit. Klik pada jadual untuk paparan penuh.
Jadual pembayaran Pinjaman Peribadi instaDuit
Jadual ini hanya sebagai rujukan semata. Jumlah bayaran semula boleh berubah berdasarkan faktor-faktor seperti Promosi,kadar faedah/keuntungan, jumlah pinjaman, tempoh pembiayaan, base rate (BR), dan sebagainya. Jumlah pembayaran akhir masih bergantung kepada pihak institusi kewangan.

Caj yang dikenakan

Sekiranya pinjaman instaDuit anda lulus, berikut adalah caj yang dikenakan..

  1. Caj duti setem 0.5% ditolak daripada jumlah pinjaman.
  2. Caj lewat bayar (perlu rujuk dengan pihak BB Capital).
  3. Caj penyelesaian awal (perlu rujuk dengan pihak BB Capital).

Anda tidak perlu buat sebarang bayaran deposit atau pendahuluan semasa mohon. Segala caj dan fi akan ditolak atau dikenakan hanya jika pinjaman anda lulus.

Cara Mohon Pinjaman Peribadi instaDuit

Tip sebelum mohon

Sebelum mohon, pastikan anda telah meneliti syarat-syarat memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tidak guna mohon jika tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk pinjaman peribadi ini.

Kaedah permohonan pinjaman peribadi instaDuit adalah atas talian sepenuhnya. Ikuti langkah-langkah berikut untuk mohon.

  1. Layari laman permohonan instaDuit di laman sesawang rasmi BB Capital Sdn. Bhd.
  2. Pilih jumlah pinjaman, tempoh pinjaman, dan tujuan pinjaman.
  3. Isi maklumat peribadi yang diperlukan, dan klik “Teruskan”.
  4. Lengkapkan maklumat peribadi, dan klik “Teruskan”.
  5. Lengkapkan butiran pendapatan dan pekerjaan, dan klik “Teruskan”.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan, iaitu:
    1. Gambar selfie peribadi.
    2. Gambar IC/MyKad depan belakang.
    3. Gambar/dokumen slip/baucar gaji terkini.
    4. Gambar/dokumen penyata bank 3 bulan terkini.
    5. Gambar/dokumen penyata KWSP terkini.
    6. Gambar pintu masuk pejabat.
    7. Gambar jam tangan.
    8. Gambar/dokumen bukti kediaman (bil utiliti).
  7. Klik teruskan dan ikuti arahan selanjutnya untuk melengkapkan proses permohonan anda.

Cara Semak Status Permohonan Pinjaman Peribadi instaDuit

Tak sabar untuk tahu permohonan instaDuit anda lulus atau tidak? Anda boleh semak status permohonan melalui beberapa kaedah berikut.

Harap maklum yang waktu operasi pihak BB Capital Sdn Bhd adalah pada hari Isnin hingga Jumaat, 10 a.m hingga 5 p.m. Oleh itu anda dinasihatkan untuk menghubungi mereka pada waktu operasi untuk mendapatkan maklum balas pantas.

Kesimpulan & Perspektif

Kelebihan
  • Permohonan dalam talian yang ringkas.
  • Pilihan pinjaman bercagar dan tanpa cagaran.
  • Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan.
Kekurangan
  • Hanya untuk kawasan Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya.
  • Tempoh pembiayaan yang singkat meningkatkan jumlah bayaran bulanan.

Pinjaman peribadi instaDuit menawarkan pilihan yang fleksibel dengan proses permohonan yang ringkas dan tempoh kelulusan pantas. Ciri-ciri ini buat pelan pinjaman ini sesuai bagi mereka yang sedang mencari pinjaman pantas dalam jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, produk ini hanya ditawarkan kepada mereka yang bekerja di kawasan Lembah Klang sahaja. Mungkin pada masa hadapan pihak BB Capital Sdn Bhd akan meluaskan perkhidmatan mereka dengan menawarkan instaDuit kepada seluruh rakyat Malaysia.

Soalan Lazim

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan Pinjaman Peribadi instaDuit

Anda boleh mohon sebarang pelan pinjaman atau pembiayaan kecuali syarat kelayakan menyatakan perlu ada rekod atau komitmen bulanan untuk mohon. Sekiranya masih risau tentang kebarangkalian untuk lulus adalah rendah kerana tidak pernah buat pinjaman (akaun kredit), baca lebih lanjut tentang credit score di Panduan Skor Kredit.

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Syarat kelayakan umum untuk pelan pembiayaan peribadi ialah potongan gaji tidak melebihi 60%, kecuali dinyatakan sebaliknya pada bahagian syarat kelayakan memohon di atas. Walau bagaimanapun, ini bukanlah faktor utama yang menentukan permohonan pinjaman lulus atau tidak kerana terdapat banyak lagi faktor lain yang memainkan peranan. Dalam erti kata lain, walaupun potongan gaji lebih 60%, tetapi rekod kredit atau rekod kewangan dan nisbah khidmat hutang (Debt Service Ratio) cantik – boleh cuba mohon.

Sekiranya anda baru sahaja lulus sebarang pinjaman daripada institusi kewangan (bank/koperasi/ppw) yang direkodkan di CCRIS seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, atau perumahan – anda dinasihatkan tunggu tempoh bertenang antara 4 hingga 6 bulan sebelum mohon untuk meningkatkan peluang lulus permohonan. Untuk menjaga skor kredit, dinasihatkan hanya mohon maksimum 3 akaun kredit (sebarang pinjaman/kad kredit) dalam tempoh 12 bulan.

Duit akan dimasukkan ke akaun sehingga 48 jam hari bekerja. Ini adalah anggaran diberikan. Sekiranya masih belum menerima duit selepas tempoh masa ini, sila hubungi terus pihak BB Capital Sdn Bhd untuk follow up.

Bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah Arahan tetap (standing instruction/order), Auto Debit/Direct Debit, Bayaran di kaunter.

Ya, anda boleh buat penyatuan hutang atau “debt consolidation”. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan pihak BB Capital Sdn Bhd atau rujuk bahagian Cara Mohon di atas.

Boleh dikatakan hampir semua institusi kewangan menawarkan fungsi pinjaman bertindih atau overlap untuk pelan pembiayaan peribadi mereka. Walau bagaimanapun, kaedah overlapping facility adalah agak rumit dan institusi kewangan perlu mengambil kira banyak faktor sebelum membenarkan pelanggan mereka melakukan overlap terhadap pembiayaan yang sedia ada. Sekiranya ingin buat overlap, sila berhubung terus dengan pihak BB Capital Sdn Bhd. Rujuk pada bahagian Cara Mohon di atas.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai blacklist di laporan CTOS. Walau bagaimanapun jika rekod senarai hitam di laporan CTOS bukan dari institusi kewangan (bank/koperasi/AEON/PPW) dan adalah daripada syarikat telco, kedai motor, dan sebagainya – boleh cuba mohon.

Pelan ini tidak ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tunggakan di rekod CCRIS atau yang mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas (SAA).

Sila rujuk jawapan sebelum ini.

Maaf, anda tidak layak untuk mohon pelan ini sekiranya sedang mengikuti Program PPK di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Selalunya keputusan permohonan pinjaman (lulus atau tidak) akan dimaklumkan melalui SMS, E-Mel atau panggilan telefon. Sekiranya masih belum mendapat keputusan permohonan lebih daripada 14 hari bekerja, dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pihak BB Capital Sdn Bhd.

Banyak faktor yang menentukan kenapa permohonan tidak diluluskan oleh institusi kewangan. Boleh dikatakan setiap institusi kewangan tidak akan memberitahu sebab lengkap kenapa mereka menolak permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan persaingan antara institusi kewangan, dan juga mengelakkan sistem mereka dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab – Selalunya pemohon cuma akan dapat jawapan “Fail Score”. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah faktor-faktor yang menyebabkan permohonan tidak lulus, sila rujuk artikel panduan Kenapa Permohonan Pinjaman Peribadi Tidak Diluluskan.

Ada soalan tentang Pinjaman Peribadi instaDuit?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

3 Comments
Terbaru
Terakhir

Anda Juga Mungkin Berminat

Berikut adalah pinjaman dan pembiayaan peribadi berkaitan yang boleh anda mohon melalui laman web ini.
Lihat semua pinjaman peribadi
chevron-right